Showing posts with label TIPS HARTANAH. Show all posts
Showing posts with label TIPS HARTANAH. Show all posts

Sunday, 19 April 2015

Apa yang anda boleh jimat apabila beli rumah untuk pertama kali (limited untuk kes sub-sale)

Selalunya apabila kita sudah membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah subsale, pasti kita akan pening memikirkan kos-kos tambahan yang perlu sebelum rumah tersebut secara rasmi menjadi milik kita kan.

Tahukah anda, di dalam Bajet tahun lepas dan berkuatkuasa bermula 1 January 2015 apabila anda membeli hartanah di bawah harga 500 ribu dan ke bawah maka anda layak untuk memohon pengecualian duti setem penilaian hartanah anda sebanyak 50%, TETAPI dengan syarat anda tidak pernah memohon pengecualian sebelum ini dan anda diwajibkan untuk menandatangani satu surat akuan sumpah yang disediakan oleh pihak peguam dimana anda mengaku bahawa ini adalah hartanah yang pertama kali anda mohon pengurangan duti setem.

Dan pengurangan 50% ini bukan hanya tertakluk pada duti setem perjanjian jual beli tetapi juga duti setem untuk pinjaman bank dan caranya juga adalah sama.

Nah! Jimat bukan...sudah tentu anda sedikit lega apabila membuat pengiraan kos-kos tambahan begini kan.  

 

Tuesday, 10 February 2015

Keluar akaun 2 EPF dan bayar duit rumah

Korang tau tak akaun 2 EPF boleh dikeluarkan untuk pelbagai tujuan terhad sepertimana yang ditetapkan oleh EPF.

Antaranya ialah pengeluaran untuk membeli rumah. Terdapat pelbagai syarat yang ditetapkan oleh pihak EPF. Korang pegi jenguk je website EPF tu.

Ada satu lagi fungsi akaun 2 ni bagi yang pernah keluar untuk beli rumah. Aha...mesti korang nak tau kan.

Korang boleh buat bayaran installment rumah dari akaun 2 dan yang penting EPF bayar direct kat bank korang tu...tertakluk kepada berapa amaun yang ada dalam akaun 2 tu..kan dah jimat duit...x payah pening nak bayar installment bank.


Pengeluaran akaun 2 bagi tujuan ni boleh untuk setahun atau kurang tertakluk kepada bank korang camne.

Aku sendiri dah 3-4 kali buat pengeluaran jenis cam ni....siap setahun punya installment lagi..haha..

So duit yang patut korang bayar duit rumah tu nak buat apa...erkkk....terpulang lah..nak buat belanja ker...melancong ker..tepuk dada tanya selera...

Tapi aku guna duit tu untuk bayar duit insurans satu family...ha...kan berfaedah namanya....bayar insurans 3 In 1 boleh dapat...life,saving dan medical card. Guna duit untuk buat duit lain dan protection untuk family memang berbaloi!..

Insurans apa yang aku ambik untuk family aku?.Ha..sudah semestinya insurans nombor 1 di Malaysia iaitu Prudential BSN Takaful Berhad.

Tuesday, 20 January 2015

Nak beli rumah tapi duit deposit tak cukup?

Siapa yang tak mahu beli rumah kan...lebih-lebih lagi kalau dah berkeluarga namun dilema yang sering menghantui fikiran ialah mana nak cari duit deposit untuk bayar pada penjual?

Ye lah banyak jugak nak kena prepare duit...kalau harga rumah 65k kurang-kurang penjual mesti nak deposit 6500...kalau rumah harga 100k atau 200k...botak jugak kepala nak cari duit kan...kalau ikut kan tiada siapa yang kuatkuasakan kalau nak beli rumah mesti ada kurang-kurang 10% dari harga rumah. Itu semua hanya amalan biasa dalam urusan jual beli hartanah dan dah jadi ikutan sampai sekarang.


Image result for rumah teres
Sekadar hiasan - rumah idaman
Sumber : Google image

Sebenarnya masalah ini ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang kena ada 2 perkara di bawah:-
1. Akaun 2 EPF mesti dah cecah kurang2 10k (kalau nak beli rumah bawah 100k);
2. Penjual rumah/agen setuju agar korang bayar deposit selepas akaun 2 EPF dikeluarkan...tapi biasanya penjual/agen nak kan korang letak lah sikit duit sebagai tanda booking rumah. 500-1k pun dah cukup dan pastikan persetujuan ini ditulis supaya tak timbul ungkit-mengungkit dikemudian hari.

