Sunday, 9 August 2015

Wajib buat carian tanah untuk tahu pemilikan hartanah yang dibeli

Nama-nama dalam kajian kes ini adalah rekaan semata-mata.

Tuntutan 1: Kewajipan Berjaga-Jaga

Pada tahun 1996, Andrew (Pembeli) membeli sebidang tanah di Selangor daripada Gilbert (Penjual) dengan harga RM300,00.00. Gilbert memperkenalkan Andrew kepada Rick & Co; dan Andrew melantik Rick & Co unuk menyediakan Perjanjian jual Beli (PJB) @ SNP.
Beberapa tahun kemudian kerajaan negeri mengambil tanah tersebut bagi tujuan pembangunan. Pada ketika inilah Andrew mendapati bahawa dia bukanlah pemilik keseluruhan tanah tersebut, sebaliknya hanya memiliki separuh daripada bahagian tanah yang tidak dibahagikan itu. Andrew mengemukakan saman terhadap kedua-dua Gilbert dan Rick & Co.

Tuntutan Dan Keputusan Mahkamah?

Saman yang dikemukakan Andrew adalah untuk mendapatkan kembali semua wang yang telah dibayar untuk pembelian tanah itu. Andrew berhujah bahawa PJB yang ditandatangani bersama-sama Gilbert adalah tidak sah menurut S22 Akta Kontrak 1950 (''Akta tersebut''). Hujahnya lagi, selaras dengan S66 Akta tersebut, keseluruhan harga belian harus dibayar balik kepadanya. Dengan kata lain, Andrew mahu PJB itu diistiharkan batal dan tidak sah kerana kerajaan negeri hanya memberi pampasan sebanyak RM215,000.00 bagi separuh daripada tanah yang tidak dibahagikan itu.
Andrew mendakwa Rick & Co telah gagal untuk menasihatinya mengenai status tanah itu dan hakikat bahawa dia hanya pemilik separuh daripada bahagian tanah yang tidak dibahagikan; dia juga mendakwa firma tidak melakukan carian tanah yang sewajarnya sehingga gagal untuk melindungi kepentingannya.

Ironiknya, Rick & Co juga telah bertindak bagi pihak Gilbert semasa dia membeli tanah tersebut dari pemilik sebelum ini.
Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan restitusi oleh Andrew tidak dapat dipertahankan kerana tidak ada kegagalan balasan secara mutlak. Andrew adalah pemilik berdaftar sebahagian tanah itu, walaupun tanah itu adalah tanah yang tidak dibahagikan, dan dia telah menerima pampasan daripada kerajaan negeri bagi bahagian tanah yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, Gilbert telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar balik separuh daripada keseluruhan harga belian tanah itu kepada Andrew kerana Andrew berjaya membuktikan kepada Mahkamah bahawa dia telah membeli keseluruhan tanah itu tetapi hanya memiliki separuh daripada tanah tersebut. Mahkamah turut memerintahkan Rick & Co untuk menanggung rugi Gilbert setakat mana Gilbert harus membayar Andrew.

Terungkai Cerita
Semasa keterangan di mahkamah, didapati Rick & Co telah bergantung kepada hanya satu carian tanah sahaja, iaitu carian yang dilakukan oleh mereka semasa bertindak bagi pihak Gilbert beberapa tahun yang lalu semasa dia membeli tanah itu. Beberapa tahun kemudian semasa Gilbert menjual tanah kepada Andrew, Rick & Co bertindak pula bagi pihak Andrew sebagai pembeli, dan mereka TIDAK menjalankan carian tanah yang baru.

Kesimpulan : Sebelum memutuskan untuk membeli sebarang hartanah, buatlah carian persendirian hartanah di pejabat tanah yang berkenaan!

Sumber : The Jurisk! Majlis Peguam




Thursday, 6 August 2015

Teaser E-Novel - Andai Ku Tahu



Bell cuba menahan debar di hati. Sungguh..dia terpana seketika. Adakah benar yang dilihat duduk di sofa di satu sudut ruang pameran adalah Ammar yang dirindui selama ini. Dia cuba amati sesusuk tubuh yang kelihatan biasa di matanya. Manalah tau pelanduk dua serupa kan.

Dengan susuk tubuh yang tegap, sama seperti 5 tahun dulu maklumlah Ammar adalah pemain ragbi yang mewakili kolej tempat mereka belajar dulu. Bell beralih pula mengamati raut wajah yang dirindui siang dan malam. Seraut wajah yang tenang dan sejuk mata memandang. Hingga bergetar hati dan perasaan perempuannya. Yang membuatkan tidurnya tidak lena, yang membuatkan makannya bagai tak tertelan dan sungguh dia bagai hanyut di lautan rindu tak bertepi.

