Tuesday 20 January 2015

Nak beli rumah tapi duit deposit tak cukup?

Siapa yang tak mahu beli rumah kan...lebih-lebih lagi kalau dah berkeluarga namun dilema yang sering menghantui fikiran ialah mana nak cari duit deposit untuk bayar pada penjual?

Ye lah banyak jugak nak kena prepare duit...kalau harga rumah 65k kurang-kurang penjual mesti nak deposit 6500...kalau rumah harga 100k atau 200k...botak jugak kepala nak cari duit kan...kalau ikut kan tiada siapa yang kuatkuasakan kalau nak beli rumah mesti ada kurang-kurang 10% dari harga rumah. Itu semua hanya amalan biasa dalam urusan jual beli hartanah dan dah jadi ikutan sampai sekarang.


Image result for rumah teres
Sekadar hiasan - rumah idaman
Sumber : Google image

Sebenarnya masalah ini ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang kena ada 2 perkara di bawah:-
1. Akaun 2 EPF mesti dah cecah kurang2 10k (kalau nak beli rumah bawah 100k);
2. Penjual rumah/agen setuju agar korang bayar deposit selepas akaun 2 EPF dikeluarkan...tapi biasanya penjual/agen nak kan korang letak lah sikit duit sebagai tanda booking rumah. 500-1k pun dah cukup dan pastikan persetujuan ini ditulis supaya tak timbul ungkit-mengungkit dikemudian hari.

Pernah jugak aku jumpa penjual tak kisah anda tak bayar apa2 masa sign perjanjian jual beli...tapi anda harus ingat yang bank biasanya akan luluskan loan sebanyak 80-90% dari harga rumah...so nak tak nak korang kena jugak cari duit beza 10-15%..so masa ini lah duit EPF akaun 2 tu berguna.

Nanti aku citer lagi next entry okey...

Bantuan awal persekolahan

Masuk tahun ni dah 3 tahun kerajaan bagi bantuan awal RM100 seorang untuk setiap anak yang bersekolah. Dan tahun ini lah tahun pertama aku yang pergi ambil duit tuh..sebab cik hubby ada conference kat Genting. Nak tak nak terpaksalah pegi...

Alkisah...tahun pertama parent cuma ambik kat kelas anak2 tapi masuk tahun kedua (tahun) lepas dah kena ambik kupon pulak ...dah lah lepas tu kena dengar ceramah Ahli Parlimen/Adun Kawasan...hurmmm..aku pun tak tau apa motif nak adakan ceramah ni..

Kalau nak bagi duit tu...bagi je lah kan.bukan apa...parent yang datang tu bukan semua tak keje....ada yang lari2 cilok datang sekolah anak jap pastu nak pegi keje semula...ntahlah...

Tapi apa yang aku buat lepas ambik kupon untuk Fateen dan Farah?haha..aku tengok ramai parenta yg dok makan kat kantin tu....aku pun order lah nescafe panas nipis all time favourite...pastu ambik lah seketul dua kuih...

Dah kenyang perut baru aku masuk le dewan untuk beratur dan terima duit..

Gigi dewasa pertama Kirana

Aku baru perasan Kirana anak aku yang ketiga dah tumbuh gigi dewasa kat gigi bawah...hurmm..bila aku cuba pegang gigi susu dia..dah bergoyang! Itu maknanya gigi tu kena cabut!

Adui! Seriau sungguh bila dipikirkan!
Ye lah first time untuk Kirana..dan first time ni yang akan menentukan camna dia punya reaksi seterusnya terhadap doktor gigi..

Muka dia berubah bila aku cakap kena jumpa doktor...nasib baik Fateen anak aku yang sulung sempat menyampuk..dengan nada memujuk dia bagitahu adik dia..tak sakit pun..nanti doktor letak ubat rasa macam jem strawberry...

Terus muka dia ceria dan tanya bila nak pegi jumpa doktor.fuhh..lega betul...tapi ini kalilah memang pun doktor akan just letak ubat bius jenis sapu tu baru dia cabut...

Nanti kalau dah tumbuh gigi lain dan gigi susu tu tak bergoyang...sah-sah kena inject kan...aduiii...tak nak pikir lah..

Monday 19 January 2015

KUIH UDANG ALOR GAJAH

Yummy! Bila sebut kuih udang ni...aku paling suka kalau balik rumah mak mertua aku kat Alor Gajah Melaka. Sebab apa...hihi...sebab aku mesti akan singgah kat medan selera Alor Gajah untuk beli kuih udang yang terkenal zaman berzaman.



