Saturday 29 February 2020

PENGALAMAN PATAH KAKI DAN BERSIMEN

PART 1

Seumur hidup aku, ini lah pertama kali kaki aku patah dan terpaksa bersimen!
Huhu...puncanya... jatuh tangga je....

Alkisahnya, bulan puasa tahun lepas, lebih tepat lagi....lagi seminggu nak cuti raya, masa tengah kerja aku kena follow anak boss pegi salah satu outlet kami di Kajang. Oleh sebab hal tersebut berkaitan dengan law dan polis, maka anak boss dengan pantas nya mengajak aku menemankan dia ke sana.

Okey tak nak banyak cakap dan menurut perintah aku pun bergegas lah turun ke bawah.

Office aku ni ada 5 tingkat dan tak ada lift. Ini adalah bangunan company sendiri dan big boss sengaja tak buatkan lift sebab dia nak staf-staf dia fit dengan menaiki tangga ke tempat kerja. Okey lah reason yang 'terpaksa' di terima pakai. haha...boss kata apa je terpaksa lah setuju kan.

Nasib baik lah aku duduk di tingkat 3 so tak de lah rasa mengah sangat nak turun naik office. Okey berbalik pada cerita tadi, sambil menuruni tangga tangan aku duk pegang handphone sebab nak call husband dan beritahu yang aku akan sampai lambat di rumah dan minta dia belikan lauk pauk untuk berbuka. Nah! Tak sempat call nak order pun...aku dah tergolek jatuh kat tangga paling bawah.

Silap nya satu je...aku tak perasan tangga yang last tu dia lebar sikit, bukan size standard so aku pijak dengan kuatnya dan hasilnya aku terus terpeleot...haha...

Lepas terjatuh dan terseliuh tu, sakitnya hanya Allah yang tau. Tapi aku sebelum2 ni memang pernah terseliuh so aku dah tau la rasa mcm mana...cuma kali ni, sakit dia lain machiam.

So malas nak fikir panjang, call Grab minta hantarkan ke MRT untuk balik ke rumah la dah sakit kaki kan. Urusan di Kajang terus dicancelkan dan boss pun ambil maklum tentang hal tersebut.

Nak dipendekkan cerita, lepas berbuka aku dengan terdengkot2 pegilah klinik dn doktor sahkan kaki aku injured macam atlit selalu injured tu dan dapatlah MC 5 hari.

Friday 28 February 2020

Penting untuk melantik Pentadbir apabila berlaku kematian

Jika berlaku sesuatu kematian di dalam keluarga anda terutamanya yang sudah cukup umur dan mempunyai harta benda seperti hartanah, saham, simpanan di dalam bank dan lain-lain, seorang Pentadir perlu dilantik untuk menguruskan harta-benda si mati. Pentadbir dalam kes ini adalah bagi kematian yang tidak berwasiat.

Pentadbir ini bukanlah seseorang yang akan mewarisi harta-benda si mati tetapi lebih kepada seseorang yang dapat menguruskan perjalanan harta-benda si mati. Dan sudah semestinya beliau mestilah seorang yang jujur dan amanah dan dipercayai oleh ahli keluarga si mati.

Pentadbir boleh terdiri dari seorang atau lebih namun kebiasaannya seorang atau dua orang.

Sebelum melantik mana-mana Pentadbir penting untuk melihat kepada nilai keseluruhan harta-benda si mati. Jika keseluruhan hanya dibawah 2 juta maka Permohonan untuk Melantik Pentadbir boleh dibuat di mana-mana Bahagian Pusaka Kecil di daerah yang terletak hartanah si mati. Jika si mati mempunyai lebih dari satu hartanah dan terletak di daerah yang berlainan, maka permohonan boleh dibuat di salah satu daerah.

Apakah harta-benda si mati yang perlu disenaraikan

Harta boleh terdiri dari harta tak alih atau harta alih.

Harta tak alih seperti rumah, kedai, kilang, lot-lot tanah

Harta alih pula seperti wang simpanan di dalam bank-bank, unit amanah, bond, share dalam syarikat, dana di dalam KWSP, ASB dan juga kereta, motor, lori.

Borang Untuk Melantik Pentadbir ini boleh diambil di Bahagian Pusaka kecil di mana-mana daerah. Ada daerah yang meletakkan bahagian pusaka ini di pejabat tanah. Anda boleh datang dan tanya sendiri.

Selepas borang ini di isi, anda hantar dan tunggu sehingga dapat satu surat panggilan dari bahagian pusaka untuk satu perjumpaan. Perjumpaan ini adalah untuk pegawai di bahagian pusaka mengetahui cerita tentang harta milik si mati dan memberi kebenaran kepada Pentadbir yang di lantik untuk menguruskan harta benda si mati.

Harus di ingat, Pentadbir bukan lah automatik akan mewarisi harta si mati. Dia hanya akan mentadbir harta benda si mati secara telus. Sebab itu penting untuk melantik Pentadbir yang amanah.

Apabila sudah mendapat perintah dari bahagian pusaka, baru lah nama Pentadbir akan diendorskan didalam Geran harta si mati sebagai "Pentadbir".