Friday 6 March 2015

Mr Killer Smile-Impian yang menghampiri kenyataan..

8 tahun lepas kakak kesayanganku, kak long telah menyiapkan satu naskah atau pun manuskrip novel hasil garapan dan ideanya sendiri. Aku memang dari dulu tau akan kebolehan dia dalam bidang sastera dan dari sekolah lagi dia dah aktif menulis cerpen, sajak dan sebagainya walaupun dia adalah budak sains stream!

Bila naskah tu dah berada di tangan aku, wah..memang terbaik lah...bukan nak puji lebih-lebih sebab dia kakak aku tapi jalan cerita dia tu memang menarik dengan lenggok bahasa puitis yang mampu menyentuh perasaan dan membuatkan kita rasa terbuai dan hanyut dek cerita tu...argghhh...aku pun dah mula nak bermadah pulak dah!..hahaha..

Cerita kahwin terpaksa dan akhirnya suka masa tahun 2007 dulu mana ada sangat ditayangkan di TV..lebih-lebih lagi drama yang diadaptasi dari novel. Kalau lah 8 tahun lepas cerita kakak aku ni diterbitkan aku pasti cerita Mr Arrogant pun kalah!

Aku berusaha untuk contact orang-orang yang sepatutnya untuk menghantar novel kakak aku ni...termasuklah kakinovel (yang dah mula glamer ngan cerita-cerita adaptasi novel) sebab masa tu salah seorang penulis kakinovel adalah kawan aku sendiri. Aku ingat lagi bagaimana aku approach kakinovel sendiri kat wangsa maju untuk serahkan 5 bab awal untuk dinilai...aku fikir kalau dia nak baca keseluruhan cerita pun aku boleh bagi...tapi tungu punya tunggu...kecewa betul...kalau rasa cerita tu tak berapa jelas, apa salahnya suruh aku hantar at least sampai bab 20 ker kan...semua hard copy tu ada kat tangan aku masa tu...tapi nak buat camne...dipandang sepi je...

Aku tau kakak aku sedikit kecewa dan kemudian disebabkan kesibukan bekerja dan ditambah dengan kakak aku sendiri seakan merajuk nak berkarya dah, aku dapat pulak contact siti rosmizah production untuk hantar manuskrip tapi sayang seribu kali sayang pendrive yang memuatkan keseluruhan cerita tersebut habis ditelan dek virus dan kakak aku pulak takde back up! Apa lagi yang aku boleh tolong kan...ditengah kesibukan aku bekerja aku try lah taip semula cerita tu ikut hard copy yang ada kat tangan aku, tapi bila dah sampai bab 5 kakak aku suruh stop sebab dia nak rombak semula jalan ceritanya.

Akhirnya masa tahun 2013 kakak aku dah jenamakan semula novel dia dan diberi nama "Mr Killer Smile, Kau Membunuhku Perlahan"...wah...menarik nampak...tahun 2014 kakak aku cuba hantar ke website penulisan2u yang juga merupakan penerbit buku-buku novel karyaseni.

AlHamdulillah nampaknya diterima dan setiap bulan satu bab dari Mr Killer Ssmile akan diupload dalam website tersebut. Kakak aku mula mengumpul follower dan peminat-peminat novel dan akhir tahun 2014 aku paksa kakak aku buka blog dia sendiri untuk lebih memudahkan follower dia berkomunikasi.

Akhirnya kesabaran kakak aku membuahkan hasil...kini novel tersebut telah diintai oleh syarikat penerbitan. Tapi baru diintai atau dibooked, tak semestinya diterbitkan ye...huhu..Kakak aku sekarang dalam proses menyiapkan keseluruhan manuskrip untuk dihantar, dinilai dan jika ada rezeki insya-Allah akan diterbitan.

Panjang juga perjalanan kakak aku untuk menggapai impian dia untuk menjadi penulis..aku bangga dengan komitmen yang tak pernah putus dan semangat juang yang ada dalam dirinya. Dan sebagai satu-satunya adik perempuan, aku akan sentiasa berada disamping kakak aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan seterusnya.


Tahniah kak long atau nama penanya Ruby Nur Airis dan buah cintanya "Mr Killer Smile".
Link blog : www.rubynurairis.blogspot.com


2 comments:

  1. mesti best kan novel tu :) semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best!...kalau dah confirm diterbitkan nanti akak update kat sini kay.

      Delete