Tuesday 25 August 2015

Bab 1 - Andai Ku Tahu

Bab 1


Deringan lagu Without You nyanyian Aman AF yang menjadi ringtone handphonenya menangkap di telinganya menandakan ada wassap baru masuk. Dicapainya handphone yang terletak di sebelah file-file biru muda di atas meja kerjanya.

“Alamak! Lupalah! Bell menjerit kecil.

“Aduh! Macam mana lah aku boleh lupa aku dah janji dengan Rizal nak jumpa kat McDonald Kepong ni. Bell mengomel di dalam hatinya sambil tangannya ligat mengemas sekadar yang mampu file-file dan kertas yang berselerak di atas meja.

Pantas dicapainya kunci kereta dan handbag lalu bergegas keluar dari bilik besarnya. Hampir-hampir Bell terlanggar Kak Rose, setiausahanya yang baru sahaja hendak melangkah ke biliknya untuk menghantar file-file loan untuk divet oleh Bell.

“Cik Bell! Sorry sangat…saya tak nampak Cik Bell.” dengan muka bersalah Kak Rose bersuara.

“Eh! Takper Kak Rose…saya yang nak cepat ni…ha nanti tolong off kan aircond dalam bilik saya ye..” arah Bell pada Kak Rose tanpa memandang muka setiausahanya yang tercengang melihatkan telatahnya.

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Kak Rose tersenyum dan membalas arahan bossnya yang baik hati itu.

“Okey Cik Bell nanti akak off kan aircond. Cik Bell dah tak masuk ke lepas ni” Tanya kak Ros.

“Err..tak tau lagi lah kak…kalau meeting ni lambat habis…saya tak masuk…balik rumah terus” terang Bell sambil cepat-cepat menyarung sepatu wedgesnya yang terletak di rak kasut.

Macam roket Bell meluru keluar dari pejabatnya dan menuruni tangga lantas terus menuju ke keretanya yang terletak betul-betul di hadapan kedai dobi AquaNano. Pantas Bell memicit butang kawalan keretanya dan meluru masuk.

Dihidupkan kereta Hyundai Tucsonnya yang baru 3 bulan dibelinya. Kereta yang melambangkan jerit perihnya dalam mengharungi dunia guaman. Sengaja dibelinya kereta idamannya itu menggantikan Suzuki Swift yang dah bertahun berbakti kepadanya sebagai penghargaan untuk
diri sendiri.

Sambil menghidupkan enjin keretanya, Bell menekan handphonenya mencari nombor telefon Rizal. Lantas ditekannya butang handphone bila tertera nama Rizal.

Kedengaran lagu Senggol-senggolan nyanyian Mas Idayu menerjah telinga Bell. Wah-wah! Kemain lagi mamat sorang ni..Bell tersengih-sengih membayangkan Rizal yang gemarkan lagu-lagu dangdut. Huh! Ni mesti pergi karaoke pun nyanyi lagu dangdut. Teka Bell di dalam hati. Rasa lucu pula bila membayangkan raut wajah Rizal yang kelihatan daring tapi rupanya peminat dangdut. Bell tersenyum lagi sendirian.

“Hello! Bell kau kat mana? Garang bunyi suara Rizal disebelah sana.

“Wei! Aku sibuk draf agreement joint venture Dato’ Murad lah sampai lupa aku ada janji dengan kau. “ balas Bell cuba membela diri.

“Ala…kau tu berangan je lebih…” Rizal sengaja serkap jarang.

“Betul.Dah-dah…jangan nak membebel pulak…nanti aku potong komisyen kau baru tau…” gertak Bell pula.

“Ye lah..ye lah…nasib baik client tu bagitahu dia lambat sikit sampai dalam setengah jam lagi..kalau tak aku bagi file ni kat mamat sorang lagi tu..”ugut Rizal sengaja menakutkan Bell.

