Monday, 10 August 2015

Kebenaran Memindah milik dan Menggadai

Seringkali apabila anda berurusan dengan pihak peguam hartanah berkenaan dengan hartanah yang anda beli atau jual, anda akan menemui perkataan kebenaran pindah milik atau menggadai khasnya untuk hartanah yang mempunyai Pajakan 99 tahun. Hartanah ini dipanggil LEASEHOLD

Tahukah anda jika anda menjual atau membeli hartanah khasnya dari tangan orang lain(sub-sale/secondary sale) yang mempunyai sekatan kepentingan iaitu perlu mendapatkan kebenaran memindah milik atau menggadai, maka baki harga belian hartanah akan dikira dari tarikh kebenaran tersebut sampai di tangan peguam pihak penjual.

Seringkali terjadi, pihak penjual atau pembeli tersalah faham yang 90 hari masa untuk menjelaskan baki harga belian hartanah tersebut bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli disetemkan. Ini salah ye. 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli hanya terpakai untuk hartanah yang mempunyai pegangan selama-lamanya atau juga dipanggil FREEHOLD.

Contoh geran yang mempunyai sekatan kepentingan ialah :-

Hakmilik di atas menunjukkan yang ia mempunyai pajakan selama 99 tahun dan berakhir pada 8 Februari 2100. Ini bermakna pajakan ini masih berbaki 85 tahun. Dibahagian Sekatan-sekatan kepentingan menyatakan dengan jelas :-

"Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"

Maka jika tarikh Perjanjian Jual Beli anda ialah 10/8/2015, tempoh 90 hari untuk Pembeli menjelaskan baki harga belian bukanlah pada 9/11/2015 tetapi selepas Peguam penjual menerima surat kebenaran memindahmilh atau menggadai dari pejabat tanah berkenaan yang mungkin akan membuatkan tarikh akhir untuk 90 hari tersebut ialah 9/12/2015 atau selepas itu. 

Sebab itu ada hartanah yang mengambil masa 4-6 bulan untuk pembeli mendapat kunci rumah dan Penjual mendapat baki harga jual rumah disebabkan ada sekatan kepentingan ini. Jadi jangan anda menuduh peguam anda tidur atau tidak membuat kerja ye. Semua ini bergantung kepada dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan ini dan juga pejabat tanah yang meluluskan permohonan kebenaran ini dan juga 

Prosedur-prosedur untuk memohon kebenaran pindahmilik atau menggadai akan diceritakan di entry seterusnya. 




No comments:

Post a comment