Showing posts with label AM. Show all posts
Showing posts with label AM. Show all posts

Saturday, 29 February 2020

PENGALAMAN PATAH KAKI DAN BERSIMEN

PART 1

Seumur hidup aku, ini lah pertama kali kaki aku patah dan terpaksa bersimen!
Huhu...puncanya... jatuh tangga je....

Alkisahnya, bulan puasa tahun lepas, lebih tepat lagi....lagi seminggu nak cuti raya, masa tengah kerja aku kena follow anak boss pegi salah satu outlet kami di Kajang. Oleh sebab hal tersebut berkaitan dengan law dan polis, maka anak boss dengan pantas nya mengajak aku menemankan dia ke sana.

Okey tak nak banyak cakap dan menurut perintah aku pun bergegas lah turun ke bawah.

Office aku ni ada 5 tingkat dan tak ada lift. Ini adalah bangunan company sendiri dan big boss sengaja tak buatkan lift sebab dia nak staf-staf dia fit dengan menaiki tangga ke tempat kerja. Okey lah reason yang 'terpaksa' di terima pakai. haha...boss kata apa je terpaksa lah setuju kan.

Nasib baik lah aku duduk di tingkat 3 so tak de lah rasa mengah sangat nak turun naik office. Okey berbalik pada cerita tadi, sambil menuruni tangga tangan aku duk pegang handphone sebab nak call husband dan beritahu yang aku akan sampai lambat di rumah dan minta dia belikan lauk pauk untuk berbuka. Nah! Tak sempat call nak order pun...aku dah tergolek jatuh kat tangga paling bawah.

Silap nya satu je...aku tak perasan tangga yang last tu dia lebar sikit, bukan size standard so aku pijak dengan kuatnya dan hasilnya aku terus terpeleot...haha...

Lepas terjatuh dan terseliuh tu, sakitnya hanya Allah yang tau. Tapi aku sebelum2 ni memang pernah terseliuh so aku dah tau la rasa mcm mana...cuma kali ni, sakit dia lain machiam.

So malas nak fikir panjang, call Grab minta hantarkan ke MRT untuk balik ke rumah la dah sakit kaki kan. Urusan di Kajang terus dicancelkan dan boss pun ambil maklum tentang hal tersebut.

Nak dipendekkan cerita, lepas berbuka aku dengan terdengkot2 pegilah klinik dn doktor sahkan kaki aku injured macam atlit selalu injured tu dan dapatlah MC 5 hari.

Friday, 28 February 2020

Penting untuk melantik Pentadbir apabila berlaku kematian

Jika berlaku sesuatu kematian di dalam keluarga anda terutamanya yang sudah cukup umur dan mempunyai harta benda seperti hartanah, saham, simpanan di dalam bank dan lain-lain, seorang Pentadir perlu dilantik untuk menguruskan harta-benda si mati. Pentadbir dalam kes ini adalah bagi kematian yang tidak berwasiat.

Pentadbir ini bukanlah seseorang yang akan mewarisi harta-benda si mati tetapi lebih kepada seseorang yang dapat menguruskan perjalanan harta-benda si mati. Dan sudah semestinya beliau mestilah seorang yang jujur dan amanah dan dipercayai oleh ahli keluarga si mati.

Pentadbir boleh terdiri dari seorang atau lebih namun kebiasaannya seorang atau dua orang.

Sebelum melantik mana-mana Pentadbir penting untuk melihat kepada nilai keseluruhan harta-benda si mati. Jika keseluruhan hanya dibawah 2 juta maka Permohonan untuk Melantik Pentadbir boleh dibuat di mana-mana Bahagian Pusaka Kecil di daerah yang terletak hartanah si mati. Jika si mati mempunyai lebih dari satu hartanah dan terletak di daerah yang berlainan, maka permohonan boleh dibuat di salah satu daerah.

Apakah harta-benda si mati yang perlu disenaraikan

Harta boleh terdiri dari harta tak alih atau harta alih.