Tapi nak makan kuih udang ni kena banyak bersabar...sebab apa...sebab kena beratur panjang tak kira lah nak makan kat situ or nak bawak balik..orang sentiasa penuh kat situ..

Kuih udang ni ni jual secara set...maksudnya untuk sorang makan atau 2-3 orang, 5 orang dan seterusnya...harga dia pun reasonable kalau dua orang makan lebih kurang RM5 tapi dapat sepenuh pinggan untuk makan berdua..cukuplah tu kan...

Kuih udang kat sini bukan macam kuih udang yang kita biasa jumpa tu ada kuih cekodok udang yang digoreng pastu dipotong kecik-kecik dan disirami sos..tapi ia terdiri dari cekodok udang tu sendiri, fish cake, tauhu, timun dan nugget yang dipotong kecil dan dicampurkan....dan memang akan disirami sos buatan sendiri yang mabeles...sos ni lah yang buatkan kuih udang Alor Gajah ni sedap..

Sos buatan sendiri ni sampai dia jual berasingan kalau ada sesiapa nak beli dan dijual dalam botol besar. Memang sedap..

Aku cadangkan sesiapa yang ke Melaka cubalah ke Pekan Alor Gajah dan rasakan sendiri keenakan kuih udang ni...buka dari tengah hari hingga habis stok...

Yummy!

Dah beli rumah tapi lama betul nak dapat kunci ??

Bila berkecimpung dalam dunia hartanah, aku dapati ramai sebenarnya yang masih teraba-raba bila bab urusan pembelian rumah..ye lah setiap orang ada kepakaran masing-masing kan..tapi aku paling kesian bila tengok pembeli yang beli rumah dari agen hartanah..

Aku tak kata agen hartanah ni penipu tapi kadang-kadang agen hartanah ni pun bukan tau sangat pun pasal hartanah yang dia arrangekan...yang dia tau dapat jual dapatlah komisyennya..padahal rumah tu ntah-ntah kena minta consent SUK lah...takpun rumah tu kena transfer nama pembeli yang terdahulu dulu baru boleh transfer ke nama pembeli sekarang.

Menda-menda macam ni lah yang selalu buat pembeli pening kepala..diorg ingat mungkin dalam masa 4-6 bulan dia dah boleh dapat kunci rumah idaman tapi bila jadi menda-menda yang aku sebut kat atas ni tak mustahil semua ni akan berlarutan setahun dua jugak...huhuhu..
(ini cerita beli rumah dari tangan orang lain ye atau orang panggil rumah subsale)

 So tips aku nak bagi kat sini kalau korang berurusan dengan agen rumah:-
1. Tanya samada kena minta consent SUK atau consent dari pejabat tanah;
2. Minta copy S&P owner dengan pemaju/pembeli terdahulu
3. Minta details nama Developer dan contact number
4. Call pemaju untuk tahu sama ada rumah tu dah keluar geran atas nama penjual/belum/masih master title atau geran sudah keluar tapi penjual belum buat urusan pindahmilik atas namanya
5. Bila korang dah tahu status rumah tu macam mana baru proceed sign Agreement to Purchase sebagai tanda setuju untuk booking rumah tu. 

Bila korang dah tau status rumah tu macam mana baru korang boleh bajet berapa lama masa korang akan dapat kunci rumah..contoh kalau rumah yang perlukan consent SUK jejak jugaklah masa dalam setahun baru dapat transfer ke nama korang dan seterusnya dapat KUNCI RUMAH.

So takde lah korang asyik nak tanya status kat lawyer je kan...satu lagi korang dah beli rumah guna khidmat agen ni, kalau ada apa-apa masalah korang pun patut 'kacau' gak agen-agen ni...jangan bagi diorg lepas tangan je...duit komisyen dah dapat tapi bila tanya pasal rumah mesti dia cakap tanya lawyer kan..kasi agen ni stress sikit...hihihi.. 

Cuti sekolah tangguh seminggu

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku dan anak-anak aku cuti sekolah ditangguhkan seminggu...akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara serta Johor. Walaupun Lembah Klang tak terkena tempias banjirnya namun untuk menyeragamkan pembelajaran satu Malaysia kerajaan putuskan agar persekolahan 2015 bermula pada 12.1.2015.

