Tuesday 23 December 2014

TANAH STATUS LEASEHOLD


Tanah leasehold atau tanah pajakan biasanya adalah tanah yang terdapat sekatan kepentingan di dalam urusan tanah tersebut. Maksudnya korang tak boleh sesuka hati je nak jual ke pajak ke cagar ke tanah tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Biasanya kalau nak tahu apa sekatan yang terdapat pada korang punya tanah cuba tengok di geran tanah korang di bahagian bawah sekali ada tercatat, biasanya ditulis begini:-

"Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dijual, dipajak, digadaikan atau dipindahmilik dengan apacara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"

Tanah pajakan ni biasanya adalah 99 tahun dan tarikh berakhir pajakan ni ada tercatat dalam geran tanah tersebut. Maksudnya bila habis je tempoh pajakan tu, tuanpunya tanah kenalah membayar sejumlah premium tanah kepada pihak pejabat tanah untuk menyambung tempoh pajakan tersebut.

Bila korang nak jual tanah tersebut terdapat prosedur yang korang kena ikut dan bergantung kepada pihak pejabat tanah yang berkenaan. Ada borang-borang yang kena isi, kalau tanah tu bercagar pada bank, kenalah minta izin dari pihak bank, kena lampirkan cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain. Senang citer kalau korang lantik peguam yang uruskan, biar diaorg je yang settlekan semua ni. Tapi jangan pulak korang delay2 apa yang peguam tu minta. Kalau tak lengkap semua yang peguam minta, memanglah permohonan untuk menjual tu takkan di masuk lagi ke pejabat tanah.. Ada faham ke apa yang aku tulis ni..hehehe..


No comments:

Post a Comment