Sunday 15 March 2015

Acara nikah dan sanding di Kg Tok Has, Jerteh

Selesai majlis pertunangan Azreen, tibalah pulak majlis nikah dan sanding Khairil adik aku yang sorang lagi dengan orang Terengganu jugak tapi dah dekat sempadan Kelantan iaitu di Jerteh.

Kami bertolak awal lebih kurang pukul 7.30 pagi dari rumah kak long di Kuala Terenggani sebab jarak dari KT ke Jertih cecah 2 jam. Disebabkan akad nikah dijadualkan pukul 10.30 kami terpaksa bertolak awal.

Kali ni pulak kami bawak rombongan sebanyak 7 buah kereta.Setiap kereta dah siap-siap dipasang dengan riben warna biru turquose takut sesat...haha...

Sebelum bertolak tu kak long dah siap-siap kan sarapan yang marbeles iaitu mee hoon goreng dan jugak pulut kuning dan rendang ayam kampung...walla...

Jauh jugak kan nak ke Jertih..pukul 10.30 pagi barulah kitaorang sampai di masjid Jertih untuk siapkan Khairil...bukan nak solek apa pun just pakai kan dia baju nikah siap dengan sampin...maklumlah orang dah lama tak pakai sampin...hahaha...puas abang ipar aku tolong adjustkan untuk Khairil..dia dah lah besar dan tinggi...kira dalam ramai-ramai adik lelaki aku dia yang paling tinggi dan besar.

Dah siap baru lah bertolak ke Kg Tok Has. Tapi sampai kat satu simpang, 2 kereta adik aku, Edy dan Ijad terlepas...huhu...dah letak reben pun sesat gak...terpaksa lah 5 buah kereta yang lain tunggu sampai diaorg u-turn balik...

Pukul 11 pagi baru lah sampai rumah pengantin perempuan..dan bermulalah acara akad nikah...husband aku dan adik lelaki sulung aku jadi saksi untuk pernikahan tersebut...berpeluh beb Khairil nak melafazkan akad nikah...gabra..haha...yang paling gabra bila tok kadi suruh baca klausa pasal fasakh tu dalam bahasa Jawi...oh! rupanya di Terengganu tulisan pasal fasakh tu dalam bahasa Jawi...sib baik lepas...

Ok lah banyak dah entri psl akad nikah ni...aku shoot terus gambar-gambar nikah dan sanding terus lah...sebelum cerita tu terbeku sendiri...haha...layannnn....

Displaying IMG-20150215-WA0031.jpg

Displaying 20150214_142258.jpg

Displaying IMG-20150215-WA0034.jpg

Displaying IMG-20150215-WA0038.jpg

Displaying IMG-20150215-WA0023.jpg

Displaying IMG-20150215-WA0030.jpg

Displaying IMG-20150215-WA0040.jpg

Rombongan meminang anak dara Kuala Terengganu

Hari Jumaat Terengganu cuti so hari tu jugak kami sekeluarga akan ke Kuala Terengganu untuk merisik dan meminang si pilihan hati adik aku , Azreen.

Disebabkan jarak rumah kak long dan bakal tunang Azreen tak jauh maka kami dah sepakat dan bagitahu pihak sebelah sana yang kami akan bertolak selepas solat Jumaat.

Lepas Jumaat (lebih kurang pukul 3 petang) dengan 5 buah kereta adik beradik dan sedara sebelah Terengganu, kami pun memulakan perjalanan...tak sempat panas punggung pun dah sampai..hahaha...lebih kurang 15 minit je dah sampai.

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari abang ipar aku merangkap ketua rombongan. Tapi kan aku sendiri tak faham, sebenarnya bila datang merisik dan meminang siapa yang patut mula dulu, tuan rumah ker tetamu?

Kelakar je tengok abang long suruh tuan rumah mula dulu, lepas tu tuan rumah suruh abang long yang cakap dulu...bertolak-tolak..last-last malas nak buang masa...abang long pun memulakan bicara dia..nasib baik abang long sebagai seorang guru dah biasa jadi emcee or tukang cakap bagi pihak anak buah bila ada majlis-majlis macam ni...dah hafal skrip! kehkeh...fuhh....perut pun dah berkeroncong nak tunggu majlis selesai...aroma nasi dagang menusuk di hidung...aduiii....simpan perut nak makan nasi dagang Terengganu ni!

