Saturday, 29 February 2020

PENGALAMAN PATAH KAKI DAN BERSIMEN

PART 1

Seumur hidup aku, ini lah pertama kali kaki aku patah dan terpaksa bersimen!
Huhu...puncanya... jatuh tangga je....

Alkisahnya, bulan puasa tahun lepas, lebih tepat lagi....lagi seminggu nak cuti raya, masa tengah kerja aku kena follow anak boss pegi salah satu outlet kami di Kajang. Oleh sebab hal tersebut berkaitan dengan law dan polis, maka anak boss dengan pantas nya mengajak aku menemankan dia ke sana.

Okey tak nak banyak cakap dan menurut perintah aku pun bergegas lah turun ke bawah.

Office aku ni ada 5 tingkat dan tak ada lift. Ini adalah bangunan company sendiri dan big boss sengaja tak buatkan lift sebab dia nak staf-staf dia fit dengan menaiki tangga ke tempat kerja. Okey lah reason yang 'terpaksa' di terima pakai. haha...boss kata apa je terpaksa lah setuju kan.

Nasib baik lah aku duduk di tingkat 3 so tak de lah rasa mengah sangat nak turun naik office. Okey berbalik pada cerita tadi, sambil menuruni tangga tangan aku duk pegang handphone sebab nak call husband dan beritahu yang aku akan sampai lambat di rumah dan minta dia belikan lauk pauk untuk berbuka. Nah! Tak sempat call nak order pun...aku dah tergolek jatuh kat tangga paling bawah.

Silap nya satu je...aku tak perasan tangga yang last tu dia lebar sikit, bukan size standard so aku pijak dengan kuatnya dan hasilnya aku terus terpeleot...haha...

Lepas terjatuh dan terseliuh tu, sakitnya hanya Allah yang tau. Tapi aku sebelum2 ni memang pernah terseliuh so aku dah tau la rasa mcm mana...cuma kali ni, sakit dia lain machiam.

So malas nak fikir panjang, call Grab minta hantarkan ke MRT untuk balik ke rumah la dah sakit kaki kan. Urusan di Kajang terus dicancelkan dan boss pun ambil maklum tentang hal tersebut.

Nak dipendekkan cerita, lepas berbuka aku dengan terdengkot2 pegilah klinik dn doktor sahkan kaki aku injured macam atlit selalu injured tu dan dapatlah MC 5 hari.

Friday, 28 February 2020

Penting untuk melantik Pentadbir apabila berlaku kematian

Jika berlaku sesuatu kematian di dalam keluarga anda terutamanya yang sudah cukup umur dan mempunyai harta benda seperti hartanah, saham, simpanan di dalam bank dan lain-lain, seorang Pentadir perlu dilantik untuk menguruskan harta-benda si mati. Pentadbir dalam kes ini adalah bagi kematian yang tidak berwasiat.

Pentadbir ini bukanlah seseorang yang akan mewarisi harta-benda si mati tetapi lebih kepada seseorang yang dapat menguruskan perjalanan harta-benda si mati. Dan sudah semestinya beliau mestilah seorang yang jujur dan amanah dan dipercayai oleh ahli keluarga si mati.

Pentadbir boleh terdiri dari seorang atau lebih namun kebiasaannya seorang atau dua orang.

Sebelum melantik mana-mana Pentadbir penting untuk melihat kepada nilai keseluruhan harta-benda si mati. Jika keseluruhan hanya dibawah 2 juta maka Permohonan untuk Melantik Pentadbir boleh dibuat di mana-mana Bahagian Pusaka Kecil di daerah yang terletak hartanah si mati. Jika si mati mempunyai lebih dari satu hartanah dan terletak di daerah yang berlainan, maka permohonan boleh dibuat di salah satu daerah.

Apakah harta-benda si mati yang perlu disenaraikan

Harta boleh terdiri dari harta tak alih atau harta alih.

Harta tak alih seperti rumah, kedai, kilang, lot-lot tanah

Harta alih pula seperti wang simpanan di dalam bank-bank, unit amanah, bond, share dalam syarikat, dana di dalam KWSP, ASB dan juga kereta, motor, lori.

Borang Untuk Melantik Pentadbir ini boleh diambil di Bahagian Pusaka kecil di mana-mana daerah. Ada daerah yang meletakkan bahagian pusaka ini di pejabat tanah. Anda boleh datang dan tanya sendiri.

Selepas borang ini di isi, anda hantar dan tunggu sehingga dapat satu surat panggilan dari bahagian pusaka untuk satu perjumpaan. Perjumpaan ini adalah untuk pegawai di bahagian pusaka mengetahui cerita tentang harta milik si mati dan memberi kebenaran kepada Pentadbir yang di lantik untuk menguruskan harta benda si mati.

Harus di ingat, Pentadbir bukan lah automatik akan mewarisi harta si mati. Dia hanya akan mentadbir harta benda si mati secara telus. Sebab itu penting untuk melantik Pentadbir yang amanah.

Apabila sudah mendapat perintah dari bahagian pusaka, baru lah nama Pentadbir akan diendorskan didalam Geran harta si mati sebagai "Pentadbir".





Wednesday, 7 September 2016

Tak perlu telan ubat, pakai stokin je

Huh! Biar betul cuma pakai stokin je dah tak payah makan ubat.

Stokin apa yang best sangat tu....

Ha! Inilah stokin paling rare di abad millennium ini - Stokin Vken





  • KEBERKESANAN sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Langkah pertama untuk mencapainya adalah melalui peredaran darah yang lancar. Pepatah lama mengatakan “KAKI UZUR SEBELUM TUANNYA” kerana kaki telah menjadi tempat buangan hablur. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mencegah dan merawat penyakit ini (membuang bahan toksin berlebihan dari kaki dan badan kita) dengan memakai stokin Vken

Jadi, apa yang Stokin Ajaib Vken dapat lakukan terhadap anda?