“Eleh! Nak gertak orang konon…kau kan tak sebulu dengan mamat tu. Kau juga cakap dia buat kerja slow sampai kau pulak kena marah dengan client. Ha!Nanti-nanti kau cari aku juga.” Pantas Bell mengingatkan Rizal.

“Ye lah Cik Lawyer. Awak lah menang. Ha…cepat datang aku tunggu kau ni kat tempat biasa.” Balas Rizal malas hendak bertekak dengan Bell. Kalau pasal bertingkah,memang tiada siapa boleh lawan Bell. Dia sahaja yang menang. Rizal sedia maklum perangai Bell yang dikenalinya semenjak kecil.

Ye  lah siapa tak kenal bekas pemidato sekolah, johan syarahan dan sebagainya di daerah Pekan ini kalau bukan si Eiyra Nabilla atau nama panggilan Bell.

Bell melirik jam di dashboard keretanya. Lagi 15 minit sampailah aku..getus Bell di dalam hati. Dia yang sudah tau selok belok jalan di situ cepat-cepat menekan pedal minyak agar segera sampai ke destinasi.

Sementara itu, Rizal yang menunggu di dalam kedai KFC yang terletak di Bandar Kepong asyik-asyik melirik jam di tangannya. Bell memang selalu begitu. Agak kalut bila ada temujanji yang diatur dengan pembeli-pembeli rumah yang direkemenkan kepada Bell. Namun Rizal selesa bekerja dengan Bell. Dia memang tak pernah menghampakan kerana dia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap file-file di bawah jagaannya.

Bell juga seorang yang amat jujur dan berterus-terang dalam menjalankan tugas-tugasnya. Jika dirasakan hartanah yang bakal dibeli oleh potential client itu bermasalah seperti mungkin Pemaju sudah bankrap, maka Bell akan mengutarakan pandangannya. Itu yang amat disukai oleh Rizal. Bukan seperti lawyer lain yang hanya tahu mengira kos guaman tanpa mempedulikan samada hartanah tersebut boleh dipindahmilik atau tidak.

Sudah ramai client yang dimajukan kepada firma guaman Nabila & Roslina milik bersama Bell dan kawan baiknya. Rasanya hampir ke semua client nya diatur ke firma tersebut. Dan setakat ini dia mendapat maklum balas yang positif dari client-clientnya.

Client-client tersebut pula memanjangkan sikap professional firma Bell kepada saudara-mara dan sahabat handai. Dan Rizal juga turut mendapat tempiasnya apabila client-client ini memerlukan khidmatnya untuk menjual dan membeli rumah.

Dari jauh Rizal sudah nampak Tucson milik Bell melewati pintu masuk ke KFC. Amat bergaya sekali Bell dengan kereta Tucsonnya. Memang dia layak memakai kereta tersebut setelah berbagai onak dan duri ditempuhnya untuk membangunkan firma guamannya sendiri.

Bell cepat-cepat memanjangkan langkahnya setelah meletakkan keretanya ditempat yang disediakan. Nanti membebel pulak mamat sorang ni. Getus Bell di dalam hatinya.

Bell terus menuju ke tempat melepak Rizal di dalam KFC tersebut. Tempat yang disukai Rizal setiap kali mengatur janji temu dengan klien-klien yang berpotensi. Dari jauh sudah nampak kelibat Rizal yang kelihatan bercakap dengan seseorang. Hurm…mungkin itu klien yang dimaksudkan; kata hati Bell.

Assalamualaikum”tegur Bell dengan berhemah..maklumlah bakal klien kan.

Waalaikummussalam..sahut bakal klient yang dimaksudkan sambil mengangkat muka memandang Bell.

Hati Bell terus berdegup kencang sebaik melihat wajah klien tersebut. Ya!Allah…rindu yang bertahun disimpannya untuk seseorang seakan melebur hari ini apabila wajah yang sekian lama dirindui betul-betul ada dihadapannya sekarang. Mata Bell seakan tak berkedip, nafasnya seakan terhenti dan seolah-oleh semua dikelilingnya turut terhenti.

