Friday 24 April 2015

Mood menulis

Sebenarnya dah lama aku teringin nak menulis. Bukan menulis semborono ye...menulis dalam erti kata mengarang cerita atau menulis novel. Tapi disebabkan kesuntukan masa dengan kerjaya dan keluarga, aku pendamkan sahaja niat aku tu.

Namun, semangat aku bercambah kembali selepas melihat karya-karya kakak aku satu persatu dilamar pihak penerbitan. Terus aku capai laptop karang cerita...hehe..

Sementara tengah semangat tu,baik aku berangan jap ek...

Nanti satu per satu bab akan aku upkan dalam blog aku ni di bawah label baru NOVEL IMPIAN



Sunday 19 April 2015

Apa yang anda boleh jimat apabila beli rumah untuk pertama kali (limited untuk kes sub-sale)

Selalunya apabila kita sudah membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah subsale, pasti kita akan pening memikirkan kos-kos tambahan yang perlu sebelum rumah tersebut secara rasmi menjadi milik kita kan.

Tahukah anda, di dalam Bajet tahun lepas dan berkuatkuasa bermula 1 January 2015 apabila anda membeli hartanah di bawah harga 500 ribu dan ke bawah maka anda layak untuk memohon pengecualian duti setem penilaian hartanah anda sebanyak 50%, TETAPI dengan syarat anda tidak pernah memohon pengecualian sebelum ini dan anda diwajibkan untuk menandatangani satu surat akuan sumpah yang disediakan oleh pihak peguam dimana anda mengaku bahawa ini adalah hartanah yang pertama kali anda mohon pengurangan duti setem.

Dan pengurangan 50% ini bukan hanya tertakluk pada duti setem perjanjian jual beli tetapi juga duti setem untuk pinjaman bank dan caranya juga adalah sama.

Nah! Jimat bukan...sudah tentu anda sedikit lega apabila membuat pengiraan kos-kos tambahan begini kan.  

 

Saturday 18 April 2015

Ammar-My One and Only Boy

Setiap kali nak potong rambut Ammar a.k.a Boboy mesti aku cuak!

Sebab dia jenis penggeli dan bila mesin rambut tu trim rambut dia mesti tak dapat habis kan...dah jadi cam padang bola yang tak rata tuh...huhu..





Kebetulan kitaorang balik Melaka weekend hari tu, aku pun ajak lah husband pegi ke Masjid Tanah kedai nyonya lama...suka pegi kat situ..dah lah murah compare dengan kat Kay El pastu servis terbaik setanding salon mahal!

Ginilah keadaan Ammar masa kena gunting rambutnya dek nyonya tu..muka gabra habis!



Tapi bila dah siap...jeng jeng jeng...hensem tak saya? Hahaha...




Dia ni peminat Akim and The Majistrete dan jugak Iqbal Ceria Popstar...dulu masa dia tengah syok dengan citer Kampung Girl lakonan Akim bila bawak ke kedai mamak gunting rambut mesti dia request gunting macam Kampung Boy! (dia panggil Akim tu Kampung Boy)..hahaha....mana lah mamak tu tau fesyen rambut Akim kan...

Masa pegi kedai nyonya ni, dia bagitahu kat nyonya tu macam Iqbal ensem...wah...wah...wah...anak aku sorang ni..haha...

Wednesday 1 April 2015

Sliced Baked Potatoes!

Sebut je baked potato mesti semua dah terbayang rupa kentang bakar tu kan..kat Malaysia ni bermula 2-3 tahun lepas peniaga-peniaga especially di pasar malam jual kentang ni secara goreng dan glamer dipanggil "Kentang Putar" kan..

Dan biasanya lepas celup dengan ramuan istimewa dan digoreng garing peniaga-peniaga ni akan curahkan mayonese, black pepper dan lain-lain lagi kan..

Apa kata anda cuba pulak potato versi baked dengan filing yang berbeza...hurmmm...mesti sedap kan...

(Gambar sumber : Google)