Apakah kandungan dalam produk Vken yang membuatkan ia boleh mencegah dan merawat penyakit?


















Banyak betul keistimewaan produk Vken ni kan. Vken terdiri daripada 11 jenis produk iaitu:-

  1.  Ultimate Energy Sock (Stokin).
  2.  Ultimate Energy wrislet (Sarung di lengan)
  3.  Ultimate Energy Knee Pad (sarung di lutut atau di tempat lain)
  4. Ultimate Energy Vest (Baju dalam)
  5. V-Multiple (Sarung di kedua-dua  lengan atau kedua-dua betis)
  6.  V-Private (Seluar dalam wanita)
  7.  V-Pilot Boxer (Seluar dalam untuk lelaki dan wanita , saiz lebih besar daripada V-Private)
  8. Reborn Cream (Cream yang sapu di 7 bahagian badan untuk awet muda dan kecantikan)
  9. Siri Spirulina Gaba-Drink (Untuk di kemam – Pemakanan Tambahan untuk kesihatan)
  10. Ultimate Energy Cap (Pakai di kepala)
  11. Ultimate Energy V-Spine (Pakai di pinggang)

Apa penyakit yang boleh dibantu dengan pemakaian Produk Vken secara konsisten?




Bagi anda yang baru hendak mencuba produk-produk ini, amat disyorkan sekali untuk mencuba Stokin Ajaib Vken yang merupakan Killer Product. Anda boleh buat pesanan di FB Page Cara Kurangkan Darah Tinggi



Wednesday, 25 November 2015

Semangat Yang Hilang..




Dah lama aku tak menjenguk blog aku ni...berabuk dah...last entri bulan Ogos...aduss..
Tak tau kenapa semangat ber blog tu tetiba je menghilang dalam diri. Semangat yang membuak2 tu seakan hilang ditelan kedinginan malam tanpa ku tahu apa puncanya...che wah..

Aku pun blur sebenarnya apa yang terjadi pada diri ku...mungkin anak aku nak exam UPSR maka aku pun turut sama terkena sindrom exam kot...hurmmm...tak pasti apa yang berlaku pada diriku..

Novel cinta aku juga entah ke mana...lagi lama tak nampak bayang..sharing pasal property dan law2 yang berkaitan juga masih dalam draf separuh jalan...entah lah...

Namun ku berharap sindrom malas ku ini akan segera sembuh...kihkihkih...kalau tak camne lah aku nak up kan entri dalam blog setahun jagung aku ni kan...

Aku berdoa semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin..

Image result for muka confuse





Wednesday, 26 August 2015

Cara untuk anda claim MRTA bila anda jual atau refinance rumah

Bagi anda yang membeli rumah pasti anda pernah diberitahu berkenaan MRTA oleh pegawai bank yang berkenaan bukan? Kebanyakan bank mewajibkan peminjam untuk pembiayaan perumahan untuk mencarum premium yang dipanggil MRTA (Mortgage Reduce Term Assurance)

Aku tak nak cerita banyak pasal maksud MRTA ni anda boleh google sendiri ye. Apa yang aku nak bagitahu ialah adakah anda tahu yang apabila anda menjual/refinance rumah anda maka anda boleh untuk membuat tuntutan/claim MRTA tersebut?

Aku dapati sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang perkara ini especially untuk yang sudah menjual rumah dan dikira sudah melunaskan baki pinjaman dengan bank.

Apa yang aku nak beritahu di sini berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk claim MRTA dengan bank apabila aku menjual rumah. Diingatkan di sini prosedur untuk claim adalah berbeza bagi setiap bank. 

Kes 1- Public Bank Berhad (PBB)

Sebaik sahaja aku diberitahu bank pembeli sudah release baki hutang rumah kepada PBB, aku pun terus menelefon pegawai bank yang menguruskan bahagian pelepasan gadaian di PBB dan bertanyakan tentang MRTA. Menurut pegawai PBB tersebut pihak insurans akan terus direct menghantar surat ke alamat aku menurut Letter Offer yang aku pernah sign dahulu. Dekat sebulan juga baru aku terima surat dari insurans tersebut. Aku tak ingat apa nama insurans yang buat untuk MRTA aku ni...huhu...ada 2 surat sebab aku ambik MRTA ni atas nama aku and husband...kalau tak salah total MRTA untuk kitaorang ni dalam RM4,300. 

Menurut surat tersebut kitaorg boleh untuk meneruskan MRTA tersebut atau claim balik. So, kitaorang pun buat keputusan untuk claim balik memandangkan kitaorang dah tak de interest kat rumah tu kan. Senang je....isi je borang yang dihantar tu lepas tu fax. Tapi aku ni jenis advance sikit. dan tak suka tunggu lama-lama so aku hantar by hand je surat tu. Selang 2 minggu lepas tu pihak insurance call kata cek dah ready dan boleh collect...hahaha...happynya lah dapat duit kan...

Masa tu tahun 2012 pihak insurance memang sediakan cek...tau tak berapa jumlah cek yang kitaorg terima? Dekat 3k lebih tau...sebab cek tu buat atas dua nama terpaksa lah bukak akaun bersama untuk clearkan cek tu...

Kes 2 - Ambank (M) Berhad

Ini claim aku yang terbaru. Sama macam kes 1 aku contact pegawai yang berkenaan tapi yang Ambank ni lain sikit. Dia suruh aku contact sendiri pihak insurans tu...pihak Ambank juga, nama dia Ammet Life kalau tak salah. Bila contact customer service tu aku disuruh untuk download form dari website diaorang dan hantar ke office diorang sekali dengan dokumen-dokumen tertentu. Disebabkan MRTA kali ni pakai nama husband so aku sediakan dokumen yang patut siap-siap then husband sendiri yang pergi hantar ke Ammet Life ni di Jalan Lumut tak salah dekat dengan Vistana Hotel, KL.

Selang 3 minggu Ammet Life release direct ke akaun Maybank husband....berapa yang aku dapat kali ni...hurmm....tak sebanyak yang mula-mula tu....jadilah kan...rezeki tu...sapa nak bagi duit kan..

Okey panjang lebar pulak aku cerita kali ni. Faham ke tak ntah. Yang pasti anda tanya pegawai yang menguruskan bahagian pelepasan gadaian bank anda tu. Tanya diaorang, macam mana saya nak claim MRTA saya ni ye...

Good luck ye...

MLTA rumah jimat dan pendekkan tempoh pinjaman AIA Public Takaful
Sumber google

Tuesday, 25 August 2015

Bab 1 - Andai Ku Tahu

Bab 1


Deringan lagu Without You nyanyian Aman AF yang menjadi ringtone handphonenya menangkap di telinganya menandakan ada wassap baru masuk. Dicapainya handphone yang terletak di sebelah file-file biru muda di atas meja kerjanya.

“Alamak! Lupalah! Bell menjerit kecil.

“Aduh! Macam mana lah aku boleh lupa aku dah janji dengan Rizal nak jumpa kat McDonald Kepong ni. Bell mengomel di dalam hatinya sambil tangannya ligat mengemas sekadar yang mampu file-file dan kertas yang berselerak di atas meja.

Pantas dicapainya kunci kereta dan handbag lalu bergegas keluar dari bilik besarnya. Hampir-hampir Bell terlanggar Kak Rose, setiausahanya yang baru sahaja hendak melangkah ke biliknya untuk menghantar file-file loan untuk divet oleh Bell.

“Cik Bell! Sorry sangat…saya tak nampak Cik Bell.” dengan muka bersalah Kak Rose bersuara.

“Eh! Takper Kak Rose…saya yang nak cepat ni…ha nanti tolong off kan aircond dalam bilik saya ye..” arah Bell pada Kak Rose tanpa memandang muka setiausahanya yang tercengang melihatkan telatahnya.

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Kak Rose tersenyum dan membalas arahan bossnya yang baik hati itu.

“Okey Cik Bell nanti akak off kan aircond. Cik Bell dah tak masuk ke lepas ni” Tanya kak Ros.

“Err..tak tau lagi lah kak…kalau meeting ni lambat habis…saya tak masuk…balik rumah terus” terang Bell sambil cepat-cepat menyarung sepatu wedgesnya yang terletak di rak kasut.

Macam roket Bell meluru keluar dari pejabatnya dan menuruni tangga lantas terus menuju ke keretanya yang terletak betul-betul di hadapan kedai dobi AquaNano. Pantas Bell memicit butang kawalan keretanya dan meluru masuk.

Dihidupkan kereta Hyundai Tucsonnya yang baru 3 bulan dibelinya. Kereta yang melambangkan jerit perihnya dalam mengharungi dunia guaman. Sengaja dibelinya kereta idamannya itu menggantikan Suzuki Swift yang dah bertahun berbakti kepadanya sebagai penghargaan untuk
diri sendiri.

Sambil menghidupkan enjin keretanya, Bell menekan handphonenya mencari nombor telefon Rizal. Lantas ditekannya butang handphone bila tertera nama Rizal.

Kedengaran lagu Senggol-senggolan nyanyian Mas Idayu menerjah telinga Bell. Wah-wah! Kemain lagi mamat sorang ni..Bell tersengih-sengih membayangkan Rizal yang gemarkan lagu-lagu dangdut. Huh! Ni mesti pergi karaoke pun nyanyi lagu dangdut. Teka Bell di dalam hati. Rasa lucu pula bila membayangkan raut wajah Rizal yang kelihatan daring tapi rupanya peminat dangdut. Bell tersenyum lagi sendirian.

“Hello! Bell kau kat mana? Garang bunyi suara Rizal disebelah sana.

“Wei! Aku sibuk draf agreement joint venture Dato’ Murad lah sampai lupa aku ada janji dengan kau. “ balas Bell cuba membela diri.

“Ala…kau tu berangan je lebih…” Rizal sengaja serkap jarang.

“Betul.Dah-dah…jangan nak membebel pulak…nanti aku potong komisyen kau baru tau…” gertak Bell pula.

“Ye lah..ye lah…nasib baik client tu bagitahu dia lambat sikit sampai dalam setengah jam lagi..kalau tak aku bagi file ni kat mamat sorang lagi tu..”ugut Rizal sengaja menakutkan Bell.

“Eleh! Nak gertak orang konon…kau kan tak sebulu dengan mamat tu. Kau juga cakap dia buat kerja slow sampai kau pulak kena marah dengan client. Ha!Nanti-nanti kau cari aku juga.” Pantas Bell mengingatkan Rizal.

“Ye lah Cik Lawyer. Awak lah menang. Ha…cepat datang aku tunggu kau ni kat tempat biasa.” Balas Rizal malas hendak bertekak dengan Bell. Kalau pasal bertingkah,memang tiada siapa boleh lawan Bell. Dia sahaja yang menang. Rizal sedia maklum perangai Bell yang dikenalinya semenjak kecil.

Ye  lah siapa tak kenal bekas pemidato sekolah, johan syarahan dan sebagainya di daerah Pekan ini kalau bukan si Eiyra Nabilla atau nama panggilan Bell.

Bell melirik jam di dashboard keretanya. Lagi 15 minit sampailah aku..getus Bell di dalam hati. Dia yang sudah tau selok belok jalan di situ cepat-cepat menekan pedal minyak agar segera sampai ke destinasi.

Sementara itu, Rizal yang menunggu di dalam kedai KFC yang terletak di Bandar Kepong asyik-asyik melirik jam di tangannya. Bell memang selalu begitu. Agak kalut bila ada temujanji yang diatur dengan pembeli-pembeli rumah yang direkemenkan kepada Bell. Namun Rizal selesa bekerja dengan Bell. Dia memang tak pernah menghampakan kerana dia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap file-file di bawah jagaannya.

Bell juga seorang yang amat jujur dan berterus-terang dalam menjalankan tugas-tugasnya. Jika dirasakan hartanah yang bakal dibeli oleh potential client itu bermasalah seperti mungkin Pemaju sudah bankrap, maka Bell akan mengutarakan pandangannya. Itu yang amat disukai oleh Rizal. Bukan seperti lawyer lain yang hanya tahu mengira kos guaman tanpa mempedulikan samada hartanah tersebut boleh dipindahmilik atau tidak.

Sudah ramai client yang dimajukan kepada firma guaman Nabila & Roslina milik bersama Bell dan kawan baiknya. Rasanya hampir ke semua client nya diatur ke firma tersebut. Dan setakat ini dia mendapat maklum balas yang positif dari client-clientnya.

Client-client tersebut pula memanjangkan sikap professional firma Bell kepada saudara-mara dan sahabat handai. Dan Rizal juga turut mendapat tempiasnya apabila client-client ini memerlukan khidmatnya untuk menjual dan membeli rumah.

Dari jauh Rizal sudah nampak Tucson milik Bell melewati pintu masuk ke KFC. Amat bergaya sekali Bell dengan kereta Tucsonnya. Memang dia layak memakai kereta tersebut setelah berbagai onak dan duri ditempuhnya untuk membangunkan firma guamannya sendiri.

Bell cepat-cepat memanjangkan langkahnya setelah meletakkan keretanya ditempat yang disediakan. Nanti membebel pulak mamat sorang ni. Getus Bell di dalam hatinya.

Bell terus menuju ke tempat melepak Rizal di dalam KFC tersebut. Tempat yang disukai Rizal setiap kali mengatur janji temu dengan klien-klien yang berpotensi. Dari jauh sudah nampak kelibat Rizal yang kelihatan bercakap dengan seseorang. Hurm…mungkin itu klien yang dimaksudkan; kata hati Bell.

Assalamualaikum”tegur Bell dengan berhemah..maklumlah bakal klien kan.

Waalaikummussalam..sahut bakal klient yang dimaksudkan sambil mengangkat muka memandang Bell.

Hati Bell terus berdegup kencang sebaik melihat wajah klien tersebut. Ya!Allah…rindu yang bertahun disimpannya untuk seseorang seakan melebur hari ini apabila wajah yang sekian lama dirindui betul-betul ada dihadapannya sekarang. Mata Bell seakan tak berkedip, nafasnya seakan terhenti dan seolah-oleh semua dikelilingnya turut terhenti.

Keadaan hening seketika dan menyedari wajah Bell yang seakan kemerahan, Rizal segera menyelamatkan keadaan yang dia sendiri pun tidak tahu punca.

Oh Ya! Encik Zaim, inilah lawyer yang saya maksudkan hari tu…perlahan-lahan Rizal menyusun kata.

Okey…siapa nama you ? Tanya Zaim kepada Bell.

Serta merta Bell tersentak. Oh si dia sudah melupakan dirinya, malah namanya pun sudah tidak diingati.

Cuba bersikap professional dan tidak mahu terikut-ikut dengan perasaan, Bell menjawab pertanyaan Zaim..”Nama saya Nabilla tapi encik boleh panggil saya Bell sahaja. Ini kad saya.” Kata Bell seraya menghulurkan sekeping business cardnya yang tidak pernah bertukar design sejak dari tiga tahun lepas.

Zaim mengambil kad dari Bell lalu dia juga turut menghulurkan sekeping kad miliknya.

“Okey boleh kita teruskan ye “ Rizal memotong cakap mereka berdua.

“Cik Bell, En Zaim ni dah bayar 3% dari harga jualan rumah iaitu 1 juta, jadinya dalam Offer to Purchase ni saya dah nyatakan RM30,000.00 sebagai earnest deposit dan baki lagi 7% iaitu RM70,000.00 lagi akan dibayar semasa signing Sale and Purchase Agreement” panjang lebar Rizal menerangkan kepada kedua belah pihak.

Rumah ni dah keluar geran atas nama Vendor ker” Tanya Bell kepada Rizal.

Ya sudah cik Bella dan tiada sekatan kepentingan yang terdapat dalam geran ni Cuma rumah ni masih ada hutang dengan Cimb Bank Berhad” kata Rizal.

Zaim hanya mendengar tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rizal dan Bella. Dia yang baru pertama kali membeli rumah hanya mendiamkan diri dan menelinga kerana padanya baik serahkan pada yang pakar kalau kita tidak ada kemahiran dalam bidang yang dimaksudkan.

En Zaim ada apa-apa pertanyaan nak tanya pada lawyer kita” Tanya Rizal kepada Zaim.

Sebelum sempat Zaim menjawab, Rizal menyampuk “En Zaim okey ker dengan lawyer yang saya perkenalkan ni?

Zaim tersenyum memandang Rizal.”Saya okey Rizal, janji lawyer awak ni boleh bantu saya percepatkan proses untuk dapat kunci rumah idaman saya tu” ujarnya sambil menjeling terhadap Bell.

Bell yang masih dalam kebingungan dengan kerenah Zaim hanya menjawab “ Jangan risau En Zaim, pengalaman saya selama 12 tahun insyaAllah akan membantu En Zaim mempercepatkan proses tersebut.

Kalau boleh Bell ingin cepat-cepat sudahkan pertemuan hari ini. Dia sudah tidak sanggup lagi menjerut perasaan bila melihat Zaim seakan buat endah tidak endah. Seakan berpura-pura tidak mengenali diri dan namanya. Bagaikan sudah dibuang dirinya ke lautan sepi. Bagaikan tunggul kayu dibuatnya.

Padahal dia sepatutnya gembira dengan pertemuan ini kerana wajah yang sekian lama dirindui sudah didepan mata. Wajah yang mengganggu malam sepinya sudah memunculkan diri. Dan dia sepatutnya sudah lega bila melihat wajah kesayangan. Namun itu tidak berlaku tika ini.


Zaim sudah tidak seperti dulu walaupun wajah lembut itu amat menikam kalbu Bell, amat menggetar perasaan Bell suatu masa dahulu. Dan wajah ini yang banyak berjanji bagai semasa mereka sedang khusyuk bercinta semasa zaman sekolah.

Monday, 10 August 2015

Kebenaran Memindah milik dan Menggadai

Seringkali apabila anda berurusan dengan pihak peguam hartanah berkenaan dengan hartanah yang anda beli atau jual, anda akan menemui perkataan kebenaran pindah milik atau menggadai khasnya untuk hartanah yang mempunyai Pajakan 99 tahun. Hartanah ini dipanggil LEASEHOLD

Tahukah anda jika anda menjual atau membeli hartanah khasnya dari tangan orang lain(sub-sale/secondary sale) yang mempunyai sekatan kepentingan iaitu perlu mendapatkan kebenaran memindah milik atau menggadai, maka baki harga belian hartanah akan dikira dari tarikh kebenaran tersebut sampai di tangan peguam pihak penjual.

Seringkali terjadi, pihak penjual atau pembeli tersalah faham yang 90 hari masa untuk menjelaskan baki harga belian hartanah tersebut bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli disetemkan. Ini salah ye. 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli hanya terpakai untuk hartanah yang mempunyai pegangan selama-lamanya atau juga dipanggil FREEHOLD.

Contoh geran yang mempunyai sekatan kepentingan ialah :-

Hakmilik di atas menunjukkan yang ia mempunyai pajakan selama 99 tahun dan berakhir pada 8 Februari 2100. Ini bermakna pajakan ini masih berbaki 85 tahun. Dibahagian Sekatan-sekatan kepentingan menyatakan dengan jelas :-

"Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"

Maka jika tarikh Perjanjian Jual Beli anda ialah 10/8/2015, tempoh 90 hari untuk Pembeli menjelaskan baki harga belian bukanlah pada 9/11/2015 tetapi selepas Peguam penjual menerima surat kebenaran memindahmilh atau menggadai dari pejabat tanah berkenaan yang mungkin akan membuatkan tarikh akhir untuk 90 hari tersebut ialah 9/12/2015 atau selepas itu. 

Sebab itu ada hartanah yang mengambil masa 4-6 bulan untuk pembeli mendapat kunci rumah dan Penjual mendapat baki harga jual rumah disebabkan ada sekatan kepentingan ini. Jadi jangan anda menuduh peguam anda tidur atau tidak membuat kerja ye. Semua ini bergantung kepada dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan ini dan juga pejabat tanah yang meluluskan permohonan kebenaran ini dan juga 

Prosedur-prosedur untuk memohon kebenaran pindahmilik atau menggadai akan diceritakan di entry seterusnya. 




Sunday, 9 August 2015

Wajib buat carian tanah untuk tahu pemilikan hartanah yang dibeli

Nama-nama dalam kajian kes ini adalah rekaan semata-mata.

Tuntutan 1: Kewajipan Berjaga-Jaga

Pada tahun 1996, Andrew (Pembeli) membeli sebidang tanah di Selangor daripada Gilbert (Penjual) dengan harga RM300,00.00. Gilbert memperkenalkan Andrew kepada Rick & Co; dan Andrew melantik Rick & Co unuk menyediakan Perjanjian jual Beli (PJB) @ SNP.
Beberapa tahun kemudian kerajaan negeri mengambil tanah tersebut bagi tujuan pembangunan. Pada ketika inilah Andrew mendapati bahawa dia bukanlah pemilik keseluruhan tanah tersebut, sebaliknya hanya memiliki separuh daripada bahagian tanah yang tidak dibahagikan itu. Andrew mengemukakan saman terhadap kedua-dua Gilbert dan Rick & Co.

Tuntutan Dan Keputusan Mahkamah?

Saman yang dikemukakan Andrew adalah untuk mendapatkan kembali semua wang yang telah dibayar untuk pembelian tanah itu. Andrew berhujah bahawa PJB yang ditandatangani bersama-sama Gilbert adalah tidak sah menurut S22 Akta Kontrak 1950 (''Akta tersebut''). Hujahnya lagi, selaras dengan S66 Akta tersebut, keseluruhan harga belian harus dibayar balik kepadanya. Dengan kata lain, Andrew mahu PJB itu diistiharkan batal dan tidak sah kerana kerajaan negeri hanya memberi pampasan sebanyak RM215,000.00 bagi separuh daripada tanah yang tidak dibahagikan itu.
Andrew mendakwa Rick & Co telah gagal untuk menasihatinya mengenai status tanah itu dan hakikat bahawa dia hanya pemilik separuh daripada bahagian tanah yang tidak dibahagikan; dia juga mendakwa firma tidak melakukan carian tanah yang sewajarnya sehingga gagal untuk melindungi kepentingannya.