Dah selesai sepatah dua kata dengan semua yang disuggest diterima bulat-bulat oleh keluarga sebelah perempuan, tibalah majlis sarung cincin. Disebabkan mak dan bah tak berapa sihat, kak long sebagai anak sulung pun sarungkan cincin di jari Ain, tunang Azreen.

Dan jeng jeng jeng, tibalah masa untuk acara makan...walla...nasi dagang asli Terengganu...ala lupa pulak nak snap gambar nasi dagang...tapi memang sedap betul! (psst...dua kali aku tambah...yang sebenarnya nak tambah lagi,,,tapi kak long dah jeling-jeling manja kan..huhuhu...)

Ok next year kitaorang datang lagi ye untuk acara nikah dan sanding pulak...mesti lagi sedap kan makanannya..hahaha..(ingat makan je aku ni)

Displaying 20150213_152921.jpg

Displaying 20150213_153416.jpg

Displaying 20150213_154050.jpg

Wednesday 11 March 2015

Antara pekan kecil tercantik di dunia yang anda mesti lihat!

Rupa-rupanya terdapat banyak pekan-pekan kecil di seluruh dunia yang orang luar mungkin tidak tahu akan kewujudannya, yang mempunyai pemandangan yang cantik dan seolah-olah satu landskap dalam lukisan tapi sebenarnya tempat yang real..

Cuba tengok tempat-tempat di bawah:-

1
Garmisch-Partenkirchen, Bavaria, Jerman
2
Sebuah perkampungan di Tibet
3
Reine, Norway
6
Marsaxlokk, Malta

8
Hallstatt, Austria

15
Hidden Mountain Village,Jiuzhaigou China

Sumber : http://www.architecturendesign.net/

Sunday 8 March 2015

Bila ada anak yang ambil UPSR

Tahun ni, Fateen anak aku yang sulung akan menghadapi UPSR pada bulan September nanti. Baru lah tau camne mak dan ayah yang ada anak ambik UPSR punya pengalaman..

Dari bulan Januari hari tu tiap-tiap bulan sekolah Fateen buat ujian formatif untuk bagi budak-budak ni sentiasa bersedia dan menelaah buku..bagus jugak camni kan...lepas tu start bulan Februari pulak setiap 3 kali Sabtu ada tuisyen di sekolah yang dibuat oleh guru-guru sekolah dengan yuran yang sangat berpatutan.

Ditambah lagi tahun ni pun sek ren agama ada pulak PSRA...makin bertambah lah sibuknya Fateen. Setiap hari kecuali hari rabu (sebab ada koko di sek keb) budak-budak darjah 6 SRA akan diberi tuisyen dari jam 5.30 sampai pukul 6 petang..fuhh..penuh jadual...tu belum lagi time cuti sekolah...cikgu memang akan buat tuisyen khas.

Disebabkan jadual yang padat camni, aku dengan husband ambik keputusan untuk tidak menghantar Fateen ke mana-mana kelas tuisyen luar...sian pulak tengok dia...kepenatan...lagipun aku tengok dan aku pantau si Fateen ni dia jenis rajin ulangkaji, kalau tak faham dia akan terus tanya aku atau pun husband. Result peperiksaan dia pun tak mengecewakan...boleh lah setakat dapat 3A atau 4A setiap kali exam.

Dah lah tiap-tiap hari ada je keje sekolah yang cikgu suruh siapkan, kalau aku hantar dia tuisyen malam confirm keje sekolah tak siap punya...dia tu dah lah jenis sikit2 nak menangis kalau penat..hahaha..

Setakat ni aku rasa under control...cuma aku kena tekan kan lagi bab-bab yang dia tak faham dan bagi contoh mesti dia boleh buat punya...Fateen boleh!

Friday 6 March 2015

Mr Killer Smile-Impian yang menghampiri kenyataan..