Pernah jugak aku jumpa penjual tak kisah anda tak bayar apa2 masa sign perjanjian jual beli...tapi anda harus ingat yang bank biasanya akan luluskan loan sebanyak 80-90% dari harga rumah...so nak tak nak korang kena jugak cari duit beza 10-15%..so masa ini lah duit EPF akaun 2 tu berguna.

Nanti aku citer lagi next entry okey...

Monday, 19 January 2015

Dah beli rumah tapi lama betul nak dapat kunci ??

Bila berkecimpung dalam dunia hartanah, aku dapati ramai sebenarnya yang masih teraba-raba bila bab urusan pembelian rumah..ye lah setiap orang ada kepakaran masing-masing kan..tapi aku paling kesian bila tengok pembeli yang beli rumah dari agen hartanah..

Aku tak kata agen hartanah ni penipu tapi kadang-kadang agen hartanah ni pun bukan tau sangat pun pasal hartanah yang dia arrangekan...yang dia tau dapat jual dapatlah komisyennya..padahal rumah tu ntah-ntah kena minta consent SUK lah...takpun rumah tu kena transfer nama pembeli yang terdahulu dulu baru boleh transfer ke nama pembeli sekarang.

Menda-menda macam ni lah yang selalu buat pembeli pening kepala..diorg ingat mungkin dalam masa 4-6 bulan dia dah boleh dapat kunci rumah idaman tapi bila jadi menda-menda yang aku sebut kat atas ni tak mustahil semua ni akan berlarutan setahun dua jugak...huhuhu..
(ini cerita beli rumah dari tangan orang lain ye atau orang panggil rumah subsale)

 So tips aku nak bagi kat sini kalau korang berurusan dengan agen rumah:-
1. Tanya samada kena minta consent SUK atau consent dari pejabat tanah;
2. Minta copy S&P owner dengan pemaju/pembeli terdahulu
3. Minta details nama Developer dan contact number
4. Call pemaju untuk tahu sama ada rumah tu dah keluar geran atas nama penjual/belum/masih master title atau geran sudah keluar tapi penjual belum buat urusan pindahmilik atas namanya
5. Bila korang dah tahu status rumah tu macam mana baru proceed sign Agreement to Purchase sebagai tanda setuju untuk booking rumah tu. 

Bila korang dah tau status rumah tu macam mana baru korang boleh bajet berapa lama masa korang akan dapat kunci rumah..contoh kalau rumah yang perlukan consent SUK jejak jugaklah masa dalam setahun baru dapat transfer ke nama korang dan seterusnya dapat KUNCI RUMAH.

So takde lah korang asyik nak tanya status kat lawyer je kan...satu lagi korang dah beli rumah guna khidmat agen ni, kalau ada apa-apa masalah korang pun patut 'kacau' gak agen-agen ni...jangan bagi diorg lepas tangan je...duit komisyen dah dapat tapi bila tanya pasal rumah mesti dia cakap tanya lawyer kan..kasi agen ni stress sikit...hihihi.. 

Tuesday, 23 December 2014

TANAH MALAY RESERVE


Tanah Malay Reserve atau pun tanah rizab melayu adalah tanah yang khusus untuk bangsa Melayu sahaja. Terdapat peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara yang antara lain menyatakan tanah Malay Reserve hanya boleh dipindahmilik atau dijual hanya kepada orang Melayu sahaja.

Kebiasaannya tanah jenis ini tiada apa-apa sekatan dan adalah untuk tempoh selama-lamanya. Hanya satu sahaja sekatan iaitu urusan tanah hanyalah di antara orang melayu dengan melayu sahaja.