Harta tak alih seperti rumah, kedai, kilang, lot-lot tanah

Harta alih pula seperti wang simpanan di dalam bank-bank, unit amanah, bond, share dalam syarikat, dana di dalam KWSP, ASB dan juga kereta, motor, lori.

Borang Untuk Melantik Pentadbir ini boleh diambil di Bahagian Pusaka kecil di mana-mana daerah. Ada daerah yang meletakkan bahagian pusaka ini di pejabat tanah. Anda boleh datang dan tanya sendiri.

Selepas borang ini di isi, anda hantar dan tunggu sehingga dapat satu surat panggilan dari bahagian pusaka untuk satu perjumpaan. Perjumpaan ini adalah untuk pegawai di bahagian pusaka mengetahui cerita tentang harta milik si mati dan memberi kebenaran kepada Pentadbir yang di lantik untuk menguruskan harta benda si mati.

Harus di ingat, Pentadbir bukan lah automatik akan mewarisi harta si mati. Dia hanya akan mentadbir harta benda si mati secara telus. Sebab itu penting untuk melantik Pentadbir yang amanah.

Apabila sudah mendapat perintah dari bahagian pusaka, baru lah nama Pentadbir akan diendorskan didalam Geran harta si mati sebagai "Pentadbir".





Sunday, 8 March 2015

Bila ada anak yang ambil UPSR

Tahun ni, Fateen anak aku yang sulung akan menghadapi UPSR pada bulan September nanti. Baru lah tau camne mak dan ayah yang ada anak ambik UPSR punya pengalaman..

Dari bulan Januari hari tu tiap-tiap bulan sekolah Fateen buat ujian formatif untuk bagi budak-budak ni sentiasa bersedia dan menelaah buku..bagus jugak camni kan...lepas tu start bulan Februari pulak setiap 3 kali Sabtu ada tuisyen di sekolah yang dibuat oleh guru-guru sekolah dengan yuran yang sangat berpatutan.

Ditambah lagi tahun ni pun sek ren agama ada pulak PSRA...makin bertambah lah sibuknya Fateen. Setiap hari kecuali hari rabu (sebab ada koko di sek keb) budak-budak darjah 6 SRA akan diberi tuisyen dari jam 5.30 sampai pukul 6 petang..fuhh..penuh jadual...tu belum lagi time cuti sekolah...cikgu memang akan buat tuisyen khas.

Disebabkan jadual yang padat camni, aku dengan husband ambik keputusan untuk tidak menghantar Fateen ke mana-mana kelas tuisyen luar...sian pulak tengok dia...kepenatan...lagipun aku tengok dan aku pantau si Fateen ni dia jenis rajin ulangkaji, kalau tak faham dia akan terus tanya aku atau pun husband. Result peperiksaan dia pun tak mengecewakan...boleh lah setakat dapat 3A atau 4A setiap kali exam.

Dah lah tiap-tiap hari ada je keje sekolah yang cikgu suruh siapkan, kalau aku hantar dia tuisyen malam confirm keje sekolah tak siap punya...dia tu dah lah jenis sikit2 nak menangis kalau penat..hahaha..

Setakat ni aku rasa under control...cuma aku kena tekan kan lagi bab-bab yang dia tak faham dan bagi contoh mesti dia boleh buat punya...Fateen boleh!

Monday, 16 February 2015

Persiapan bertunang dan kahwin...untuk 2 adik lelaki

Dah berapa hari aku tak update blog..tak sempat langsung nak menjengok pun...busy bebenor! Apahal pulak ni...

12 Februari baru ni aku dan adik beradik semua dah berkumpul di rumah kakak sulung aku di Terengganu...

Ha...cuti sekolah pun belum pasal apa pulak ek...hehe....

Dua orang adik lelaki aku akan bertunang dan kahwin dengan orang Terengganu...hurmm....pandai pulak diorg ni cari calon kan...

Oleh sebab Terengganu cuti hari Jumaat dan Sabtu,adik lelaki aku Azreen memilih untuk bertunang pada hari Jumaat manakala abang dia pulak dah sepakat untuk kahwin pada hari Sabtu....so terpaksalah kitaorg adik beradik yang dok merantau ke Lembah Klang ni ambik cuti...sampai anak aku pun kena ponteng sekolah!

Sehari sebelum kedua2 majlis ni kitaorg dah sibuk menyiapkan apa yang patut untuk touch up hantaran...haha...dah sebelah lelaki kan nak pening apa...



Busy siapkan sirih junjung..

Ok itu aje persiapan di sebelah pihak lelaki kan...bukannya ada kenduri lagi...

Next entry aku update pasal acara meminang dan jugak akad nikah dan kenduri kahwin ye...

Happy reading uollss!


Saturday, 7 February 2015

Roti Special di Murni Discovery USJ 9

Semalam aku tak de mood nak lunch. Bukan nak diet tapi ada masa2 macam dah malas makan nasi atau makanan yang berat2.

So aku decide untuk turun lunch lambat sikit lepas pukul 2 sebab tempat yang aku nak makan ni memang selalu FULL HOUSE...

Murni Discovery memang tempat favourite aku bertapa untuk makan minum. Harga yang berpatutan ditambah dengan menu2 yang lazat membuatkan ramai orang yang berpusu2 ke sini dari waktu lunch sampai lah ditutup.

Bila dok belek2 menu yang pelbagai tu aku memang aim nak makan jenis roti je...so aku tertarik nak cuba roti apa ntah nama dia....roti pisang dan ada 2 skop aiskrim! Wah! Cam menarik kan...
Air pulak aku pilih 3 layer tea ais...hurmm....mesti 3 layer lah tu..

Bila sampai order aku....wallah...cam sedap je...dan saat aiskrim dicampur dengan roti pisang tu masuk ke tekak aku.....wahhhh.....nyaman betul....lepas tu sedut pulak 3 layer tea ais tu...ohhh...boleh tahan rasa dia ....cam minum cendol...ohh....rupanya lapisan yang paling bawah tu diletakkan gula melaka....lazatnya....



Monday, 2 February 2015

Nasi Lemak Hijau

Sebut je nasi lemak mesti semua dah terbayang kan bagaimana rupanya..

Kali ni aku nak perkenalkan Nasi Lemak Hijau yang jadi buruan penduduk di Puncak Alam. Sebab apa hijau...ha...memang nasi dia warna hijau..
Hijau nasi lemak ku

Nasi dia memang cukup lemak nya..dan ada banyak pilihan lauk. Selain tu boleh jugak makan lontong dan soto...sedap tau...aku dah cuba semua.

Yang paling best air minum dah siap2 letak dlm bekas air cam kat kenduri kawin tu. Ada teh o,teh tarik dan nescafe...segelas harga RM1 je ...murah kan...kalau nak air yang lain macam air batu kena order...yang tu aku tak tau lak berapa harganya...

Gerai nasi lemak hijau ni terletak di Gerai Majlis Daerah Kuala Selangor yang baru di buka di Fasa 3, Puncak Alam Selangor..jom lah try...

Sunday, 1 February 2015

Didik anak lipat baju sendiri

Aku pasti ramai parents kat luar sana yg pening dengan kain baju kat rumah kan...(utk yg tak de maid lah)...semua nak kena buat sendiri....

Aku pun tak terkecuali...tapi satu keje rumah yang paling aku tak suka buat ialah lipat kain..anak dah lah 4 kain baju sekali nak lipat dekat 2 bakul koo..

Tapi apa yang aku buat ialah aku didik anak2 aku dari diorg start tadika lagi lipat baju sendiri....slow2 lah...mungkin hari aku ajar diorg lipat baju,esok seluar dan seterusnya...

Dan AlHamdulillah anak2 aku dapat ikut dan sampai sekarang diorg masih lipat baju sendiri....cuma sesekali ada jugak aku tolong tapi tak banyaklah...

Bila anak2 dapat buat sendiri kita pun senang hati...ye lah keje rumah lain banyak lagi nak buat kan...

