Tuesday 23 December 2014

TANAH MALAY RESERVE


Tanah Malay Reserve atau pun tanah rizab melayu adalah tanah yang khusus untuk bangsa Melayu sahaja. Terdapat peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara yang antara lain menyatakan tanah Malay Reserve hanya boleh dipindahmilik atau dijual hanya kepada orang Melayu sahaja.

Kebiasaannya tanah jenis ini tiada apa-apa sekatan dan adalah untuk tempoh selama-lamanya. Hanya satu sahaja sekatan iaitu urusan tanah hanyalah di antara orang melayu dengan melayu sahaja.

Tanah jenis ni agak special sebab pihak peguam tidak boleh menjadi saksi kepada orang yang hendak memindahmilik atau menerima pindahmilik. Hanya pihak Pentadbir/Penolong Pentadbir Tanah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan tandatangan tersebut.

No comments:

Post a Comment