Ya..tidak salah lagi...memang Ammar hero pujaan hati. Cuma rambutnya sahaja yang nampak berlainan. Tapi masih tetap nampak kemas seperti selalu.

Bell ingin menegur namun bimbang andai teguran tak disambut dan lebih memalukan andai Ammar tidak mengenali dirinya. Kerana Bell yang sekarang bukan Bell yang dulu. Bell yang dulu freehair dan agak sosial tapi masa yang berlalu telah mematangkan dirinya. Bell sekarang telah berhijab dan membataskan pergaulan sosialnya.

Bell baru sahaja ingin melangkah ke arah Ammar apabila tiba-tiba telinganya menangkap satu suara halus memanggil.

“Daddy! Here you are. I have been busy looking for you...” kata si pemilik suara halus itu, menegur Ammar yang duduk di sofa.


Hati Bell tiba-tiba jatuh, berderai dan dirasakan dunianya berputar.






Friday, 31 July 2015

Jana income sampingan dari rumah-buat Maruku Homemade

Citer raya tak abis lagi..okey kali ni nak cerita pasal kudap-kudapan di pagi raya..yang aku maksudkan di sini ialah kuih-muih raya a.k.a cookies yang di isi dalam balang kuih dan dihidang atas meja tetamu tuh..

Antara cookies yang ada di atas meja selalunya macam tart nenas, semperit, almond london, biskut makmur, suji dan merangkumi juga kudap-kudapan macam kerepek pisang, kekacang, rempeyek dan macam-macam lagi lah.

Tapi anda tahu tak last few years satu kudapan yang terkenal di kalangan kaum India telah pun mendapat tempat di hati orang-orang kita untuk diletakkan di dalam balang kuih raya, apa lagi kan kalau bukan MARUKU.

Ha...tapi maruku ni special sikit sebab diolah untuk tidak menjadi terlalu pedas, rangup dan semestinya SEDAP. Nama glamer maruku ni ialah MARUKU MELETOP.. ha..ko hado?

Disebabkan teruja dengan keglameran maruku ini, last 4 years aku dengan gigihnya pegi belajar buat maruku ni kat sifu maruku yang tengah top masa tuh..hehehe...tujuan aku nak wat makan-makan untuk family je...

Tapi disebabkan en hubby ku kalau dah namanya dari line sale and marketing..atas inisiatifnya telah membawa sampling maruku ni ke satu GLC ternama di Lembah Klang...ha..agak-agak apa jadi dengan maruku aku ni...

Hasil marketing cik hubby, kitaorang di minta menghantar maruku ke kedai IKS milik GLC kurang 1 minggu lepas dia and team buat food testing...wah...aku pun rasa cam nak pengsan bila cik hubby bagitahu suruh standby buat maruku masa weekend..

Dipendekkan cerita dah masuk tahun ke 4 lah aku menghantar maruku ni ke IKS (2 tempat) GLC tersebut tiap-tiap bulan. Paling aku risau bila masuk bulan puasa...huhu...terpaksa pakai pekerja tambahan..

AlHamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi dan tak disangka-sangka kan...dapatlah buat top-up belanja seharian ditengah-tengah eknomi yang merudum kat Malaysia ni...tempahan dari GLC tu tak sikit pun berkurang...memang ada je dan katanya mereka akan membuka lagi 2 IKS satu di Terengganu dan satu lagi di Johor...wah...bestnya....




AlHamdulillah....kini aku dah menambah satu lagi produk kat GLC tersebut iaitu Popia Rangup..namun order untuk Maruku Rangup masih jauh mengatasi order Popia ni..



Kesimpulannya pada aku walaupun ditengah-tengah kegawatan ekonomi sekarang, produk makanan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan dari orang ramai tak kira lah sebagai makanan utama atau pun sampingan. 

Untuk itu, pada anda yang masih tercari-cari apakan caranya untuk menambah pendapatan maka aku akan cadangkan buatlah produk makanan. Pergilah cari sifu-sifu yang boleh ajar anda pelbagai jenis makanan. Kemudian pilihlah produk yang anda rasa mampu anda buat dan menyenangkan anda.

Atau kalau anda nak jadi agen untuk dua produk ini, bolehlah jenguk-jenguk fb Fanpage nanti kita sembang panjang ye.. 

Sebelum tu kaji dulu bagaimana channel yang akan anda guna untuk memasarkan produk anda- secara agen, consignment atau cash and carry..pendek kata Tepuk Dada Tanya Selera.

Yang penting adalah menggunakan modal di bawah RM2000 sebagaimana yang selalu disebut-sebut oleh Puan Ainon Mohd-founder ABS Group.

Sunday, 12 July 2015

Tips berjimat beli persiapan hari raya untuk keluarga

Ramadhan dah sampai ke penghujungnya...lagi 3 hari semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa yang dijangka jatuh pada hari Khamis..

