Sunday 19 April 2015

Apa yang anda boleh jimat apabila beli rumah untuk pertama kali (limited untuk kes sub-sale)

Selalunya apabila kita sudah membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah subsale, pasti kita akan pening memikirkan kos-kos tambahan yang perlu sebelum rumah tersebut secara rasmi menjadi milik kita kan.

Tahukah anda, di dalam Bajet tahun lepas dan berkuatkuasa bermula 1 January 2015 apabila anda membeli hartanah di bawah harga 500 ribu dan ke bawah maka anda layak untuk memohon pengecualian duti setem penilaian hartanah anda sebanyak 50%, TETAPI dengan syarat anda tidak pernah memohon pengecualian sebelum ini dan anda diwajibkan untuk menandatangani satu surat akuan sumpah yang disediakan oleh pihak peguam dimana anda mengaku bahawa ini adalah hartanah yang pertama kali anda mohon pengurangan duti setem.

Dan pengurangan 50% ini bukan hanya tertakluk pada duti setem perjanjian jual beli tetapi juga duti setem untuk pinjaman bank dan caranya juga adalah sama.

Nah! Jimat bukan...sudah tentu anda sedikit lega apabila membuat pengiraan kos-kos tambahan begini kan.  

 

1 comment: