Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Salah satu tempat yang terletak di Perak ialah Bukit Merah Laketown Resort. Resort ini adalah kepunyaan MK Land ,syarikat hartanah terkenal di Selangor.

Kali ni kitaorg bercuti selama 3 hari 2 malam dan book siap2 dari agoda.com...senang keje..

Tapi kitaorg lepak kat hotel je..tak masuk pun water park dia tu..tujuan utama just nak explore Bukit Merah tu camne rupanya.

Hotel yang ditempah amat memuaskan. Ada 1 katil queen dan katil single yang ada pull out tu..jadi Fateen dan Farah dan tentu nya tido kat katil sendiri. Aku dan husband tidur sekatil dengan 2 orang budak kecik tu..muat nya lagi sebab budak2 kecik kan...hahaha..


Bukit Merah ni dia ada satu tempat macam galeri dia lah...kat situ ada arked beli belah, foodcourt, nak main games dan juga kalau nak tengok orang utan ada jeti khas yang disediakan di situ..





  
Penginapan kitaorang ni dapat sekali breakfast untuk 2 orang, si kecik 2 orang tu of course lah FOC dan kakak yang berdua tu kitaorg bayar.

Cuma selain dari tempat2 tu dan water park, bila kitaorng jenjalan area Bukit Merah ni macam tak de apa yang menarik sangat lah...mungkin pihak Bukit Merah kena kreatif sikit kot untuk naikkan tempat ni lagi...takde apa yang happening pun..

Tapi dah nak berjalan kan...ha...jalan je lah...at least dah sampai Bukit Merah Laketown Resortkan... 


Saturday, 3 January 2015

The Lost World of Tambun, Ipoh

Antara banyak-banyak tempat yang family aku pernah pergi aku paling suka pergi ke The Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak..Dah 3 kali aku pegi sini. Dari anak 2 sampai anak 4 aku masih bawak anak-anak aku ke sini. First time pegi tahun 2006 masa tu office aku ada buat trip ke Pulau Pangkor. Sebab aku dah ambik cuti lebih, kitaorg main redah je pegi sana..

Masa tu memang tak de hotel yang dibawah Sunway Group ni...ha lupa nak bgtahu The Lost World of Tambun ni salah satu theme park milik Sunway. Macam Sunway Lagoon kat PJ tu cuma ada kelainan sikit lah. Sebab tak tau nak tido kat mana kitorg redah je kat Tambun dan jumpa lah hotel bajet kat situ..aku pun dah lupa namanya..

Kali kedua pegi aku dok kat hotel bajet Sun Inns kat Tambun jugak. Kali ketiga pegi dengan keluarga mentua kitaorg sewa homestay satu malam.










Fateen (kiri) dan Farah (kanan) di luar pintu masuk the Lost Worl of Tambun

Tuesday, 23 December 2014

TRIP KE PULAU REDANG-Part 1


Trip ke Pulau Redang ni adalah annual trip syarikat. Masa tu tahun 2006 dan anak-anak aku masa tu hanya Fateen n Farah. Dekat sebulan jugak ajk trip ni survey sana sini nak pilih resort terbaik dan lain-lain belanjawan masa nak ke sana. Yang best syarikat bukan aje sponsor tempat penginapan tapi duit minyak, tol, duit makan minum sepanjang trip dan jugak aktiviti-aktiviti kat sana fully paid by boss...huhu...mana nak dapat peluang camni kan...terima kasih boss..(dah jadi kenangan manis la ni..hikhik)

So akhirnya resort yang dipilih ialah Redang Islang Beach Resort selama 3 hari 2 malam. Perjalanan kami bermula dengan masing-masing kena berkumpul di Pertronas selepas tol Gombak pukul 12 malam jumaat mlm sabtu dan setelah cukup ahli, kami pun berkonvoi ramai-ramai ke Jeti Merang. 

Tapi sebab masa tu Fateen baru umur 3 tahun dan farah pulak baru 2 tahun banyak kali jugak lah aku n husband berenti..sudahnya aku tak ikut konvoi sebab tak nak menyusahkan org lain dan janji jumpa kat Kuala Terengganu waktu subuh nanti.

Kat Kuala Terengganu kitaorg cari masjid dulu untuk solat subuh dan tunggu geng-geng lain. Lepas tu kitaorg cari kedai nak bekpas dulu..kat terengganu ni pepagi apa lagi yang sedap, nasi daganglah dan kuih-muih yang lain. Dah bekpas kenyang-kenyang kami pun bertolak ke Jet Marang. Bila dah sampai kat sana, kami sebenarnya tak tau nak naik bot kat mana. Puas tanya org sana-sini, Ingatkan ada satu center yang semua bot boleh pegi Ke Pulau Redang. Rupa-rupanya setiap resort tu ada jeti diorg sendiri dan boeh park kereta kat situ dengan sedikit bayaran untuk 3 hari. Aku dah tak ingat berapa kena bayar masa tuh..

Dah settle park, angkut semua barang-barang yang nak dibawak pastu terus tunggu kat jeti tu untuk tunggu next boat. Bila boat sampai dalam hati aku cakap boleh ker bot ni bawak kitaorg seopis nih..huhu...sebab bot tu bt laju yang biasa tengok kat tv...



Saturday, 6 December 2014

Malaysia pun banyak tempat menarik


Aku tau ramai yang kat luar sana dah jadi satu kemestian untuk bercuti ke luar negara. Betul tak..hurmm...tak salah pun..janji ada duit kan..ye lah sekarang tambang kapal terbang pun dah semurah naik bas eskpress yang supercoach atau ada yang panggil vip...dah lah jimat masa..senang pun senang kan...

Dengan promosi yang airasia buat, di tambah dengan firefly pulak...even MAS pun dah mula turunkan harga flight sebab nak bersaing dengan syarikat kapal terbang murah ni..

Aku ada sorang kawan yang dalam setahun ada dekat 3 kali (masa cuti sekolah) dia mesti pegi bercuti kat luar negara..tapi dalam Asia je lah..Singapore, Krabi, Guangzhou, Korea...ntah mana-mana lagi ntah...pulak tu memang dia angkut satu family dia pergi..wau..banyaknya duit dia...tu yang aku cakap...janji ada duit kan..

Tapi dengan ekonomi Malaysia yang dah mula nampak merudumnya ni..percutian ke luar negara adalah salah satu belanja yang patut dikurangkan! Dari 3 kali mungkin boleh jadi sekali setahun je...atau paling senang tak payah langsung...kat dalam Malaysia pun boleh bercuti!

Tak dinafikan banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia yang kita memang tau atau sengaja buat tak tau...Pelancong luar berpusu-pusu datang ke Malaysia kita pulak yang berpusu-pusu keluar dari Malaysia..Come on lah kawan...support our country ok..

Kalau rasa-rasa tak de idea nak pegi mana korang boleh tengok label CUTI-CUTI kat blog aku ni..kalau ikut semua tu tempat-tempat yang aku dah pegi masa anak-anak kecik lagi.. tapi tak jadi hal kan...tempat tu masih ada lagi sekarang dan mungkin dah di upgrade..