Persiapan raya? Hurmm...pada aku tiap-tiap tahun aku buat perkara yang sama bila time nak buat persiapan raya...aku ni jenis tak suka kelam-kabut dan beli last minute..no..no..no..walaupun sebelum ni takde istilah GST dan barang-barang tak ler semahal sekarang aku dah lama praktiskan cara ini..

Aku biasa memang akan mula membeli pakaian raya anak-anak seawal masa kaum Cina sibuk shopping untuk Chinese New Year...hahaha...awal kan...

Calculationnya mudah...aku ada 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki,,,setiap orang aku akan pastikan ada at least 4-5 pasang baju raya..so darab ler dengan 4 anak, takker aku kena prepare bajet untuk at least 20 pasang baju raya!

So kalau dari awal tahun lagi aku dah start beli sikit-sikit takde lah nampak sangat duit tu mengalir keluar kan...dan masa ni banyak choice lagi..alah...baju budak-budak...sama je fesyennya sampai ler nak raya nanti...takde trending bagai lah...

Masa tahun 2007-2011 dulu masa shopping yang aku paling suka dan heaven...time tu aku keje kat Campbell Complex dan aku menggunakan lrt dari Sentul ke Stesen Sogo (Bandaraya)..ha boleh imagine tak kalau dah hari-hari aku menapak lalu Sogo pergi balik kerja...tak kan lah aku tak menyinggah kan...sampai setiap kali sale semua aku join...hahaha...

Tapi serius. memang murah-murah beb...pernah sekali Barbie buat clearance sale Tshirt sekali aku rembat 20 helai sebab harga dia jatuh RM10 sehelai...pengsan kejap ko..Sale yang sikit-sikit camni memang Sogo takde lah nak announce bagai...nasib ler sape yang lalu Sogo masa tu kan...(feeling suka hati)...kawan-kawan aku yang tak keje area situ sampai gelar aku ni Promoter Sogo sebab aku selalu update sale Sogo dalam Facebook...hahaha...

Tapi sekarang bila dah keje dan tinggal jauh dari Sogo aku tak dapat lagi pegi sekerap dulu tapi aku akan make sure ada menyinggah Sogo dalam 2-3 bulan sekali. Apa yang aku buat untuk berjimat time-time barang makin mahal sekarang ialah google warehouse sale kat area KL/Selangor...ha berlambak keluar ko...pegi je lah redah...dari awal tahun lagi warehouse sale ni dah ada...tepuk poket sendiri lah dulu kalau nak pegi kan...

Untuk raya tahun ni aku dah terjah 2 warehouse sale dengan bajet RM500 sekali shopping...memang puashati sebab dapat baju branded-branded dengan harga mampu milik untuk family anak empat macam aku..


Lagi satu tips kalau nak shopping dengan jayanya dan dapat apa yang kita mahukan , jangan bawak anak masa pegi shopping...aku ni rimas sikit kalau bawak anak-anak...sebab aku ni jenis cerewet bab memilih baju-baju..kalau setakat sehelai dua nak beli okey lagi kalau nak bawak anak..tapi kalau dah bajet nak memborong banyak lupakan lah niat nak bawak anak...takkan saiz anak sendiri pun tak tahu kan...kan setiap baju dan seluar tu ada size dia...tak pun bawaklah pita ukur cam tailor tu...

Okey lah...di kesempatan ini aku nak memohon maaf kepada semua andai ada salah silap dan bait-bait kata yang menyinggung perasaan kalian...O-O okey..

MENGANYAM KETUPAT DIDINIHARI
BUAT SANTAPAN KAUM KELUARGA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
UNTUK SAHABAT DAN JUGA TETANGGA

Tuesday, 16 June 2015

Warna dan kehidupan seharian anda

Baru-baru ni seramai 18 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari menghadiri satu Bengkel Warna dan Kerjaya anjuran MYRYL Point yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya dan dikendalikan oleh Puan Shuhada Alauddin Pengasas kepada terapi warna yang pertama di Malaysia.




Wah! Menarik betul bila join bengkel ni..masa ni baru tau warna banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. 80% dari warna menggambarkan sifat luaran kita!

Aku yang memang suka warna biru betul-betul teruja sebab 80% warna luaran aku adalah warna biru! Dan 90% sifat-sifat tu ada pada diri aku!



Bengkel ni tak membosankan seperti sesetengah bengkel lain sebab Puan Shuhada merupakan seorang speaker yang sangat awesome! Beliau bijak mengutarakan hujah-hujah berkenaan warna dan mengajak kami join sekali dengan aktiviti yang dianjurkan.




Kami semakin teruja bila ada sesi zumba untuk menghilangkan mengantuk dan menaikkan mood ceria kami..hahaha...bergerak sikit urat-urat dan darah ni bila kena menari mengikut rentak lagu..