Keadaan hening seketika dan menyedari wajah Bell yang seakan kemerahan, Rizal segera menyelamatkan keadaan yang dia sendiri pun tidak tahu punca.

Oh Ya! Encik Zaim, inilah lawyer yang saya maksudkan hari tu…perlahan-lahan Rizal menyusun kata.

Okey…siapa nama you ? Tanya Zaim kepada Bell.

Serta merta Bell tersentak. Oh si dia sudah melupakan dirinya, malah namanya pun sudah tidak diingati.

Cuba bersikap professional dan tidak mahu terikut-ikut dengan perasaan, Bell menjawab pertanyaan Zaim..”Nama saya Nabilla tapi encik boleh panggil saya Bell sahaja. Ini kad saya.” Kata Bell seraya menghulurkan sekeping business cardnya yang tidak pernah bertukar design sejak dari tiga tahun lepas.

Zaim mengambil kad dari Bell lalu dia juga turut menghulurkan sekeping kad miliknya.

“Okey boleh kita teruskan ye “ Rizal memotong cakap mereka berdua.

“Cik Bell, En Zaim ni dah bayar 3% dari harga jualan rumah iaitu 1 juta, jadinya dalam Offer to Purchase ni saya dah nyatakan RM30,000.00 sebagai earnest deposit dan baki lagi 7% iaitu RM70,000.00 lagi akan dibayar semasa signing Sale and Purchase Agreement” panjang lebar Rizal menerangkan kepada kedua belah pihak.

Rumah ni dah keluar geran atas nama Vendor ker” Tanya Bell kepada Rizal.

Ya sudah cik Bella dan tiada sekatan kepentingan yang terdapat dalam geran ni Cuma rumah ni masih ada hutang dengan Cimb Bank Berhad” kata Rizal.

Zaim hanya mendengar tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rizal dan Bella. Dia yang baru pertama kali membeli rumah hanya mendiamkan diri dan menelinga kerana padanya baik serahkan pada yang pakar kalau kita tidak ada kemahiran dalam bidang yang dimaksudkan.

En Zaim ada apa-apa pertanyaan nak tanya pada lawyer kita” Tanya Rizal kepada Zaim.

Sebelum sempat Zaim menjawab, Rizal menyampuk “En Zaim okey ker dengan lawyer yang saya perkenalkan ni?

Zaim tersenyum memandang Rizal.”Saya okey Rizal, janji lawyer awak ni boleh bantu saya percepatkan proses untuk dapat kunci rumah idaman saya tu” ujarnya sambil menjeling terhadap Bell.

Bell yang masih dalam kebingungan dengan kerenah Zaim hanya menjawab “ Jangan risau En Zaim, pengalaman saya selama 12 tahun insyaAllah akan membantu En Zaim mempercepatkan proses tersebut.

Kalau boleh Bell ingin cepat-cepat sudahkan pertemuan hari ini. Dia sudah tidak sanggup lagi menjerut perasaan bila melihat Zaim seakan buat endah tidak endah. Seakan berpura-pura tidak mengenali diri dan namanya. Bagaikan sudah dibuang dirinya ke lautan sepi. Bagaikan tunggul kayu dibuatnya.

Padahal dia sepatutnya gembira dengan pertemuan ini kerana wajah yang sekian lama dirindui sudah didepan mata. Wajah yang mengganggu malam sepinya sudah memunculkan diri. Dan dia sepatutnya sudah lega bila melihat wajah kesayangan. Namun itu tidak berlaku tika ini.


Zaim sudah tidak seperti dulu walaupun wajah lembut itu amat menikam kalbu Bell, amat menggetar perasaan Bell suatu masa dahulu. Dan wajah ini yang banyak berjanji bagai semasa mereka sedang khusyuk bercinta semasa zaman sekolah.

1 comment: