Monday, 18 May 2015

Hidup kita ni singkat, buatlah perkara yang menggembirakan!

Syukurlah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk meneruskan hidup, bergurau senda dengan anak-anak, buat perkara yang kita suka.

Ye...kita hidup di dunia ni hanya sementara. Entah esok lusa kita dah tiada, kita pun tak tau bila masanya. Oleh itu, sementara kita masih diberi nafas oleh Allah, buatlah perkara-perkara yang menggembirakan. Yang sudah berkahwin, rajin-rajinlah berbuat baik dengan pasangan, hati tenang pahala pun dapat kan. Jaga kerukunan rumah tangga, tak mau gaduh-gaduh. Kalau ada selisih faham tu tak payahlah nak masam muka lama-lama. Merajuk sekejap-sekejap je..hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.

Yang ada anak pula, rajin-rajinlah dengar celoteh mereka. Mereka ini masih suci dan perlukan perhatian kita. Dengar mereka bercerita pasal kawan sekolah, pasal cikgu garang, pasal makanan kat nursery, pasal kelas tambahan dan layanlah mereka kalau mereka mungkin tak faham bagaimana nak membina ayat dalam karangan B.Melayu, walaupun anda bukan jenis yang pandai sangat!

Anak-anak ini sangat suka kalau ibu bapa dapat beri tunjuk ajar berkenaan dengan kerja sekolah. Pada mereka, ibu dan ayah mereka sangat hebat dan dapat menolong mereka. Walaupun anda mungkin ada hantar mereka ke tuisyen namun jangan lah serah bulat-bulat pada cikgu tuisyen. Anak-anak kita masih perlukan perhatian kita. Mana tau ntah-ntah malam tu merupakan malam terkahir kita dengan mereka kan..

Gembirakan keluarga dan hati kita pun akan tenang dan gembira!



No comments:

Post a comment