Kesimpulannya, bengkel begini pada aku sangat sesuai kalau dapat diperluaskan ke sektor-sektor kerajaan dan mungkin juga boleh dibuat dikalangan penuntut-penuntut universiti agar semua orang dapat menelaah semula dalam diri masing-masing sebelum membuat keputusan bertukar kerjaya atau memilih kerjaya yang sesuai.

Untuk menghubungi pihak Myrl Point boleh lah jenguk di:-

web : www.myryl.net
Facebook : myryl.point
Instagram pengasas Myryl : shuhada alauddin

Monday, 18 May 2015

Hidup kita ni singkat, buatlah perkara yang menggembirakan!

Syukurlah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk meneruskan hidup, bergurau senda dengan anak-anak, buat perkara yang kita suka.

Ye...kita hidup di dunia ni hanya sementara. Entah esok lusa kita dah tiada, kita pun tak tau bila masanya. Oleh itu, sementara kita masih diberi nafas oleh Allah, buatlah perkara-perkara yang menggembirakan. Yang sudah berkahwin, rajin-rajinlah berbuat baik dengan pasangan, hati tenang pahala pun dapat kan. Jaga kerukunan rumah tangga, tak mau gaduh-gaduh. Kalau ada selisih faham tu tak payahlah nak masam muka lama-lama. Merajuk sekejap-sekejap je..hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.

Yang ada anak pula, rajin-rajinlah dengar celoteh mereka. Mereka ini masih suci dan perlukan perhatian kita. Dengar mereka bercerita pasal kawan sekolah, pasal cikgu garang, pasal makanan kat nursery, pasal kelas tambahan dan layanlah mereka kalau mereka mungkin tak faham bagaimana nak membina ayat dalam karangan B.Melayu, walaupun anda bukan jenis yang pandai sangat!

Anak-anak ini sangat suka kalau ibu bapa dapat beri tunjuk ajar berkenaan dengan kerja sekolah. Pada mereka, ibu dan ayah mereka sangat hebat dan dapat menolong mereka. Walaupun anda mungkin ada hantar mereka ke tuisyen namun jangan lah serah bulat-bulat pada cikgu tuisyen. Anak-anak kita masih perlukan perhatian kita. Mana tau ntah-ntah malam tu merupakan malam terkahir kita dengan mereka kan..

Gembirakan keluarga dan hati kita pun akan tenang dan gembira!



Tuesday, 12 May 2015

Masalah bila bank tak update status anda!

Baru-baru ni aku dapat call dari sorang member blogger yang minta advise bagaimana nak settle kan hal dia berkenaan law. Sebab aku ada background legal maka advise aku sangat-sangat diperlukan di saat-saat ini. Terima kasih memberku...pada aku apa yang aku boleh share/tolong aku akan tolong sebab mana tau suatu hari nanti aku pula yang memerlukan pertolongan kan...

Okey kisahnya member aku ni dah buat payment tertunggak sepertimana yang diarahkan oleh Bank...bukan setakat dia bayar kat kaunter atau mesin cash deposit tapi dia siap jumpa officer yang incharge...

Lepas settle tu selama 2 bulan berturut-turut member aku tak pernah culas bayar. Tapi tiba-tiba dia dapat surat lawyer yang minta dia bayar tunggakan yang dia dah pun settlekan..dia mula panik dan call aku..

Dan member aku ikut apa yang aku suggestkan..al-Hamdulillah esok nya dia update aku yang dah settle cuma interest bank lah tinggi..bab interest ni aku no komen sebab bank kan ada je hidden chargesnya yang kita sendiri pun tak tau...

Yang penting dia boleh ignore je surat lawyer tu...fuh...lega aku dengar..

So kat sini aku nak minta semua kalau anda ada masalah berkenaan dengan pembayaran dengan pihak Bank paling penting pegi lah ke bank yang berkenaan dan bincang elok-elok sebelum hal jadi makin parah..lepas anda dah capai persetujuan make sure anda catat nama officer yang anda jumpa dan make sure officer tu note kan apa persetujuan yang anda capai.

Kemudian jika terjadi apa-apa masalah yang berbangkit selepas tu contohnya tetiba je datang surat lawyer tuntut anda bayar tunggakan atau apa-apa bayaran, jangan panik. Anda boleh terus tanya semula officer yang anda jumpa sebelum ini dan tanya dia samada dia update atau tak dalam sistem yang anda dah bayar tunggakan yang dimaksudkan.

Kadang-kadang pihak lawyer tidak tahu apa update terkini dari pihak Bank dan mereka hanya menjalankan tugas yang diberi sebelum ini. Seperti yang terjadi dalam kes member aku ni, rupanya officer Bank tu tak update dalam sistem jadi lawyer pun tak tahu kan...adoiiii....sian betul....