Tuesday, 23 December 2014

TRIP KE PULAU REDANG-Part 1


Trip ke Pulau Redang ni adalah annual trip syarikat. Masa tu tahun 2006 dan anak-anak aku masa tu hanya Fateen n Farah. Dekat sebulan jugak ajk trip ni survey sana sini nak pilih resort terbaik dan lain-lain belanjawan masa nak ke sana. Yang best syarikat bukan aje sponsor tempat penginapan tapi duit minyak, tol, duit makan minum sepanjang trip dan jugak aktiviti-aktiviti kat sana fully paid by boss...huhu...mana nak dapat peluang camni kan...terima kasih boss..(dah jadi kenangan manis la ni..hikhik)

So akhirnya resort yang dipilih ialah Redang Islang Beach Resort selama 3 hari 2 malam. Perjalanan kami bermula dengan masing-masing kena berkumpul di Pertronas selepas tol Gombak pukul 12 malam jumaat mlm sabtu dan setelah cukup ahli, kami pun berkonvoi ramai-ramai ke Jeti Merang. 

Tapi sebab masa tu Fateen baru umur 3 tahun dan farah pulak baru 2 tahun banyak kali jugak lah aku n husband berenti..sudahnya aku tak ikut konvoi sebab tak nak menyusahkan org lain dan janji jumpa kat Kuala Terengganu waktu subuh nanti.

Kat Kuala Terengganu kitaorg cari masjid dulu untuk solat subuh dan tunggu geng-geng lain. Lepas tu kitaorg cari kedai nak bekpas dulu..kat terengganu ni pepagi apa lagi yang sedap, nasi daganglah dan kuih-muih yang lain. Dah bekpas kenyang-kenyang kami pun bertolak ke Jet Marang. Bila dah sampai kat sana, kami sebenarnya tak tau nak naik bot kat mana. Puas tanya org sana-sini, Ingatkan ada satu center yang semua bot boleh pegi Ke Pulau Redang. Rupa-rupanya setiap resort tu ada jeti diorg sendiri dan boeh park kereta kat situ dengan sedikit bayaran untuk 3 hari. Aku dah tak ingat berapa kena bayar masa tuh..

Dah settle park, angkut semua barang-barang yang nak dibawak pastu terus tunggu kat jeti tu untuk tunggu next boat. Bila boat sampai dalam hati aku cakap boleh ker bot ni bawak kitaorg seopis nih..huhu...sebab bot tu bt laju yang biasa tengok kat tv...



No comments:

Post a comment