Friday, 6 February 2015

Seni Art dari Pencil Shaving

Budak2 kan memang suka asah pencil colour...bila diaorg dah start asah tu...huhu...pening nengok banyak sampahnya...

Apa kata dari membazir je menda tu, cuba korang ajak anak2 create satu hiasan dari pencil shaving ni. Tak de idea camne nak buat? Hurmm....mungkin gambar2 di bawah boleh jadi inspirasi! Selamat mencuba! (gambar dari google je tau...)







Wednesday, 4 February 2015

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Salah satu tempat yang terletak di Perak ialah Bukit Merah Laketown Resort. Resort ini adalah kepunyaan MK Land ,syarikat hartanah terkenal di Selangor.

Kali ni kitaorg bercuti selama 3 hari 2 malam dan book siap2 dari agoda.com...senang keje..

Tapi kitaorg lepak kat hotel je..tak masuk pun water park dia tu..tujuan utama just nak explore Bukit Merah tu camne rupanya.

Hotel yang ditempah amat memuaskan. Ada 1 katil queen dan katil single yang ada pull out tu..jadi Fateen dan Farah dan tentu nya tido kat katil sendiri. Aku dan husband tidur sekatil dengan 2 orang budak kecik tu..muat nya lagi sebab budak2 kecik kan...hahaha..


Bukit Merah ni dia ada satu tempat macam galeri dia lah...kat situ ada arked beli belah, foodcourt, nak main games dan juga kalau nak tengok orang utan ada jeti khas yang disediakan di situ..





  
Penginapan kitaorang ni dapat sekali breakfast untuk 2 orang, si kecik 2 orang tu of course lah FOC dan kakak yang berdua tu kitaorg bayar.

Cuma selain dari tempat2 tu dan water park, bila kitaorng jenjalan area Bukit Merah ni macam tak de apa yang menarik sangat lah...mungkin pihak Bukit Merah kena kreatif sikit kot untuk naikkan tempat ni lagi...takde apa yang happening pun..

Tapi dah nak berjalan kan...ha...jalan je lah...at least dah sampai Bukit Merah Laketown Resortkan... 


Tuesday, 3 February 2015

Frame Gambar


Kalau anda seorang yang gemar menggantung gambar-gambar keluarga untuk tatapan, mungkin anda patut cuba pelbagaikan bentuk dan size serta tempat untuk gantungkannya  selain dari kebiasaan di ruang tamu.

Kelainan ini akan memberi ilham deco yang unik untuk tatapan tetamu anda dan membuatkan anda rasa berbesar hati bila dipuji kan...

Cuba tengok gambar-gambar di bawah ini, mana tau ada yang anda berkenan...
(gambar sumber google)

25 Cool Ideas To Display Family Photos On Your Walls 

25 Cool Ideas To Display Family Photos On Your Walls 

25 Cool Ideas To Display Family Photos On Your Walls 

25 Cool Ideas To Display Family Photos On Your Walls

25 Cool Ideas To Display Family Photos On Your Walls

Nasi Briyani dari pes Perencah Nasi Briyani Maggi

Aku dah lama cari resepi Nasi Beriani yang best....dulu pernah google cari resipi dan aku beli rempah nasi beriani yang ada jual secara timbang kat Giant Batu Caves..tapi bila dah masak rasa tak sedap...berempah sangat...

Lepas tu aku try pulak rempah nasi beriani yang diposkan khas dari Kuala Terengganu oleh kakak aku...dari Pasar Payang lagi ha...rempah ala india..resipinya ada kat belakang paket rempahnya....tapi....tak tau lah kenapa tekak aku masih tak boleh terima...tak macam nasi beriani yang aku pernah makan yang rasa nyaman di tekak,wangi dan tak berempah sangat..

Last sekali masa belek2 rempah yang ada kat pasaran,aku terjumpa pulak rempah Nasi Beriani dari Maggi...sepeket harga dia Rm2.50 kalau kat 99 Speedmart...dan siap ada resepi lagi kat belakang tu...

Sepeket boleh masak untuk 6 pot nasi...agak2 untuk 2 keluarga lah...dan bila siap masak nasi tu aroma dia betul2 membangkitkan selera...

Aku ikut je apa yang tertera kat peket tu dan cuma tambah daun pandai dua helai untuk bagi wangi dan guna beras biasa je....

Rasa dia...hmm....sedap betul! Tak berempah sangat...very light....aku suka macam ni....

Dah 3 kali aku buat guna rempah Maggi ni....siap masak masa raya Haji lagi tau untuk makan pagi bersama keluarga mak mertua....memang terbaik lah...




Monday, 2 February 2015

Nasi Lemak Hijau

Sebut je nasi lemak mesti semua dah terbayang kan bagaimana rupanya..

Kali ni aku nak perkenalkan Nasi Lemak Hijau yang jadi buruan penduduk di Puncak Alam. Sebab apa hijau...ha...memang nasi dia warna hijau..
Hijau nasi lemak ku

Nasi dia memang cukup lemak nya..dan ada banyak pilihan lauk. Selain tu boleh jugak makan lontong dan soto...sedap tau...aku dah cuba semua.

Yang paling best air minum dah siap2 letak dlm bekas air cam kat kenduri kawin tu. Ada teh o,teh tarik dan nescafe...segelas harga RM1 je ...murah kan...kalau nak air yang lain macam air batu kena order...yang tu aku tak tau lak berapa harganya...

Gerai nasi lemak hijau ni terletak di Gerai Majlis Daerah Kuala Selangor yang baru di buka di Fasa 3, Puncak Alam Selangor..jom lah try...

Sunday, 1 February 2015

Didik anak lipat baju sendiri

Aku pasti ramai parents kat luar sana yg pening dengan kain baju kat rumah kan...(utk yg tak de maid lah)...semua nak kena buat sendiri....

Aku pun tak terkecuali...tapi satu keje rumah yang paling aku tak suka buat ialah lipat kain..anak dah lah 4 kain baju sekali nak lipat dekat 2 bakul koo..

Tapi apa yang aku buat ialah aku didik anak2 aku dari diorg start tadika lagi lipat baju sendiri....slow2 lah...mungkin hari aku ajar diorg lipat baju,esok seluar dan seterusnya...

Dan AlHamdulillah anak2 aku dapat ikut dan sampai sekarang diorg masih lipat baju sendiri....cuma sesekali ada jugak aku tolong tapi tak banyaklah...

Bila anak2 dapat buat sendiri kita pun senang hati...ye lah keje rumah lain banyak lagi nak buat kan...

Sekarang Kirana anak aku yang 6 tahun pun dah pandai lipat baju dengan kemasnya....diorg siap susun terus dalam almari baju sendiri...

Pada aku didikan patut bermula dari kecil baru diorang tak kekok bila dah besar baru nak suruh buat keje rumah kan...

Tuesday, 20 January 2015

Nak beli rumah tapi duit deposit tak cukup?

Siapa yang tak mahu beli rumah kan...lebih-lebih lagi kalau dah berkeluarga namun dilema yang sering menghantui fikiran ialah mana nak cari duit deposit untuk bayar pada penjual?

Ye lah banyak jugak nak kena prepare duit...kalau harga rumah 65k kurang-kurang penjual mesti nak deposit 6500...kalau rumah harga 100k atau 200k...botak jugak kepala nak cari duit kan...kalau ikut kan tiada siapa yang kuatkuasakan kalau nak beli rumah mesti ada kurang-kurang 10% dari harga rumah. Itu semua hanya amalan biasa dalam urusan jual beli hartanah dan dah jadi ikutan sampai sekarang.


Image result for rumah teres
Sekadar hiasan - rumah idaman
Sumber : Google image

Sebenarnya masalah ini ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang kena ada 2 perkara di bawah:-
1. Akaun 2 EPF mesti dah cecah kurang2 10k (kalau nak beli rumah bawah 100k);
2. Penjual rumah/agen setuju agar korang bayar deposit selepas akaun 2 EPF dikeluarkan...tapi biasanya penjual/agen nak kan korang letak lah sikit duit sebagai tanda booking rumah. 500-1k pun dah cukup dan pastikan persetujuan ini ditulis supaya tak timbul ungkit-mengungkit dikemudian hari.

Pernah jugak aku jumpa penjual tak kisah anda tak bayar apa2 masa sign perjanjian jual beli...tapi anda harus ingat yang bank biasanya akan luluskan loan sebanyak 80-90% dari harga rumah...so nak tak nak korang kena jugak cari duit beza 10-15%..so masa ini lah duit EPF akaun 2 tu berguna.

Nanti aku citer lagi next entry okey...