Thursday 6 August 2015

Teaser E-Novel - Andai Ku Tahu



Bell cuba menahan debar di hati. Sungguh..dia terpana seketika. Adakah benar yang dilihat duduk di sofa di satu sudut ruang pameran adalah Ammar yang dirindui selama ini. Dia cuba amati sesusuk tubuh yang kelihatan biasa di matanya. Manalah tau pelanduk dua serupa kan.

Dengan susuk tubuh yang tegap, sama seperti 5 tahun dulu maklumlah Ammar adalah pemain ragbi yang mewakili kolej tempat mereka belajar dulu. Bell beralih pula mengamati raut wajah yang dirindui siang dan malam. Seraut wajah yang tenang dan sejuk mata memandang. Hingga bergetar hati dan perasaan perempuannya. Yang membuatkan tidurnya tidak lena, yang membuatkan makannya bagai tak tertelan dan sungguh dia bagai hanyut di lautan rindu tak bertepi.

Ya..tidak salah lagi...memang Ammar hero pujaan hati. Cuma rambutnya sahaja yang nampak berlainan. Tapi masih tetap nampak kemas seperti selalu.

Bell ingin menegur namun bimbang andai teguran tak disambut dan lebih memalukan andai Ammar tidak mengenali dirinya. Kerana Bell yang sekarang bukan Bell yang dulu. Bell yang dulu freehair dan agak sosial tapi masa yang berlalu telah mematangkan dirinya. Bell sekarang telah berhijab dan membataskan pergaulan sosialnya.

Bell baru sahaja ingin melangkah ke arah Ammar apabila tiba-tiba telinganya menangkap satu suara halus memanggil.

“Daddy! Here you are. I have been busy looking for you...” kata si pemilik suara halus itu, menegur Ammar yang duduk di sofa.


Hati Bell tiba-tiba jatuh, berderai dan dirasakan dunianya berputar.






2 comments:

  1. tak sangka kak nett jd novelis

    ReplyDelete
  2. My dear....baru nak berangan lah ...hikhik...ntah ada orang nak baca ke tidak ni...

    ReplyDelete