Sunday 15 March 2015

Rombongan meminang anak dara Kuala Terengganu

Hari Jumaat Terengganu cuti so hari tu jugak kami sekeluarga akan ke Kuala Terengganu untuk merisik dan meminang si pilihan hati adik aku , Azreen.

Disebabkan jarak rumah kak long dan bakal tunang Azreen tak jauh maka kami dah sepakat dan bagitahu pihak sebelah sana yang kami akan bertolak selepas solat Jumaat.

Lepas Jumaat (lebih kurang pukul 3 petang) dengan 5 buah kereta adik beradik dan sedara sebelah Terengganu, kami pun memulakan perjalanan...tak sempat panas punggung pun dah sampai..hahaha...lebih kurang 15 minit je dah sampai.

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari abang ipar aku merangkap ketua rombongan. Tapi kan aku sendiri tak faham, sebenarnya bila datang merisik dan meminang siapa yang patut mula dulu, tuan rumah ker tetamu?

Kelakar je tengok abang long suruh tuan rumah mula dulu, lepas tu tuan rumah suruh abang long yang cakap dulu...bertolak-tolak..last-last malas nak buang masa...abang long pun memulakan bicara dia..nasib baik abang long sebagai seorang guru dah biasa jadi emcee or tukang cakap bagi pihak anak buah bila ada majlis-majlis macam ni...dah hafal skrip! kehkeh...fuhh....perut pun dah berkeroncong nak tunggu majlis selesai...aroma nasi dagang menusuk di hidung...aduiii....simpan perut nak makan nasi dagang Terengganu ni!

Dah selesai sepatah dua kata dengan semua yang disuggest diterima bulat-bulat oleh keluarga sebelah perempuan, tibalah majlis sarung cincin. Disebabkan mak dan bah tak berapa sihat, kak long sebagai anak sulung pun sarungkan cincin di jari Ain, tunang Azreen.

Dan jeng jeng jeng, tibalah masa untuk acara makan...walla...nasi dagang asli Terengganu...ala lupa pulak nak snap gambar nasi dagang...tapi memang sedap betul! (psst...dua kali aku tambah...yang sebenarnya nak tambah lagi,,,tapi kak long dah jeling-jeling manja kan..huhuhu...)

Ok next year kitaorang datang lagi ye untuk acara nikah dan sanding pulak...mesti lagi sedap kan makanannya..hahaha..(ingat makan je aku ni)

Displaying 20150213_152921.jpg

Displaying 20150213_153416.jpg

Displaying 20150213_154050.jpg

1 comment: