Bell
cuba menahan debar di hati. Sungguh..dia terpana seketika. Adakah benar yang
dilihat duduk di sofa di satu sudut ruang pameran adalah Ammar yang dirindui
selama ini. Dia cuba amati sesusuk tubuh yang kelihatan biasa di matanya.
Manalah tau pelanduk dua serupa kan.
Dengan
susuk tubuh yang tegap, sama seperti 5 tahun dulu maklumlah Ammar adalah pemain
ragbi yang mewakili kolej tempat mereka belajar dulu. Bell beralih pula
mengamati raut wajah yang dirindui siang dan malam. Seraut wajah yang tenang
dan sejuk mata memandang. Hingga bergetar hati dan perasaan perempuannya. Yang
membuatkan tidurnya tidak lena, yang membuatkan makannya bagai tak tertelan dan
sungguh dia bagai hanyut di lautan rindu tak bertepi.
Ya..tidak
salah lagi...memang Ammar hero pujaan hati. Cuma rambutnya sahaja yang nampak
berlainan. Tapi masih tetap nampak kemas seperti selalu.
Bell
ingin menegur namun bimbang andai teguran tak disambut dan lebih memalukan
andai Ammar tidak mengenali dirinya. Kerana Bell yang sekarang bukan Bell yang
dulu. Bell yang dulu freehair dan agak sosial tapi masa yang berlalu telah
mematangkan dirinya. Bell sekarang telah berhijab dan membataskan pergaulan
sosialnya.
Bell
baru sahaja ingin melangkah ke arah Ammar apabila tiba-tiba telinganya menangkap
satu suara halus memanggil.
“Daddy!
Here you are. I have been busy looking for you...” kata si pemilik suara halus
itu, menegur Ammar yang duduk di sofa.
Hati
Bell tiba-tiba jatuh, berderai dan dirasakan dunianya berputar.
tak sangka kak nett jd novelis
ReplyDeleteMy dear....baru nak berangan lah ...hikhik...ntah ada orang nak baca ke tidak ni...
ReplyDelete