Tanah jenis ni agak special sebab pihak peguam tidak boleh menjadi saksi kepada orang yang hendak memindahmilik atau menerima pindahmilik. Hanya pihak Pentadbir/Penolong Pentadbir Tanah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan tandatangan tersebut.
TANAH STATUS LEASEHOLD


Tanah leasehold atau tanah pajakan biasanya adalah tanah yang terdapat sekatan kepentingan di dalam urusan tanah tersebut. Maksudnya korang tak boleh sesuka hati je nak jual ke pajak ke cagar ke tanah tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Biasanya kalau nak tahu apa sekatan yang terdapat pada korang punya tanah cuba tengok di geran tanah korang di bahagian bawah sekali ada tercatat, biasanya ditulis begini:-

"Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dijual, dipajak, digadaikan atau dipindahmilik dengan apacara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"

Tanah pajakan ni biasanya adalah 99 tahun dan tarikh berakhir pajakan ni ada tercatat dalam geran tanah tersebut. Maksudnya bila habis je tempoh pajakan tu, tuanpunya tanah kenalah membayar sejumlah premium tanah kepada pihak pejabat tanah untuk menyambung tempoh pajakan tersebut.

Bila korang nak jual tanah tersebut terdapat prosedur yang korang kena ikut dan bergantung kepada pihak pejabat tanah yang berkenaan. Ada borang-borang yang kena isi, kalau tanah tu bercagar pada bank, kenalah minta izin dari pihak bank, kena lampirkan cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain. Senang citer kalau korang lantik peguam yang uruskan, biar diaorg je yang settlekan semua ni. Tapi jangan pulak korang delay2 apa yang peguam tu minta. Kalau tak lengkap semua yang peguam minta, memanglah permohonan untuk menjual tu takkan di masuk lagi ke pejabat tanah.. Ada faham ke apa yang aku tulis ni..hehehe..


Sunday, 14 December 2014

TIPS 1 - KENALI JENIS HAKMILIK


Tips hrini yg aku nak kongsi ialah kenali jenis hakmilik tanah anda..hrmm ...apa yg korang pikir psl hak milik...cer citer...biasa hakmilik ni ada gak org panggil geran tanah/individu umah..

Biasa kalau korang nak beli tanah/rumah dari orang/pemaju...ini lah perkara pertama yang korang kena tau...ada dua jenis geran..satu geran besar/induk dan satu lagi geran individu

Geran besar/induk ni selalunya masih atas nama pemaju dan belum lagi dipecahmilik...maksudnya mcm beli rumah flat/apartment/condo/direct dari pemaju tak kira lah atas tanah atau bertingkat, geran rumah masih lagi atas nama pemaju..

Tapi ada jugak yang beli dari orang lain tapi masih nama pemaju kan...tu maknanya samada:-
1. Geran individu dah keluar tapi penjual masih tak pegi tukar nama dari pemaju ke nama diorang; atau
2. Geran individu memang belum keluar lagi...biasanya kes macam ni korang beli dari pemaju...so ambik masa sikit lah nak keluar geran individu

Geran individu pulak ialah geran rumah/tanah yang sudah ada nama penjual. Macam ni senang sikit lah nak buat proses jual beli.

So kalau orang tanya korang,,,rumah ko tu dah keluar geran belum...boleh lah jawab...geran masih nama pemaju (kalau ikut kes kat atas lah)...ha...biasa rumah/tanah memang dah keluar geran cuma ianya nama pemaju/individu. 

Monday, 8 December 2014

TIPS 2- JENIS-JENIS STATUS TANAH


TANAH STATUS FREEHOLD

Tanah di Malaysia ada banyak jenis. Ada yang freehold,leasehold dan Malay Reserve Land. Itu adalah status yang terdapat pada hakmilik tanah.

Tanah freehold biasanya adalah tanah yang bebas dari sekatan kepentingan. Ini bermakna korang bebas untuk berbuat apa saja ke atas tanah tersebut dalam konteks pindahmilik, pajak, dan apa sahaja dan ke atas siapa sahaja. Tetapi jika pindahmilik adalah ke atas warganegara asing, biasanya kena dapatkan kelulusan dari pihak pejabat tanah yang berkaitan. Rules ni adalah dibawah bidangkuasa Menteri Besar Negeri yang berkenaan.

Tapi kan kebanyakan orang suka dengan tanah/property freehold..sebab apa..ha..nak jual dan beli senanglah...tak payah minta kelulusan dari pejabat tanah macam tanah leasehold. Di kebanyakan tempat especially di Lembah Klang tanah freehold menjadi favourite dan off course lah harganya pun MAHAL..tu sebab kalau nak beli tanah/property yang berstatus freehold, korang kena jaga-jaga lah dengan dia punya harga..mampu ke tak mampu kan..

Cer tengok korang punya geran rumah/tanah ada tulis apa...freehold ke leasehold?