Wednesday 31 December 2014

Demam di musim hujan

Hari ni masuk hari keempat aku demam dan AlHamdullilah hari ni much better dari sebelum ni. Aku mengaku aku dah lama tak demam..sekali Allah uji demam...3 hari aku tergolek je kat katil..tak boleh buat apa-apa dah..nasib baik tak muntah bagai...cuma selsema yang aku rasa menyumbang kepada demam aku ni..

Lagipun 2 minggu berturut-turut aku pegi family day di waktu hujan renyai-renyai..orang tua-tua kata bila time hujan renyai lah lagi cepat demam..hurmmm...mungkin jugak kot..

20-21 Disember baru ni office aku buat family day kat Bukit Gambang Resort City..seharian dok main air kat waterpark masa tengah hujan kejap renyai kejap lebat...kitaorg redah je...

Balik dari Kuantan, sehari je berehat pastu hari Khamis masa Krismas tu pegi Port Dickson pulak ada family day company husband aku...still hujan kejap renyai kejap lebat..

Lepas balik dari PD tu kitaorg terus ke rumah mak mertua di Alor Gajah sebab anak buah kenduri kawin hari Jumaat dan Sabtu..sudahnya hari Ahad tu bermulalah demam aku yang buatkan aku tak boleh berenggang dengan katil..tak boleh nak bangun dan duduk..badan rasa bisa-bisa je..

Hari Isnin dah balik ke rumah tapi still rasa ting-tong lagi...berehat je lah...dan AlHamdulillah baru hari ni aku rasa ada sikit kekuatan untuk buat keje rumah..tapi bila kaki rasa sejuk semula, cepat-cepat aku pakai stokin dan berselimut..hahaha...dah macam orang dalam pantang...

Tuesday 23 December 2014

TRIP KE PULAU REDANG-Part 1


Trip ke Pulau Redang ni adalah annual trip syarikat. Masa tu tahun 2006 dan anak-anak aku masa tu hanya Fateen n Farah. Dekat sebulan jugak ajk trip ni survey sana sini nak pilih resort terbaik dan lain-lain belanjawan masa nak ke sana. Yang best syarikat bukan aje sponsor tempat penginapan tapi duit minyak, tol, duit makan minum sepanjang trip dan jugak aktiviti-aktiviti kat sana fully paid by boss...huhu...mana nak dapat peluang camni kan...terima kasih boss..(dah jadi kenangan manis la ni..hikhik)

So akhirnya resort yang dipilih ialah Redang Islang Beach Resort selama 3 hari 2 malam. Perjalanan kami bermula dengan masing-masing kena berkumpul di Pertronas selepas tol Gombak pukul 12 malam jumaat mlm sabtu dan setelah cukup ahli, kami pun berkonvoi ramai-ramai ke Jeti Merang. 

Tapi sebab masa tu Fateen baru umur 3 tahun dan farah pulak baru 2 tahun banyak kali jugak lah aku n husband berenti..sudahnya aku tak ikut konvoi sebab tak nak menyusahkan org lain dan janji jumpa kat Kuala Terengganu waktu subuh nanti.

Kat Kuala Terengganu kitaorg cari masjid dulu untuk solat subuh dan tunggu geng-geng lain. Lepas tu kitaorg cari kedai nak bekpas dulu..kat terengganu ni pepagi apa lagi yang sedap, nasi daganglah dan kuih-muih yang lain. Dah bekpas kenyang-kenyang kami pun bertolak ke Jet Marang. Bila dah sampai kat sana, kami sebenarnya tak tau nak naik bot kat mana. Puas tanya org sana-sini, Ingatkan ada satu center yang semua bot boleh pegi Ke Pulau Redang. Rupa-rupanya setiap resort tu ada jeti diorg sendiri dan boeh park kereta kat situ dengan sedikit bayaran untuk 3 hari. Aku dah tak ingat berapa kena bayar masa tuh..