Kesannya...budak-budak lah seronok cuti sambung lagi..hehehe..tapi ada baiknya jugak cuti sekolah tangguh lagi...kenapa pulak yek...sebab aku tak beli lagi kelengkapan sekolah anak-anak aku...hah...boleh gitu ker...eh...boleh je...haha...aku tak kelam kabut nak cari baju sekolah anak-anak aku walaupun dah nak masuk sekolah...sebabnya...aku dah tau mana nak tuju dan aku tau stok kat situ sentiasa banyak...

Sebab apa lambat sangat aku beli kali ni..biasa kami suami isteri akan beli awal Disember tapi memandangkan cik husband busy ngan keje dan 2 mggu terakhir disember pulak ada family day berturut-turut terpaksalah kitaorg beli awal January..

Dan seperti dijangka stok baju sekolah dan lain-lain kelengkapan masih banyak...ha...kat mana tempat aku tiap-tiap tahun beli baju sekolah budak2 ni...nantikan lah entry lain ye..

Aku akan share tempat yang jadi tumpuan aku tiap-tiap tahun sebab kualiti yang ada pada pakaiannya...dan kalau korang dengar namanya mesti cam tak percaya dan harga pun mampu milik...harga untuk sepasang tau...bukan cam tempat lain baju harga lain kain harga lain kan..hehe...  

Saturday 3 January 2015

The Lost World of Tambun, Ipoh

Antara banyak-banyak tempat yang family aku pernah pergi aku paling suka pergi ke The Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak..Dah 3 kali aku pegi sini. Dari anak 2 sampai anak 4 aku masih bawak anak-anak aku ke sini. First time pegi tahun 2006 masa tu office aku ada buat trip ke Pulau Pangkor. Sebab aku dah ambik cuti lebih, kitaorg main redah je pegi sana..

Masa tu memang tak de hotel yang dibawah Sunway Group ni...ha lupa nak bgtahu The Lost World of Tambun ni salah satu theme park milik Sunway. Macam Sunway Lagoon kat PJ tu cuma ada kelainan sikit lah. Sebab tak tau nak tido kat mana kitorg redah je kat Tambun dan jumpa lah hotel bajet kat situ..aku pun dah lupa namanya..

Kali kedua pegi aku dok kat hotel bajet Sun Inns kat Tambun jugak. Kali ketiga pegi dengan keluarga mentua kitaorg sewa homestay satu malam.










Fateen (kiri) dan Farah (kanan) di luar pintu masuk the Lost Worl of Tambun

All time favourite- DONUT

Aku rasa kalau sebut je donut mesti ramai tau dah rupa makanan yang gebu tu kan...donut yang dimakan dengan gula castor memang betul-betul buatkan kita tak berenti mengunyah apatah lagi kalau budak-budak yang memakannya.

Dari aku sekolah menengah aku dah reti buat donut ni tapi masa tu resepi yang aku dapat entah dari mana so donut yang aku buat ni agak keras la sikit.

Sekarang bila dah anak empat, aku try lah cari resepi donut yang gebu sebab anak aku suka makan donut..akhirnya jumpa jugak...

Boleh dikatakan seminggu sekali aku mesti akan buat donut tak kira lah untuk minum petang atau sarapan pagi..seronok pulak tengok anak-anak aku mengunyah donut tak henti-henti sampai puas. Ya lah kalau beli sebiji dah 40 sen..berapa biji je anak-anak aku dapat makan kan...so bila buat sendiri ha engkau sampai nak muntah makan..hahaha...kos pun tak mahal mana.. 

Okey ni resepi DONUT GEBU yang aku dah oleh sikit:-

1 peket yis mauripan (atau apa2 jenama yis)
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 sudu marjerin
1 biji telur
1 sudu besar ovallete
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam 

CARA-CARA

1. Campur air suam dengan yis. Kacau seketika
2. Lepas tu masukkan susu pekat, gula dan marjerin.
3. Masukkan ovallete, telur dan kacau seketika.
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli hingga doh tak melekat di tangan.
5. Rehatkan doh seketika dalam setengah jam dan biarkan doh mengembang. Tutup dengan kain lembap.
6. BIla doh dah mengembang, tumbuk-tumbukkan doh agar angin keluar.
7. Kemudian buat bentuk donut dan atur dalam dulang.
8. Biarkan lagi seketika sehingga doh naik lagi 2 kali ganda.
9. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas dan tabur dengan gula castor 

Gebu tak saya..hikhik