Ironiknya, Rick & Co juga telah bertindak bagi pihak Gilbert semasa dia membeli tanah tersebut dari pemilik sebelum ini.
Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan restitusi oleh Andrew tidak dapat dipertahankan kerana tidak ada kegagalan balasan secara mutlak. Andrew adalah pemilik berdaftar sebahagian tanah itu, walaupun tanah itu adalah tanah yang tidak dibahagikan, dan dia telah menerima pampasan daripada kerajaan negeri bagi bahagian tanah yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, Gilbert telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar balik separuh daripada keseluruhan harga belian tanah itu kepada Andrew kerana Andrew berjaya membuktikan kepada Mahkamah bahawa dia telah membeli keseluruhan tanah itu tetapi hanya memiliki separuh daripada tanah tersebut. Mahkamah turut memerintahkan Rick & Co untuk menanggung rugi Gilbert setakat mana Gilbert harus membayar Andrew.

Terungkai Cerita
Semasa keterangan di mahkamah, didapati Rick & Co telah bergantung kepada hanya satu carian tanah sahaja, iaitu carian yang dilakukan oleh mereka semasa bertindak bagi pihak Gilbert beberapa tahun yang lalu semasa dia membeli tanah itu. Beberapa tahun kemudian semasa Gilbert menjual tanah kepada Andrew, Rick & Co bertindak pula bagi pihak Andrew sebagai pembeli, dan mereka TIDAK menjalankan carian tanah yang baru.

Kesimpulan : Sebelum memutuskan untuk membeli sebarang hartanah, buatlah carian persendirian hartanah di pejabat tanah yang berkenaan!

Sumber : The Jurisk! Majlis Peguam




Thursday, 6 August 2015

Teaser E-Novel - Andai Ku Tahu



Bell cuba menahan debar di hati. Sungguh..dia terpana seketika. Adakah benar yang dilihat duduk di sofa di satu sudut ruang pameran adalah Ammar yang dirindui selama ini. Dia cuba amati sesusuk tubuh yang kelihatan biasa di matanya. Manalah tau pelanduk dua serupa kan.

Dengan susuk tubuh yang tegap, sama seperti 5 tahun dulu maklumlah Ammar adalah pemain ragbi yang mewakili kolej tempat mereka belajar dulu. Bell beralih pula mengamati raut wajah yang dirindui siang dan malam. Seraut wajah yang tenang dan sejuk mata memandang. Hingga bergetar hati dan perasaan perempuannya. Yang membuatkan tidurnya tidak lena, yang membuatkan makannya bagai tak tertelan dan sungguh dia bagai hanyut di lautan rindu tak bertepi.

Ya..tidak salah lagi...memang Ammar hero pujaan hati. Cuma rambutnya sahaja yang nampak berlainan. Tapi masih tetap nampak kemas seperti selalu.

Bell ingin menegur namun bimbang andai teguran tak disambut dan lebih memalukan andai Ammar tidak mengenali dirinya. Kerana Bell yang sekarang bukan Bell yang dulu. Bell yang dulu freehair dan agak sosial tapi masa yang berlalu telah mematangkan dirinya. Bell sekarang telah berhijab dan membataskan pergaulan sosialnya.

Bell baru sahaja ingin melangkah ke arah Ammar apabila tiba-tiba telinganya menangkap satu suara halus memanggil.

“Daddy! Here you are. I have been busy looking for you...” kata si pemilik suara halus itu, menegur Ammar yang duduk di sofa.


Hati Bell tiba-tiba jatuh, berderai dan dirasakan dunianya berputar.






Friday, 31 July 2015

Jana income sampingan dari rumah-buat Maruku Homemade

Citer raya tak abis lagi..okey kali ni nak cerita pasal kudap-kudapan di pagi raya..yang aku maksudkan di sini ialah kuih-muih raya a.k.a cookies yang di isi dalam balang kuih dan dihidang atas meja tetamu tuh..

Antara cookies yang ada di atas meja selalunya macam tart nenas, semperit, almond london, biskut makmur, suji dan merangkumi juga kudap-kudapan macam kerepek pisang, kekacang, rempeyek dan macam-macam lagi lah.

Tapi anda tahu tak last few years satu kudapan yang terkenal di kalangan kaum India telah pun mendapat tempat di hati orang-orang kita untuk diletakkan di dalam balang kuih raya, apa lagi kan kalau bukan MARUKU.

Ha...tapi maruku ni special sikit sebab diolah untuk tidak menjadi terlalu pedas, rangup dan semestinya SEDAP. Nama glamer maruku ni ialah MARUKU MELETOP.. ha..ko hado?

Disebabkan teruja dengan keglameran maruku ini, last 4 years aku dengan gigihnya pegi belajar buat maruku ni kat sifu maruku yang tengah top masa tuh..hehehe...tujuan aku nak wat makan-makan untuk family je...

Tapi disebabkan en hubby ku kalau dah namanya dari line sale and marketing..atas inisiatifnya telah membawa sampling maruku ni ke satu GLC ternama di Lembah Klang...ha..agak-agak apa jadi dengan maruku aku ni...

Hasil marketing cik hubby, kitaorang di minta menghantar maruku ke kedai IKS milik GLC kurang 1 minggu lepas dia and team buat food testing...wah...aku pun rasa cam nak pengsan bila cik hubby bagitahu suruh standby buat maruku masa weekend..

Dipendekkan cerita dah masuk tahun ke 4 lah aku menghantar maruku ni ke IKS (2 tempat) GLC tersebut tiap-tiap bulan. Paling aku risau bila masuk bulan puasa...huhu...terpaksa pakai pekerja tambahan..

AlHamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi dan tak disangka-sangka kan...dapatlah buat top-up belanja seharian ditengah-tengah eknomi yang merudum kat Malaysia ni...tempahan dari GLC tu tak sikit pun berkurang...memang ada je dan katanya mereka akan membuka lagi 2 IKS satu di Terengganu dan satu lagi di Johor...wah...bestnya....




AlHamdulillah....kini aku dah menambah satu lagi produk kat GLC tersebut iaitu Popia Rangup..namun order untuk Maruku Rangup masih jauh mengatasi order Popia ni..



Kesimpulannya pada aku walaupun ditengah-tengah kegawatan ekonomi sekarang, produk makanan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan dari orang ramai tak kira lah sebagai makanan utama atau pun sampingan. 

Untuk itu, pada anda yang masih tercari-cari apakan caranya untuk menambah pendapatan maka aku akan cadangkan buatlah produk makanan. Pergilah cari sifu-sifu yang boleh ajar anda pelbagai jenis makanan. Kemudian pilihlah produk yang anda rasa mampu anda buat dan menyenangkan anda.

Atau kalau anda nak jadi agen untuk dua produk ini, bolehlah jenguk-jenguk fb Fanpage nanti kita sembang panjang ye.. 

Sebelum tu kaji dulu bagaimana channel yang akan anda guna untuk memasarkan produk anda- secara agen, consignment atau cash and carry..pendek kata Tepuk Dada Tanya Selera.

Yang penting adalah menggunakan modal di bawah RM2000 sebagaimana yang selalu disebut-sebut oleh Puan Ainon Mohd-founder ABS Group.

Sunday, 12 July 2015

Tips berjimat beli persiapan hari raya untuk keluarga

Ramadhan dah sampai ke penghujungnya...lagi 3 hari semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa yang dijangka jatuh pada hari Khamis..

Persiapan raya? Hurmm...pada aku tiap-tiap tahun aku buat perkara yang sama bila time nak buat persiapan raya...aku ni jenis tak suka kelam-kabut dan beli last minute..no..no..no..walaupun sebelum ni takde istilah GST dan barang-barang tak ler semahal sekarang aku dah lama praktiskan cara ini..

Aku biasa memang akan mula membeli pakaian raya anak-anak seawal masa kaum Cina sibuk shopping untuk Chinese New Year...hahaha...awal kan...

Calculationnya mudah...aku ada 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki,,,setiap orang aku akan pastikan ada at least 4-5 pasang baju raya..so darab ler dengan 4 anak, takker aku kena prepare bajet untuk at least 20 pasang baju raya!

So kalau dari awal tahun lagi aku dah start beli sikit-sikit takde lah nampak sangat duit tu mengalir keluar kan...dan masa ni banyak choice lagi..alah...baju budak-budak...sama je fesyennya sampai ler nak raya nanti...takde trending bagai lah...

Masa tahun 2007-2011 dulu masa shopping yang aku paling suka dan heaven...time tu aku keje kat Campbell Complex dan aku menggunakan lrt dari Sentul ke Stesen Sogo (Bandaraya)..ha boleh imagine tak kalau dah hari-hari aku menapak lalu Sogo pergi balik kerja...tak kan lah aku tak menyinggah kan...sampai setiap kali sale semua aku join...hahaha...

Tapi serius. memang murah-murah beb...pernah sekali Barbie buat clearance sale Tshirt sekali aku rembat 20 helai sebab harga dia jatuh RM10 sehelai...pengsan kejap ko..Sale yang sikit-sikit camni memang Sogo takde lah nak announce bagai...nasib ler sape yang lalu Sogo masa tu kan...(feeling suka hati)...kawan-kawan aku yang tak keje area situ sampai gelar aku ni Promoter Sogo sebab aku selalu update sale Sogo dalam Facebook...hahaha...

Tapi sekarang bila dah keje dan tinggal jauh dari Sogo aku tak dapat lagi pegi sekerap dulu tapi aku akan make sure ada menyinggah Sogo dalam 2-3 bulan sekali. Apa yang aku buat untuk berjimat time-time barang makin mahal sekarang ialah google warehouse sale kat area KL/Selangor...ha berlambak keluar ko...pegi je lah redah...dari awal tahun lagi warehouse sale ni dah ada...tepuk poket sendiri lah dulu kalau nak pegi kan...

Untuk raya tahun ni aku dah terjah 2 warehouse sale dengan bajet RM500 sekali shopping...memang puashati sebab dapat baju branded-branded dengan harga mampu milik untuk family anak empat macam aku..


Lagi satu tips kalau nak shopping dengan jayanya dan dapat apa yang kita mahukan , jangan bawak anak masa pegi shopping...aku ni rimas sikit kalau bawak anak-anak...sebab aku ni jenis cerewet bab memilih baju-baju..kalau setakat sehelai dua nak beli okey lagi kalau nak bawak anak..tapi kalau dah bajet nak memborong banyak lupakan lah niat nak bawak anak...takkan saiz anak sendiri pun tak tahu kan...kan setiap baju dan seluar tu ada size dia...tak pun bawaklah pita ukur cam tailor tu...

Okey lah...di kesempatan ini aku nak memohon maaf kepada semua andai ada salah silap dan bait-bait kata yang menyinggung perasaan kalian...O-O okey..

MENGANYAM KETUPAT DIDINIHARI
BUAT SANTAPAN KAUM KELUARGA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
UNTUK SAHABAT DAN JUGA TETANGGA

Tuesday, 16 June 2015

Warna dan kehidupan seharian anda

Baru-baru ni seramai 18 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari menghadiri satu Bengkel Warna dan Kerjaya anjuran MYRYL Point yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya dan dikendalikan oleh Puan Shuhada Alauddin Pengasas kepada terapi warna yang pertama di Malaysia.