Dah settle park, angkut semua barang-barang yang nak dibawak pastu terus tunggu kat jeti tu untuk tunggu next boat. Bila boat sampai dalam hati aku cakap boleh ker bot ni bawak kitaorg seopis nih..huhu...sebab bot tu bt laju yang biasa tengok kat tv...



TANAH MALAY RESERVE


Tanah Malay Reserve atau pun tanah rizab melayu adalah tanah yang khusus untuk bangsa Melayu sahaja. Terdapat peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara yang antara lain menyatakan tanah Malay Reserve hanya boleh dipindahmilik atau dijual hanya kepada orang Melayu sahaja.

Kebiasaannya tanah jenis ini tiada apa-apa sekatan dan adalah untuk tempoh selama-lamanya. Hanya satu sahaja sekatan iaitu urusan tanah hanyalah di antara orang melayu dengan melayu sahaja.

Tanah jenis ni agak special sebab pihak peguam tidak boleh menjadi saksi kepada orang yang hendak memindahmilik atau menerima pindahmilik. Hanya pihak Pentadbir/Penolong Pentadbir Tanah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan tandatangan tersebut.
TANAH STATUS LEASEHOLD


Tanah leasehold atau tanah pajakan biasanya adalah tanah yang terdapat sekatan kepentingan di dalam urusan tanah tersebut. Maksudnya korang tak boleh sesuka hati je nak jual ke pajak ke cagar ke tanah tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Biasanya kalau nak tahu apa sekatan yang terdapat pada korang punya tanah cuba tengok di geran tanah korang di bahagian bawah sekali ada tercatat, biasanya ditulis begini:-

"Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dijual, dipajak, digadaikan atau dipindahmilik dengan apacara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"

Tanah pajakan ni biasanya adalah 99 tahun dan tarikh berakhir pajakan ni ada tercatat dalam geran tanah tersebut. Maksudnya bila habis je tempoh pajakan tu, tuanpunya tanah kenalah membayar sejumlah premium tanah kepada pihak pejabat tanah untuk menyambung tempoh pajakan tersebut.

Bila korang nak jual tanah tersebut terdapat prosedur yang korang kena ikut dan bergantung kepada pihak pejabat tanah yang berkenaan. Ada borang-borang yang kena isi, kalau tanah tu bercagar pada bank, kenalah minta izin dari pihak bank, kena lampirkan cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain. Senang citer kalau korang lantik peguam yang uruskan, biar diaorg je yang settlekan semua ni. Tapi jangan pulak korang delay2 apa yang peguam tu minta. Kalau tak lengkap semua yang peguam minta, memanglah permohonan untuk menjual tu takkan di masuk lagi ke pejabat tanah.. Ada faham ke apa yang aku tulis ni..hehehe..


Sunday 14 December 2014

APAM SUSU


Banyak betul post kat FB pasal apam susu ni..aku pun ambik lah salah satu resepi kt grup FB kuih muih...hmmm...dah 2 x sebenarnya aku buat..satu versi bakar and satu lagi versi kukus..

Tapi versi kukuslah yang paling sedap...sekejap je licin dikerjakan oleh anak2 aku..hehe

Warna pun menarik...kali ni aku kurangkan sikit sukatan susunya..(sebenarnya terlupa nk tmbh lg satu sudu..opss..)...tapi still rasa gak manis-manis buahnya..

Uoalls dah pernah try ke...ce cuba weekend ni...pastu pekena pulak dengan air nescafe...fuhh..rasa cam heaven je...hihi..jap lagi aku upload gambornya yek..




Resipi APAM SUSU
Sumber : fb grup kuih-muih tradisional dan moden

Bahan-bahan
4 biji telur
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallete
pewarna pilihan

Cara-cara 
1. Pukul telur + esen vanilla +ovallete + gula hingga kembang gebu 
2. Masukkan susu pekat dan putar lagi
3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi
4. Bahagikan kepada 2-3 bahagian dan letakkan pewarna pilihan
5. Kukus selama sejam

Bila dah siap..ha jadilah macam apam yang aku buat tu..cantik tak..sedap dan gebu tau.. 


