Wednesday 26 August 2015

Cara untuk anda claim MRTA bila anda jual atau refinance rumah

Bagi anda yang membeli rumah pasti anda pernah diberitahu berkenaan MRTA oleh pegawai bank yang berkenaan bukan? Kebanyakan bank mewajibkan peminjam untuk pembiayaan perumahan untuk mencarum premium yang dipanggil MRTA (Mortgage Reduce Term Assurance)

Aku tak nak cerita banyak pasal maksud MRTA ni anda boleh google sendiri ye. Apa yang aku nak bagitahu ialah adakah anda tahu yang apabila anda menjual/refinance rumah anda maka anda boleh untuk membuat tuntutan/claim MRTA tersebut?

Aku dapati sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang perkara ini especially untuk yang sudah menjual rumah dan dikira sudah melunaskan baki pinjaman dengan bank.

Apa yang aku nak beritahu di sini berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk claim MRTA dengan bank apabila aku menjual rumah. Diingatkan di sini prosedur untuk claim adalah berbeza bagi setiap bank. 

Kes 1- Public Bank Berhad (PBB)

Sebaik sahaja aku diberitahu bank pembeli sudah release baki hutang rumah kepada PBB, aku pun terus menelefon pegawai bank yang menguruskan bahagian pelepasan gadaian di PBB dan bertanyakan tentang MRTA. Menurut pegawai PBB tersebut pihak insurans akan terus direct menghantar surat ke alamat aku menurut Letter Offer yang aku pernah sign dahulu. Dekat sebulan juga baru aku terima surat dari insurans tersebut. Aku tak ingat apa nama insurans yang buat untuk MRTA aku ni...huhu...ada 2 surat sebab aku ambik MRTA ni atas nama aku and husband...kalau tak salah total MRTA untuk kitaorang ni dalam RM4,300. 

Menurut surat tersebut kitaorg boleh untuk meneruskan MRTA tersebut atau claim balik. So, kitaorang pun buat keputusan untuk claim balik memandangkan kitaorang dah tak de interest kat rumah tu kan. Senang je....isi je borang yang dihantar tu lepas tu fax. Tapi aku ni jenis advance sikit. dan tak suka tunggu lama-lama so aku hantar by hand je surat tu. Selang 2 minggu lepas tu pihak insurance call kata cek dah ready dan boleh collect...hahaha...happynya lah dapat duit kan...

Masa tu tahun 2012 pihak insurance memang sediakan cek...tau tak berapa jumlah cek yang kitaorg terima? Dekat 3k lebih tau...sebab cek tu buat atas dua nama terpaksa lah bukak akaun bersama untuk clearkan cek tu...

Kes 2 - Ambank (M) Berhad

Ini claim aku yang terbaru. Sama macam kes 1 aku contact pegawai yang berkenaan tapi yang Ambank ni lain sikit. Dia suruh aku contact sendiri pihak insurans tu...pihak Ambank juga, nama dia Ammet Life kalau tak salah. Bila contact customer service tu aku disuruh untuk download form dari website diaorang dan hantar ke office diorang sekali dengan dokumen-dokumen tertentu. Disebabkan MRTA kali ni pakai nama husband so aku sediakan dokumen yang patut siap-siap then husband sendiri yang pergi hantar ke Ammet Life ni di Jalan Lumut tak salah dekat dengan Vistana Hotel, KL.

Selang 3 minggu Ammet Life release direct ke akaun Maybank husband....berapa yang aku dapat kali ni...hurmm....tak sebanyak yang mula-mula tu....jadilah kan...rezeki tu...sapa nak bagi duit kan..

Okey panjang lebar pulak aku cerita kali ni. Faham ke tak ntah. Yang pasti anda tanya pegawai yang menguruskan bahagian pelepasan gadaian bank anda tu. Tanya diaorang, macam mana saya nak claim MRTA saya ni ye...

Good luck ye...

MLTA rumah jimat dan pendekkan tempoh pinjaman AIA Public Takaful
Sumber google

12 comments:

  1. terbaik...tq info.soalan saya cmna plak cara claim mrta kalau kita beli rumah tu guna loan bpp?saya dah jual rumah tu tapi belum claim lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loan BPP tgk anda ambil insurance dari company mana. Sebab BPP ni, ada pelbagai insurance yang kita boleh pilih kan. So boleh call dan tanya insurance yang berkenaan.

      Delete
  2. Macam mna nk claim mrta dgn lppsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loan BPP tgk anda ambil insurance dari company mana. Sebab BPP ni, ada pelbagai insurance yang kita boleh pilih kan. So boleh call dan tanya insurance yang berkenaan

      Delete
  3. hampir 8 thn buat refinance rmh.. tp x clam.. boleh claim lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salah, pihak insurance ada bagi timing dia. Dalam masa tersebut je boleh claim. Kalau dah lebih, insurans akan anggap anda tak mahu buat tuntutan. Cuba lah call tanya.Mana tau ada lagi rezeki kan

      Delete
  4. Good info πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»...sy baru je jual rmh...semua dah setel tp x tuntut lg dgn maybank...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah tuntut cepat. Mana tau ada rezeki kan.

      Delete
  5. Sy bru nk refinance rumah. Mmg xtahu pasal claim mrta/mrtt ni. Dlu loan dr LPPSA dan nk refinance kpd bank muamalat. Nk claim dgn HSBC,sbb ambik mrta dgn HSBC. Persoalannya,adakah lwyer bank maualamat yg akan uruskan atau kita sndri ?

    ReplyDelete
  6. Thank you, infor jelas dan senang faham. Ambank memang customer service kurang baik dan susah dapat orang tanya. semua panggil self service. πŸ˜…

    ReplyDelete
  7. Assalam puan, puan jual rumah setelah berapa tahun memiliki? MRTT sy byr ritu rm 4,800..jual rumah slps 5 thn lebih mcm tu..loan dgn public bank..public bank yg submit terus ke insurans

    ReplyDelete