Saturday 6 December 2014

Malaysia pun banyak tempat menarik


Aku tau ramai yang kat luar sana dah jadi satu kemestian untuk bercuti ke luar negara. Betul tak..hurmm...tak salah pun..janji ada duit kan..ye lah sekarang tambang kapal terbang pun dah semurah naik bas eskpress yang supercoach atau ada yang panggil vip...dah lah jimat masa..senang pun senang kan...

Dengan promosi yang airasia buat, di tambah dengan firefly pulak...even MAS pun dah mula turunkan harga flight sebab nak bersaing dengan syarikat kapal terbang murah ni..

Aku ada sorang kawan yang dalam setahun ada dekat 3 kali (masa cuti sekolah) dia mesti pegi bercuti kat luar negara..tapi dalam Asia je lah..Singapore, Krabi, Guangzhou, Korea...ntah mana-mana lagi ntah...pulak tu memang dia angkut satu family dia pergi..wau..banyaknya duit dia...tu yang aku cakap...janji ada duit kan..

Tapi dengan ekonomi Malaysia yang dah mula nampak merudumnya ni..percutian ke luar negara adalah salah satu belanja yang patut dikurangkan! Dari 3 kali mungkin boleh jadi sekali setahun je...atau paling senang tak payah langsung...kat dalam Malaysia pun boleh bercuti!

Tak dinafikan banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia yang kita memang tau atau sengaja buat tak tau...Pelancong luar berpusu-pusu datang ke Malaysia kita pulak yang berpusu-pusu keluar dari Malaysia..Come on lah kawan...support our country ok..

Kalau rasa-rasa tak de idea nak pegi mana korang boleh tengok label CUTI-CUTI kat blog aku ni..kalau ikut semua tu tempat-tempat yang aku dah pegi masa anak-anak kecik lagi.. tapi tak jadi hal kan...tempat tu masih ada lagi sekarang dan mungkin dah di upgrade.. 

No comments:

Post a Comment