TIPS 1 - KENALI JENIS HAKMILIK


Tips hrini yg aku nak kongsi ialah kenali jenis hakmilik tanah anda..hrmm ...apa yg korang pikir psl hak milik...cer citer...biasa hakmilik ni ada gak org panggil geran tanah/individu umah..

Biasa kalau korang nak beli tanah/rumah dari orang/pemaju...ini lah perkara pertama yang korang kena tau...ada dua jenis geran..satu geran besar/induk dan satu lagi geran individu

Geran besar/induk ni selalunya masih atas nama pemaju dan belum lagi dipecahmilik...maksudnya mcm beli rumah flat/apartment/condo/direct dari pemaju tak kira lah atas tanah atau bertingkat, geran rumah masih lagi atas nama pemaju..

Tapi ada jugak yang beli dari orang lain tapi masih nama pemaju kan...tu maknanya samada:-
1. Geran individu dah keluar tapi penjual masih tak pegi tukar nama dari pemaju ke nama diorang; atau
2. Geran individu memang belum keluar lagi...biasanya kes macam ni korang beli dari pemaju...so ambik masa sikit lah nak keluar geran individu

Geran individu pulak ialah geran rumah/tanah yang sudah ada nama penjual. Macam ni senang sikit lah nak buat proses jual beli.

So kalau orang tanya korang,,,rumah ko tu dah keluar geran belum...boleh lah jawab...geran masih nama pemaju (kalau ikut kes kat atas lah)...ha...biasa rumah/tanah memang dah keluar geran cuma ianya nama pemaju/individu. 

Friday 12 December 2014

AJAR SENDIRI ATAU HANTAR KE GURU MENGAJI

Post ni aku buat sebab aku dah alami dilema sama ada nak hantar ank aku ke rumah guru mengaji atau ajar sendiri. Kalau korang macam mana?

Dari umur anak aku Fateen dan Farah 5 tahun aku dan hubby dah start ajar mengaji..ala ajar yang sikit2 cam alif ba ta and such...

Dari pengamatan aku, Fateen lambat sikit dapat tangkap apa yang diajar tapi Farah memang cepat..sekejap je dah beralih. 

Disebabkan sibuk dengan keja aku dan husband ambik keputusan untuk hantar budak duaorg ni ke rumah guru mengaji...tapi tau tak...Fateen asyik mengadu je kena marah lah...x dapat beralih lah...haha..ye lah aku faham dia kan lambat sikit pick up ..hanya yang sabar je dapat ajar dia...

Dah banyak kali gak tukar guru mengaji...last2 aku buat deal dengan husband baik ajar mengaji sendiri dan kitaorg akan bergilir lah..tau tak..Fateen boleh beralih dengan cepat di bawah ajaran husband aku tapi sebaliknya bila aku yang ajar...nampak sangat aku tak boleh ajar anak...hehe...

Tapi aku puas hati gak bila ajar anak mengaji kat rumah...Bila ingat2 balik masa aku kecik mana pernah aku mengaji dengan orang lain...mengaji dengan mak aku dan mak aku pulak memang ramai budak2 mengaji dengan dia...Mak aku pulak masa kecik pun nenek aku yang ajar...so kesimpulannya agaknya dah memang generasi mengaji kat rumah dengan mak kot..

Satu lagi kan bila kita ajar anak mengaji kat rumah secara tak langsung kita pun mengaji sama. Ha...tak ke bagus macam tuh..

Kalau korang macam mana.. prefer ajar sendiri ke atau hantar ke rumah guru mengaji?