8 tahun lepas kakak kesayanganku, kak long telah menyiapkan satu naskah atau pun manuskrip novel hasil garapan dan ideanya sendiri. Aku memang dari dulu tau akan kebolehan dia dalam bidang sastera dan dari sekolah lagi dia dah aktif menulis cerpen, sajak dan sebagainya walaupun dia adalah budak sains stream!

Bila naskah tu dah berada di tangan aku, wah..memang terbaik lah...bukan nak puji lebih-lebih sebab dia kakak aku tapi jalan cerita dia tu memang menarik dengan lenggok bahasa puitis yang mampu menyentuh perasaan dan membuatkan kita rasa terbuai dan hanyut dek cerita tu...argghhh...aku pun dah mula nak bermadah pulak dah!..hahaha..

Cerita kahwin terpaksa dan akhirnya suka masa tahun 2007 dulu mana ada sangat ditayangkan di TV..lebih-lebih lagi drama yang diadaptasi dari novel. Kalau lah 8 tahun lepas cerita kakak aku ni diterbitkan aku pasti cerita Mr Arrogant pun kalah!

Aku berusaha untuk contact orang-orang yang sepatutnya untuk menghantar novel kakak aku ni...termasuklah kakinovel (yang dah mula glamer ngan cerita-cerita adaptasi novel) sebab masa tu salah seorang penulis kakinovel adalah kawan aku sendiri. Aku ingat lagi bagaimana aku approach kakinovel sendiri kat wangsa maju untuk serahkan 5 bab awal untuk dinilai...aku fikir kalau dia nak baca keseluruhan cerita pun aku boleh bagi...tapi tungu punya tunggu...kecewa betul...kalau rasa cerita tu tak berapa jelas, apa salahnya suruh aku hantar at least sampai bab 20 ker kan...semua hard copy tu ada kat tangan aku masa tu...tapi nak buat camne...dipandang sepi je...

Aku tau kakak aku sedikit kecewa dan kemudian disebabkan kesibukan bekerja dan ditambah dengan kakak aku sendiri seakan merajuk nak berkarya dah, aku dapat pulak contact siti rosmizah production untuk hantar manuskrip tapi sayang seribu kali sayang pendrive yang memuatkan keseluruhan cerita tersebut habis ditelan dek virus dan kakak aku pulak takde back up! Apa lagi yang aku boleh tolong kan...ditengah kesibukan aku bekerja aku try lah taip semula cerita tu ikut hard copy yang ada kat tangan aku, tapi bila dah sampai bab 5 kakak aku suruh stop sebab dia nak rombak semula jalan ceritanya.

Akhirnya masa tahun 2013 kakak aku dah jenamakan semula novel dia dan diberi nama "Mr Killer Smile, Kau Membunuhku Perlahan"...wah...menarik nampak...tahun 2014 kakak aku cuba hantar ke website penulisan2u yang juga merupakan penerbit buku-buku novel karyaseni.

AlHamdulillah nampaknya diterima dan setiap bulan satu bab dari Mr Killer Ssmile akan diupload dalam website tersebut. Kakak aku mula mengumpul follower dan peminat-peminat novel dan akhir tahun 2014 aku paksa kakak aku buka blog dia sendiri untuk lebih memudahkan follower dia berkomunikasi.

Akhirnya kesabaran kakak aku membuahkan hasil...kini novel tersebut telah diintai oleh syarikat penerbitan. Tapi baru diintai atau dibooked, tak semestinya diterbitkan ye...huhu..Kakak aku sekarang dalam proses menyiapkan keseluruhan manuskrip untuk dihantar, dinilai dan jika ada rezeki insya-Allah akan diterbitan.

Panjang juga perjalanan kakak aku untuk menggapai impian dia untuk menjadi penulis..aku bangga dengan komitmen yang tak pernah putus dan semangat juang yang ada dalam dirinya. Dan sebagai satu-satunya adik perempuan, aku akan sentiasa berada disamping kakak aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan seterusnya.


Tahniah kak long atau nama penanya Ruby Nur Airis dan buah cintanya "Mr Killer Smile".
Link blog : www.rubynurairis.blogspot.com