Friday 24 April 2015

Mood menulis

Sebenarnya dah lama aku teringin nak menulis. Bukan menulis semborono ye...menulis dalam erti kata mengarang cerita atau menulis novel. Tapi disebabkan kesuntukan masa dengan kerjaya dan keluarga, aku pendamkan sahaja niat aku tu.

Namun, semangat aku bercambah kembali selepas melihat karya-karya kakak aku satu persatu dilamar pihak penerbitan. Terus aku capai laptop karang cerita...hehe..

Sementara tengah semangat tu,baik aku berangan jap ek...

Nanti satu per satu bab akan aku upkan dalam blog aku ni di bawah label baru NOVEL IMPIAN



1 comment:

  1. keep it up nett..mana tau satu hari nanti jadi novelis terkenal pulok..hehe

    ReplyDelete