Monday 8 December 2014

TIPS 2- JENIS-JENIS STATUS TANAH


TANAH STATUS FREEHOLD

Tanah di Malaysia ada banyak jenis. Ada yang freehold,leasehold dan Malay Reserve Land. Itu adalah status yang terdapat pada hakmilik tanah.

Tanah freehold biasanya adalah tanah yang bebas dari sekatan kepentingan. Ini bermakna korang bebas untuk berbuat apa saja ke atas tanah tersebut dalam konteks pindahmilik, pajak, dan apa sahaja dan ke atas siapa sahaja. Tetapi jika pindahmilik adalah ke atas warganegara asing, biasanya kena dapatkan kelulusan dari pihak pejabat tanah yang berkaitan. Rules ni adalah dibawah bidangkuasa Menteri Besar Negeri yang berkenaan.

Tapi kan kebanyakan orang suka dengan tanah/property freehold..sebab apa..ha..nak jual dan beli senanglah...tak payah minta kelulusan dari pejabat tanah macam tanah leasehold. Di kebanyakan tempat especially di Lembah Klang tanah freehold menjadi favourite dan off course lah harganya pun MAHAL..tu sebab kalau nak beli tanah/property yang berstatus freehold, korang kena jaga-jaga lah dengan dia punya harga..mampu ke tak mampu kan..

Cer tengok korang punya geran rumah/tanah ada tulis apa...freehold ke leasehold?

Saturday 6 December 2014

Malaysia pun banyak tempat menarik


Aku tau ramai yang kat luar sana dah jadi satu kemestian untuk bercuti ke luar negara. Betul tak..hurmm...tak salah pun..janji ada duit kan..ye lah sekarang tambang kapal terbang pun dah semurah naik bas eskpress yang supercoach atau ada yang panggil vip...dah lah jimat masa..senang pun senang kan...

Dengan promosi yang airasia buat, di tambah dengan firefly pulak...even MAS pun dah mula turunkan harga flight sebab nak bersaing dengan syarikat kapal terbang murah ni..

Aku ada sorang kawan yang dalam setahun ada dekat 3 kali (masa cuti sekolah) dia mesti pegi bercuti kat luar negara..tapi dalam Asia je lah..Singapore, Krabi, Guangzhou, Korea...ntah mana-mana lagi ntah...pulak tu memang dia angkut satu family dia pergi..wau..banyaknya duit dia...tu yang aku cakap...janji ada duit kan..

Tapi dengan ekonomi Malaysia yang dah mula nampak merudumnya ni..percutian ke luar negara adalah salah satu belanja yang patut dikurangkan! Dari 3 kali mungkin boleh jadi sekali setahun je...atau paling senang tak payah langsung...kat dalam Malaysia pun boleh bercuti!

Tak dinafikan banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia yang kita memang tau atau sengaja buat tak tau...Pelancong luar berpusu-pusu datang ke Malaysia kita pulak yang berpusu-pusu keluar dari Malaysia..Come on lah kawan...support our country ok..

Kalau rasa-rasa tak de idea nak pegi mana korang boleh tengok label CUTI-CUTI kat blog aku ni..kalau ikut semua tu tempat-tempat yang aku dah pegi masa anak-anak kecik lagi.. tapi tak jadi hal kan...tempat tu masih ada lagi sekarang dan mungkin dah di upgrade.. 

Buat sendiri lagi jimat

Tahun 2015 nanti dengarnya ekonomi Malaysia berada di tahap yang kritikal..sana sini orang cerita bnyk company yg akan structure balik organisasi diorg...ringgit Malaysia dah jatuh merudum..

Kat  JB sekarang menurut kata kak Ita dari blog azlitamasammanis pun ada bgtahu yang warga Singapore skrg berpusu-pusu masuk Malaysia nak beli barang kat Tesco..

Apa yang aku citer kat sini bukannya nak takutkan korang dengan fakta-fakta yang ada tapi diri kita sendiri ni...dah bersedia ke nak hadapi kejatuhan ekonomi negara..