Sekarang Kirana anak aku yang 6 tahun pun dah pandai lipat baju dengan kemasnya....diorg siap susun terus dalam almari baju sendiri...

Pada aku didikan patut bermula dari kecil baru diorang tak kekok bila dah besar baru nak suruh buat keje rumah kan...

Tuesday, 20 January 2015

Bantuan awal persekolahan

Masuk tahun ni dah 3 tahun kerajaan bagi bantuan awal RM100 seorang untuk setiap anak yang bersekolah. Dan tahun ini lah tahun pertama aku yang pergi ambil duit tuh..sebab cik hubby ada conference kat Genting. Nak tak nak terpaksalah pegi...

Alkisah...tahun pertama parent cuma ambik kat kelas anak2 tapi masuk tahun kedua (tahun) lepas dah kena ambik kupon pulak ...dah lah lepas tu kena dengar ceramah Ahli Parlimen/Adun Kawasan...hurmmm..aku pun tak tau apa motif nak adakan ceramah ni..

Kalau nak bagi duit tu...bagi je lah kan.bukan apa...parent yang datang tu bukan semua tak keje....ada yang lari2 cilok datang sekolah anak jap pastu nak pegi keje semula...ntahlah...

Tapi apa yang aku buat lepas ambik kupon untuk Fateen dan Farah?haha..aku tengok ramai parenta yg dok makan kat kantin tu....aku pun order lah nescafe panas nipis all time favourite...pastu ambik lah seketul dua kuih...

Dah kenyang perut baru aku masuk le dewan untuk beratur dan terima duit..

Gigi dewasa pertama Kirana

Aku baru perasan Kirana anak aku yang ketiga dah tumbuh gigi dewasa kat gigi bawah...hurmm..bila aku cuba pegang gigi susu dia..dah bergoyang! Itu maknanya gigi tu kena cabut!

Adui! Seriau sungguh bila dipikirkan!
Ye lah first time untuk Kirana..dan first time ni yang akan menentukan camna dia punya reaksi seterusnya terhadap doktor gigi..

Muka dia berubah bila aku cakap kena jumpa doktor...nasib baik Fateen anak aku yang sulung sempat menyampuk..dengan nada memujuk dia bagitahu adik dia..tak sakit pun..nanti doktor letak ubat rasa macam jem strawberry...

Terus muka dia ceria dan tanya bila nak pegi jumpa doktor.fuhh..lega betul...tapi ini kalilah memang pun doktor akan just letak ubat bius jenis sapu tu baru dia cabut...

Nanti kalau dah tumbuh gigi lain dan gigi susu tu tak bergoyang...sah-sah kena inject kan...aduiii...tak nak pikir lah..

Monday, 19 January 2015

KUIH UDANG ALOR GAJAH

Yummy! Bila sebut kuih udang ni...aku paling suka kalau balik rumah mak mertua aku kat Alor Gajah Melaka. Sebab apa...hihi...sebab aku mesti akan singgah kat medan selera Alor Gajah untuk beli kuih udang yang terkenal zaman berzaman.



Tapi nak makan kuih udang ni kena banyak bersabar...sebab apa...sebab kena beratur panjang tak kira lah nak makan kat situ or nak bawak balik..orang sentiasa penuh kat situ..

Kuih udang ni ni jual secara set...maksudnya untuk sorang makan atau 2-3 orang, 5 orang dan seterusnya...harga dia pun reasonable kalau dua orang makan lebih kurang RM5 tapi dapat sepenuh pinggan untuk makan berdua..cukuplah tu kan...

Kuih udang kat sini bukan macam kuih udang yang kita biasa jumpa tu ada kuih cekodok udang yang digoreng pastu dipotong kecik-kecik dan disirami sos..tapi ia terdiri dari cekodok udang tu sendiri, fish cake, tauhu, timun dan nugget yang dipotong kecil dan dicampurkan....dan memang akan disirami sos buatan sendiri yang mabeles...sos ni lah yang buatkan kuih udang Alor Gajah ni sedap..

Sos buatan sendiri ni sampai dia jual berasingan kalau ada sesiapa nak beli dan dijual dalam botol besar. Memang sedap..