Wah! Menarik betul bila join bengkel ni..masa ni baru tau warna banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. 80% dari warna menggambarkan sifat luaran kita!

Aku yang memang suka warna biru betul-betul teruja sebab 80% warna luaran aku adalah warna biru! Dan 90% sifat-sifat tu ada pada diri aku!



Bengkel ni tak membosankan seperti sesetengah bengkel lain sebab Puan Shuhada merupakan seorang speaker yang sangat awesome! Beliau bijak mengutarakan hujah-hujah berkenaan warna dan mengajak kami join sekali dengan aktiviti yang dianjurkan.




Kami semakin teruja bila ada sesi zumba untuk menghilangkan mengantuk dan menaikkan mood ceria kami..hahaha...bergerak sikit urat-urat dan darah ni bila kena menari mengikut rentak lagu..

Kesimpulannya, bengkel begini pada aku sangat sesuai kalau dapat diperluaskan ke sektor-sektor kerajaan dan mungkin juga boleh dibuat dikalangan penuntut-penuntut universiti agar semua orang dapat menelaah semula dalam diri masing-masing sebelum membuat keputusan bertukar kerjaya atau memilih kerjaya yang sesuai.

Untuk menghubungi pihak Myrl Point boleh lah jenguk di:-

web : www.myryl.net
Facebook : myryl.point
Instagram pengasas Myryl : shuhada alauddin

Monday, 18 May 2015

Hidup kita ni singkat, buatlah perkara yang menggembirakan!

Syukurlah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk meneruskan hidup, bergurau senda dengan anak-anak, buat perkara yang kita suka.

Ye...kita hidup di dunia ni hanya sementara. Entah esok lusa kita dah tiada, kita pun tak tau bila masanya. Oleh itu, sementara kita masih diberi nafas oleh Allah, buatlah perkara-perkara yang menggembirakan. Yang sudah berkahwin, rajin-rajinlah berbuat baik dengan pasangan, hati tenang pahala pun dapat kan. Jaga kerukunan rumah tangga, tak mau gaduh-gaduh. Kalau ada selisih faham tu tak payahlah nak masam muka lama-lama. Merajuk sekejap-sekejap je..hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.

Yang ada anak pula, rajin-rajinlah dengar celoteh mereka. Mereka ini masih suci dan perlukan perhatian kita. Dengar mereka bercerita pasal kawan sekolah, pasal cikgu garang, pasal makanan kat nursery, pasal kelas tambahan dan layanlah mereka kalau mereka mungkin tak faham bagaimana nak membina ayat dalam karangan B.Melayu, walaupun anda bukan jenis yang pandai sangat!

Anak-anak ini sangat suka kalau ibu bapa dapat beri tunjuk ajar berkenaan dengan kerja sekolah. Pada mereka, ibu dan ayah mereka sangat hebat dan dapat menolong mereka. Walaupun anda mungkin ada hantar mereka ke tuisyen namun jangan lah serah bulat-bulat pada cikgu tuisyen. Anak-anak kita masih perlukan perhatian kita. Mana tau ntah-ntah malam tu merupakan malam terkahir kita dengan mereka kan..

Gembirakan keluarga dan hati kita pun akan tenang dan gembira!



Tuesday, 12 May 2015

Masalah bila bank tak update status anda!

Baru-baru ni aku dapat call dari sorang member blogger yang minta advise bagaimana nak settle kan hal dia berkenaan law. Sebab aku ada background legal maka advise aku sangat-sangat diperlukan di saat-saat ini. Terima kasih memberku...pada aku apa yang aku boleh share/tolong aku akan tolong sebab mana tau suatu hari nanti aku pula yang memerlukan pertolongan kan...

Okey kisahnya member aku ni dah buat payment tertunggak sepertimana yang diarahkan oleh Bank...bukan setakat dia bayar kat kaunter atau mesin cash deposit tapi dia siap jumpa officer yang incharge...

Lepas settle tu selama 2 bulan berturut-turut member aku tak pernah culas bayar. Tapi tiba-tiba dia dapat surat lawyer yang minta dia bayar tunggakan yang dia dah pun settlekan..dia mula panik dan call aku..

Dan member aku ikut apa yang aku suggestkan..al-Hamdulillah esok nya dia update aku yang dah settle cuma interest bank lah tinggi..bab interest ni aku no komen sebab bank kan ada je hidden chargesnya yang kita sendiri pun tak tau...

Yang penting dia boleh ignore je surat lawyer tu...fuh...lega aku dengar..

So kat sini aku nak minta semua kalau anda ada masalah berkenaan dengan pembayaran dengan pihak Bank paling penting pegi lah ke bank yang berkenaan dan bincang elok-elok sebelum hal jadi makin parah..lepas anda dah capai persetujuan make sure anda catat nama officer yang anda jumpa dan make sure officer tu note kan apa persetujuan yang anda capai.

Kemudian jika terjadi apa-apa masalah yang berbangkit selepas tu contohnya tetiba je datang surat lawyer tuntut anda bayar tunggakan atau apa-apa bayaran, jangan panik. Anda boleh terus tanya semula officer yang anda jumpa sebelum ini dan tanya dia samada dia update atau tak dalam sistem yang anda dah bayar tunggakan yang dimaksudkan.

Kadang-kadang pihak lawyer tidak tahu apa update terkini dari pihak Bank dan mereka hanya menjalankan tugas yang diberi sebelum ini. Seperti yang terjadi dalam kes member aku ni, rupanya officer Bank tu tak update dalam sistem jadi lawyer pun tak tahu kan...adoiiii....sian betul....