Dari dulu lagi kita dah diajar kurangkan perbelanjaan yang tak perlu...kalau dulu selalu makan kat luar sekarang ni lah masanya kena masak kat rumah lebih-lebih lagi kalau anak ramai..rabak poket sekali keluar  makan kan...

Satu lagi bagi korang yang suka beli kuih muih sebagai sarapan ker atau minum petang..masa ni lah patut nya lapangkan masa buat sendiri kuih muih tu..kalau harga kuih sekarang dah 40 sen seketul..agak-agaknya tahun 2015 harga kuih naik berapa sen lah..50 sen..60 sen..

Aku ramalkan lah...tahun 2015 nanti ramai org akan beralih ke pes-pes segera untuk masak lauk pauk kat rumah..maklumlah balik keje dah penat...takde masa nya nak tumis bagai..so bila ada pes segera camni ha..masukkan je dalam kuali/periuk pastu masukkan ikan/udang/sotong/ayam...dah siap hidangan dinner untuk family..jimat duit kan..beli pes + lauk mentah je..bwg pun x payah beli..ha jimat kan...

Okey bagi yang ada motivasi nak buat kuih muih sendiri apa kata korang godek2 resipi yang ada bnyak kat fb tuh..bukan susah pun..wat donut ker..apam susu ker..roti sarang lebah ker..
Aku sndiri pun dah cuba buat kuih muih ni...cer tengok kat entry page MASAK-MASAK



Monday 1 December 2014

First time posting..


Pertama kali Al-hamdulillah..setelah beberapa kali try cari masa nk bukak blog akhirnya baru hari ini Sejarah tercipta..haha..tercipta lah sangat…serius..dari tahun 2007 lagi aku dh tertarik untuk berblog dan ditambah time tu banyak betul blogger2 yang lahir namun apakan daya…dah keje namanya…x sempat2..

Dan KINI kenapa plk aku Berjaya buat..dah tak keje ke aku ni..hehe..

Al-kisahnya..setelah 11 tahun bergelumang dgn kes-kes hartanah, bank, lelong dan 1001 mcm agreement pelik2…akhirnya aku dah jumpa satu peluang yang takkan ku lepaskan…jadi konsultan part time…nape aku kata part time…sebab aku cuma pg opis 1 minggu sekali je tu pun ikut suka aku nk pegi hari apa …kalau urgent sangat mem aku akan whatsapp je kt aku..gaji plk..dh nama part time gaji pun mesti part time kan..aku suka macam ni…dapat jaga anak2 kat rumah tgk diorang membesar, hantar pegi sek, sek agama, tadika, dapat ajar subjek yg diorg x paham…serius this is the way of life that I loved most..Still keje n dpt jaga anak..mana nak cari kan..

Tu sebab aku rasa dh sampai masanya aku concentrate berblog..terkial-kial jugaklah aku ni…maklumlah sebelum ni mana reti nak berinternet bagai..domain lah, nufnang la..bla..bla..mcm2 lagilah..sblm ni asyik nak mengadap agreement, client sampai tido malam pun mimpi kes tau..haha..Apa-apa pun thanks to my bro yang dh jadi blogger pun and bakal adik ipar seorang blogger aktif yang banyak beri tunjuk ajar..dan tak lupa buat Ben (www.benashaari.com) yang propose try buat blog..thanks uolss..

Tapi tujuan aku buka blog pun lebih kepada nak share apa-apa pengalaman n ilmu yang aku ada agar semua org yg baca blog ni dapat manfaatnya..betul tak..

Cukuplah rasanya entry pembukaan untuk blog aku ni…

Ok guys salam perkenalan dari NETT ye..

p/s Aku ada 3 nama dari zmn secondary school sampai le keje tapi this nickname I like most..Thanks to Norzana my friend masa kt UKM yg bagi nickname ni..