Aku cadangkan sesiapa yang ke Melaka cubalah ke Pekan Alor Gajah dan rasakan sendiri keenakan kuih udang ni...buka dari tengah hari hingga habis stok...

Yummy!

Cuti sekolah tangguh seminggu

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku dan anak-anak aku cuti sekolah ditangguhkan seminggu...akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara serta Johor. Walaupun Lembah Klang tak terkena tempias banjirnya namun untuk menyeragamkan pembelajaran satu Malaysia kerajaan putuskan agar persekolahan 2015 bermula pada 12.1.2015.

Kesannya...budak-budak lah seronok cuti sambung lagi..hehehe..tapi ada baiknya jugak cuti sekolah tangguh lagi...kenapa pulak yek...sebab aku tak beli lagi kelengkapan sekolah anak-anak aku...hah...boleh gitu ker...eh...boleh je...haha...aku tak kelam kabut nak cari baju sekolah anak-anak aku walaupun dah nak masuk sekolah...sebabnya...aku dah tau mana nak tuju dan aku tau stok kat situ sentiasa banyak...

Sebab apa lambat sangat aku beli kali ni..biasa kami suami isteri akan beli awal Disember tapi memandangkan cik husband busy ngan keje dan 2 mggu terakhir disember pulak ada family day berturut-turut terpaksalah kitaorg beli awal January..

Dan seperti dijangka stok baju sekolah dan lain-lain kelengkapan masih banyak...ha...kat mana tempat aku tiap-tiap tahun beli baju sekolah budak2 ni...nantikan lah entry lain ye..

Aku akan share tempat yang jadi tumpuan aku tiap-tiap tahun sebab kualiti yang ada pada pakaiannya...dan kalau korang dengar namanya mesti cam tak percaya dan harga pun mampu milik...harga untuk sepasang tau...bukan cam tempat lain baju harga lain kain harga lain kan..hehe...  

Wednesday, 31 December 2014

Demam di musim hujan

Hari ni masuk hari keempat aku demam dan AlHamdullilah hari ni much better dari sebelum ni. Aku mengaku aku dah lama tak demam..sekali Allah uji demam...3 hari aku tergolek je kat katil..tak boleh buat apa-apa dah..nasib baik tak muntah bagai...cuma selsema yang aku rasa menyumbang kepada demam aku ni..

Lagipun 2 minggu berturut-turut aku pegi family day di waktu hujan renyai-renyai..orang tua-tua kata bila time hujan renyai lah lagi cepat demam..hurmmm...mungkin jugak kot..

20-21 Disember baru ni office aku buat family day kat Bukit Gambang Resort City..seharian dok main air kat waterpark masa tengah hujan kejap renyai kejap lebat...kitaorg redah je...

Balik dari Kuantan, sehari je berehat pastu hari Khamis masa Krismas tu pegi Port Dickson pulak ada family day company husband aku...still hujan kejap renyai kejap lebat..

Lepas balik dari PD tu kitaorg terus ke rumah mak mertua di Alor Gajah sebab anak buah kenduri kawin hari Jumaat dan Sabtu..sudahnya hari Ahad tu bermulalah demam aku yang buatkan aku tak boleh berenggang dengan katil..tak boleh nak bangun dan duduk..badan rasa bisa-bisa je..

Hari Isnin dah balik ke rumah tapi still rasa ting-tong lagi...berehat je lah...dan AlHamdulillah baru hari ni aku rasa ada sikit kekuatan untuk buat keje rumah..tapi bila kaki rasa sejuk semula, cepat-cepat aku pakai stokin dan berselimut..hahaha...dah macam orang dalam pantang...

Friday, 12 December 2014

AJAR SENDIRI ATAU HANTAR KE GURU MENGAJI

Post ni aku buat sebab aku dah alami dilema sama ada nak hantar ank aku ke rumah guru mengaji atau ajar sendiri. Kalau korang macam mana?

Dari umur anak aku Fateen dan Farah 5 tahun aku dan hubby dah start ajar mengaji..ala ajar yang sikit2 cam alif ba ta and such...

Dari pengamatan aku, Fateen lambat sikit dapat tangkap apa yang diajar tapi Farah memang cepat..sekejap je dah beralih. 

Disebabkan sibuk dengan keja aku dan husband ambik keputusan untuk hantar budak duaorg ni ke rumah guru mengaji...tapi tau tak...Fateen asyik mengadu je kena marah lah...x dapat beralih lah...haha..ye lah aku faham dia kan lambat sikit pick up ..hanya yang sabar je dapat ajar dia...

Dah banyak kali gak tukar guru mengaji...last2 aku buat deal dengan husband baik ajar mengaji sendiri dan kitaorg akan bergilir lah..tau tak..Fateen boleh beralih dengan cepat di bawah ajaran husband aku tapi sebaliknya bila aku yang ajar...nampak sangat aku tak boleh ajar anak...hehe...

Tapi aku puas hati gak bila ajar anak mengaji kat rumah...Bila ingat2 balik masa aku kecik mana pernah aku mengaji dengan orang lain...mengaji dengan mak aku dan mak aku pulak memang ramai budak2 mengaji dengan dia...Mak aku pulak masa kecik pun nenek aku yang ajar...so kesimpulannya agaknya dah memang generasi mengaji kat rumah dengan mak kot..

Satu lagi kan bila kita ajar anak mengaji kat rumah secara tak langsung kita pun mengaji sama. Ha...tak ke bagus macam tuh..

Kalau korang macam mana.. prefer ajar sendiri ke atau hantar ke rumah guru mengaji?

Monday, 1 December 2014

First time posting..


Pertama kali Al-hamdulillah..setelah beberapa kali try cari masa nk bukak blog akhirnya baru hari ini Sejarah tercipta..haha..tercipta lah sangat…serius..dari tahun 2007 lagi aku dh tertarik untuk berblog dan ditambah time tu banyak betul blogger2 yang lahir namun apakan daya…dah keje namanya…x sempat2..

Dan KINI kenapa plk aku Berjaya buat..dah tak keje ke aku ni..hehe..

Al-kisahnya..setelah 11 tahun bergelumang dgn kes-kes hartanah, bank, lelong dan 1001 mcm agreement pelik2…akhirnya aku dah jumpa satu peluang yang takkan ku lepaskan…jadi konsultan part time…nape aku kata part time…sebab aku cuma pg opis 1 minggu sekali je tu pun ikut suka aku nk pegi hari apa …kalau urgent sangat mem aku akan whatsapp je kt aku..gaji plk..dh nama part time gaji pun mesti part time kan..aku suka macam ni…dapat jaga anak2 kat rumah tgk diorang membesar, hantar pegi sek, sek agama, tadika, dapat ajar subjek yg diorg x paham…serius this is the way of life that I loved most..Still keje n dpt jaga anak..mana nak cari kan..

Tu sebab aku rasa dh sampai masanya aku concentrate berblog..terkial-kial jugaklah aku ni…maklumlah sebelum ni mana reti nak berinternet bagai..domain lah, nufnang la..bla..bla..mcm2 lagilah..sblm ni asyik nak mengadap agreement, client sampai tido malam pun mimpi kes tau..haha..Apa-apa pun thanks to my bro yang dh jadi blogger pun and bakal adik ipar seorang blogger aktif yang banyak beri tunjuk ajar..dan tak lupa buat Ben (www.benashaari.com) yang propose try buat blog..thanks uolss..

Tapi tujuan aku buka blog pun lebih kepada nak share apa-apa pengalaman n ilmu yang aku ada agar semua org yg baca blog ni dapat manfaatnya..betul tak..

Cukuplah rasanya entry pembukaan untuk blog aku ni…

Ok guys salam perkenalan dari NETT ye..

p/s Aku ada 3 nama dari zmn secondary school sampai le keje tapi this nickname I like most..Thanks to Norzana my friend masa kt UKM yg bagi nickname ni..